Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 29 Disember 2011

Dia.... masih diperhentian R & R Plus

En. Zul (bukan nama sebenar) seorang  yang petah bercakap, apatah lagi jika berpidato, seperti pakar terkemuka. Sepanjang masa, mulutnya tidak henti bercakap, mengemukakan pendapat dan idea serta mengkritik orang yang tidak sepatutnya dikritik. Penulis melihat kecergasannya mengemukakan hujah.. (melihat, mendengar, tidak bersuara). 

"Kita ada agama, kena ikut agama, selalu orang salah tafsiran tentang ilmu, ilmu ini luas, malah kita seharusnya diwajibkan menuntut ilmu, kerana ia bekalan untuk kita merentasi perjalanan yang masih jauh". 

"Kita lihat, selalu orang salah anggap pasal ilmu perubatan,... contoh saya mengubat pesakit, saya akan gunakan ayat Al-Quran bukannya jampi mantera yang meragukan dari sudut maksud dan pengertian. Guna ayat suci Al-Quran dianjurkan oleh Rasulullah".

**********************************
Kata-kata penulis, terpancul dari mulut cipataan Ilahi, mungkin menguriskan hatinya, "niat dah betul, cara perubatan telah mengikut sunnah, tetapi kehidupan masih kabur untuk kenali Ad-Din"

**************************
Mengapa penulis berkata seperti ini kepada En. Zul ? Semestinya ada sebab tertentu. 

****************************
"Mengapa solat diabaikan ? Berikan alasan...."
"Perlukah mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan?..... berikan sebab....."
&
"Mungkin anda sudah maklum tentang pengharaman judi ? 
"Mengapa anda masih amalkan ? 
"Tikam nombor bukan judi ke ?
"Oohh.... wang belanja masih tak cukup........"
"Kiranya nak bagi makan anak isteri......"

"Ini nombor yang terjatuh dari kocek saudara.....




P/S: "Agama bukan untuk dijual beli bagi kepentingan diri. Islam agama fitrah, pelengkap diri Insan ciptaan Ilahi".

Rabu, 28 Disember 2011

Si Awekku ApPLe: MacBook AiR

Kisah MacBook Air  sungguh  manis..... manis tak terkata.... Mungkin kerana jenama ? atau harga ? atau kualiti ? atau reka bentuknya (design) ? ... tidak......  kerana duit titik peluh...................... salah satu kurniaan Allah... iaitu REZEKI.

Keperluan & Penggunaan:

1. Laporan Prestasi (KPI)
2. Laporan Belanjawan
3. Lain-lain Laporan
3. Jurnal Ilmiah
4. Skrip Drama


Percutian seorang MuSaFir Jalanan


"Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat timbangannya bagi seorang mukmin di hari kiamat dari akhlak yang baik. Dan sesungguhnya Allah sangat membenci orang-orang yang berbuat jahat dan keji" (Hadis Titmizi dan Ibn Hibban)

******************************* 

"Adik-adik..... jika kamu ingin berjaya, penuhilah dirimu dengan keindahan dengan akhlak, kerana akhlak hiasan zahir dan batin".

"Pintar akademik, tidak semestinya faham tentang agama "Ad-Din". Manakala, pintar dari aspek agama, tidak semestinya bijak dalam dunia akademik... namun, pilihlah agama, kerna kefahaman dan kefakihan agama adalah tiang utama. Apapun, capai keduanya, Dunia dan Akhirat".

Jelas dirinya,.... tangan kanan di dalam kocek seluar jeans Levis, tangan kirinya memaut palang besi train KTM.

*****************************

Mata memandang keriangan dan keseronokan adik-adik yang pertama kalinya menjejak kaki ke KLCC. Perangai dan sifat yang tidak ada beza dengan aku.


 





















Mesej: klik guna hanphone Cap Blackberry Samsung.... x comel... hehe

Isnin, 26 Disember 2011

HELMET ber "cop' SIRIM

HELMET , banyak kegunaannya, salah satu fungsinya sebagai perlindungan keselamatan. Keselamatan yang diutamakan ialah pada bahagian kepala dan sekitarnya. HELMET terdiri dari pelbagai jenis dan model. Boleh dikatakan, lain model, lain kualitinya, dan lain pula harganya. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan keistimewaannya.

