Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 2 September 2015

POLITIK TIDAK GILA.

Semakin hari, semakin "gila" permainan politik di bumi Malaysia. Ada yang mahu nama, pangkat, darjat dan paling utama berasaskan wang. Itulah politik yang mementingkan kepentingan diri sendiri, atau menjaga "perut" sendiri, tanpa melihat lagi kesusahan yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan. Betapa banyak gelandangan yang masih berbumbungkan langit, orang miskin yang mampu makan sekali dalam satu hari, kanak-kanak yang tidak ada bantuan pendidikan, orang tua yang hidupnya bergantung pada zakat dan seumpamanya.

Seorang pemimpin sebuah parti dikatakan memiliki wang sebanyak 2.6 billion, iaitu bersamaan 2600 juta ringgit. Satu angka yang lumayan, yang boleh menampung keperitan orang miskin, peminta sedekah, tanpa ada lagi rancangan bersamamu di TV3, tanpa ada lagi kutipan zakat yang salurannya entah ke mana.

Kenyataan itu dinafikan, wang itu dikatakan ialah DERMA. Persoalan yang mudah, namun, sehingga sekarang masih tidak terjawab oleh mereka yang wajib menjawabnya. Orang yang membuat siasatan tidak boleh menyiasat kerana terdapat pelbagai gangguan yang meresahkan jiwa.

Maka, timbullah soalan dari mereka yang mahukan kebenaran, mereka itu ialah rakyat yang pernah mengundi dirinya bagi membentuk sebuah kerjaan demokrasi.

1. SIAPA NAMA PENDERMA?

2. KENAPA TIDAK DIDEDAHKAN NAMA PERDERMA?

3. MENGAPA DAN KENAPA WANG TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PARTI?

4. KENAPA JUMLAH ITU DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PERIBADI?

5. APA PROGRES HASIL SIASATAN YANG TERKINI?

Sekiranya perkara ini dikatakan FITNAH, maka jawablah dengan senang hati, tidak perlulah melebalkan orang yang bertanya sebagai BANGSAT, HARAM JADAH. Perkataan itu tidak berapa sesuai dikeluarkan oleh seorang pemimpin dan idola sebahagian rakyat. Pak lebai pula berkata "contohilah Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz, Salahuddin al-Ayubbi, Sultan Muhamad al-Fateh dan lain-lain."


SEKIAN, TERIMA KASIH.


Selasa, 23 Jun 2015

FILEM SERAM MALAYSIA TAHAP "PUUIIH"

Sebahagian filem seram di Malaysia membodohkan pemikiran masyarakat. Contoh seperti di bawah:

1. Menghalau iblis dengan hanya menunjukkan Qu'ran.

2. Kepercayaan bahawa roh boleh berlegar di dunia dan menggangu manusia.

3. Pertembungan bomoh hitam dan bomoh putih. Hakikat, bomoh putih juga telah melakukan syirik, namun diangkat sebagai orang baik.

4. Asal seram, memekik melolong macam orang sasau wajib di buat.

5. Rumah wajib bergelap gelita, tanpa membuka langsir dan tingkap walaupun cuaca cerah diluar rumah. 

6. Ustaz yang mengubati pesakit wajib berkopiah, berserban, bersongkok, bertasbih, berjanggut, bermisai, dan bercelak.

7. Kebanyakkan pelakon perempuan seksi atau perempuan yang tidak gemer menutup aurat yang akan ditimpa musibah sama ada disihir, atau menjadi penjahat atau menjadi hantunya. Kenapa? ketandusan ? Atau mereka dianggap sebagai orang mudah terkena rasukan dan gangguan?

myfujiflm

BULAN PUASA, BULAN GASTRIK ?

Kita difahamkan bahawa Iblis dan sekutunya dipenjarakan pada bulan Ramadan. Tinggallah nafsu bersama-sama dengan kita. Petang tadi, saya dan anak perempuan bersiar-siar untuk melihat keindahan suasana. Rantai motosikal pula bermasalah. Sampai di bengkel, melihat seorang pekerja yang tidak berpuasa. Nama bengkel Syifa Motor. Syifa bermaksud "penawar". 

Harap pada nama! 

Bersangka baik, barangkali beliau berpenyakit gastrik.

myfujifilm x100t

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...