Tetapi................. bagaimana pula dengan model HELMET di bawah (kakakakkakakaka):
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------
--------------

Wanita Memilih "Lelaki"


Pakai begini, untuk dapatkan lelaki yang bagaimana ?

1. Lelaki Mata Keranjang....., mungkin...
3. Lelaki Buaya....., mungkin
4. Lelaki Miang Buluh......., mungkin
5. Lelaki Ulat Bulu ....., mungkin
6. Lelaki Clubin......., mungkin
7. Lelaki "madu dijilat, sepah dibuang"
8. Lelaki Baik ? ya...... buktikan diri sendiri wajib berubah.

Pilihan ditangan Anda, anda yang menetukan: Fikirkan.

Jumaat, 23 Disember 2011

Pengakuan: Menghadirkan Roh Orang Mati

Seorang wanita pernah bertanya tentang kehadiran roh arwah ayahnya, roh ini dipanggil oleh seorang sahabat ayahnya, yang juga merupakan seorang pengubat tradisional.

*************************
Dhia (bukan nama sebenar) :  Adakah roh boleh diseru dan dipanggil ? 

Penyelidik:  Roh adalah urusan Allah, telah terputus hubungan roh dengan manusia yang masih hidup. Alam sudah berbeza, kita dunia, roh di alam barzakh (kubur) hingga ke hari kiamat.

"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan". (az-Zumar:42)

Maksud ayat ni, Allah SWT menahan jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya. Roh yang telah ditetapkan kematiannya ini ditahan oleh Allah SWT dalam kehidupan alam barzakh hingga hari kiamat. 

****************************
Dhia (bukan nama sebenar) :  Emm...  kawan ayah pernah berkomunikasi dengan arwah ayah ketika proses memanggil roh dilaksanakan. Benarkah begitu ?

PenyelidikPengakuan dapat menghadirkan roh orang yang sudah mati adalah pengakuan khurafat. Inilah bahana dan kesan berhubung baik dengan golongan bomoh, kelihatan alim pada zahirnya tetapi khurafat pada batinnya. Bagaimana mungkin "dajjal" ini dapat mendatangkan roh, sedangkan roh ditahan oleh Allah SWT dan berada dialam barzakh ? 

PenyelidikDi antara perkara yang sudah diketahui, dalam Islam adalah bahawa kaum muslimin akan mendapat kenikmatan di alam kubur kerana iman dan amal solehnya, dan mendapat keseksaan kerana perbuatan dosa-dosanya. 

Penyelidik: Adapun yang bercakap tentang keadaan orang sudah mati adalah Qarin (jin pendamping), iaitu syaitan kerana pendamping ini selalu bersama mayat selama hidupnya. Sehingga jin tersebut mengkhabarkan dan mengakui dirinya roh si mayat kepada bomoh "bomoh bangang lagi jahil". Kadang-kadang bomoh ini mengkhbarkan keadaan dan permintaan roh bagi dilaksanakan oleh ahli keluarga.

Mesej: Berhati-hati, pertahankan Akidah... (ingatkan diri sendiri).




















Khamis, 22 Disember 2011

"Tips Menjaga Keayuan"

Siapa budak Comel ???
saya.......

Siapa budak Lawa  ???
saya.......

Siapa budak Cantik ???
saya.......

Siapa budak Pandai ???
saya.....

Siapa budak Kentut x berbau ???
saya.....

"Inilah pengakuannya......,
Tidak mengapalah, biarlah beliau gembira dan ceria,
haha". 


 Situasi dihadapan khalayak......... 
gila kepit ........
"pruuuuuuuuuuuuuutttttttt.....", cm berbisik ditelinga je....



Bertemankan cicak dan lipas......
Inilah situasi bersendirian......
 peeeghh........

Rabu, 21 Disember 2011

Sukma Jingga: Piala Emas Dikir Barat

"Pertandingan Dikir Barat ? "
Ya Pertandingan dikir barat..... kamu jadi pengurus, dan Ketua Pasukan".
"Hah, lantik terus ke ni?"
"ya...."

En. Russman tersenyum, dan terus berlalu...

=====================================

"Helo.... ni Kak Zaza ?", tanya ketua pasukan.
"Ya... saya disini"
"akak, saya lantik secara rasmi, akak jadi setiausaha, tolong email dan call ahli dikir barat Sukma Jingga, esok dah mula latihan, kena buat latihan, wajib, takkan nanti nak bertanding, bru nak berlatih..."
"baik, tuan"
"hehe.. t.ksh kak".

Perbualan dengan Setiausaha.....

============================
Hari Pertama

"Ok.... lagu dah saya buat, seni kata dah ada... ikut tema,... keaslian dikir barat diutamakan. Lagu Juara, Lagu Karut, Lagu Wau Bulan. Kumpulan awak-awak kena bersatu dari sudut gaya, suara, dan faktor 'naik seikh' diutamakan. Jangan malu-malu melontar suara. Along dan syafiq, kamu kena jadi watak 'menggila' atas stage.

=======================
Hari Kedua

"Ape ni..... ... tepuk betul-betul... ikut tempo, ikut irama, tiap suku kata, baru tepuk, ok,....
"lagu untuk awak-awak.... kena hafal, kena ingat... ya...... 

=========================
Hari Ketiga

"Ok, hari ni pelajaran tentang peralatan dikir barat. Peralatan yang wajib ada, gendang ibu, gendang anak, gong, buah ceeeh,..... dan semuanya berperanan ok. 

==============================
Hari Keempat

"Pelajaran hari ni tentang gaya tepuk dan gaya lenggok.........., setiap lagu mempunyai gaya yang berbeza, bagi mencantikkan persembahan kita.....

=============================

Hari Kelima

Ada yang datang awal, ada yang lewat, ada yang kena call dan mesej baru datang, tapi, memang diakui, kesemuanya  terlalu sibuk dengan tugas hakiki, termasuklah dengan saya.

-------
----
-------
----
-------
----
-------
----
-------
----
-------
----
-------
----
-------
----
-------
----
===================================
Minggu ke- 3

"Syukur.... perjuangan kita dah sampai kemuncaknya..... ingat...... kejayaan bergantung pada diri sendiri.... Peranan masing-masing. Jika salah tepuk atau gaya......, buat muka slamber je.... dan cover dgn konsep gila-gila di pentas... Semua jadi beres...... dah 3 minggu kita buat latihan tanpa henti.... hasilnya, lihat keputusan siapakah johannya".

=====================================
Pertandingan

Pertandingan dimulakan, giliran kumpulan Sukma Jingga................................

 "Ala ew, ewa bulan,... wau bulan teraju tiga..... pap...pap...pap.....pap......pap........pap....."
"Sudah..... group ni dah "naik minyak" atas pentas dah, tak boleh jadi ni..", bisik hati.
Lantas, bangun menari, melenggok....... yeah....... 

Diumumkan.................................... Johon Pingat Emas, dimenangi oleh..... SUKMA JINGGA !!!!! 

Kak Faezah, Kak Siti, Kak Linda, Kak Su, Kak Zaza, Kak Yong, Kak Fidah, Kak Liza, Halim, Syafiq, Abg Jas, En. Wan, Abg Izan, Abg Wan, Along ...... terima kasih kerana komitmen yang tinggi.... dan tahan leteran saya... hehe.. Love You All................. 
















Jumaat, 16 Disember 2011

Saad Abu Waqas "kesatria Islam"


Sudah Terbit............................................................... Buku Kegilaan Pencari ILMU.......................

Kepala DisembeLih.... Nyeri....


Waktu                   : 6.00 Petang
Suasana                 : Hujan Renyai-Renyai

Dua sahabat berjalan menuju ke rumah tumpangan Mekar Istana, itulah penginapan selama 3 hari 2 malam. Di hotel, harga menginap terlalu mahal, tidak mampu bagi mereka untuk membayar, duit yang ada sudah diperuntukkan untuk makan dan minum

Perjalanan diteruskan, hingga sampai di hadapan pintu masuk tangga kecemasan, tiba-tiba:  ................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................. tiga kepala kucing disusun cantik...... hasil sembelihan dari tangan yang berseni. OH... Jenayah semakin meningkat.


Sukma Bintara: PAROK NISE !!!!!!!!!!!!!!

Khamis, 15 Disember 2011

BomoH: Kemana Hilangnya Agama dan MaruaH


Kuala Lumpur: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.

“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut
membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.

Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.




Sabtu, 3 Disember 2011

Bapa Terajang Anak 9 BuLaN !!!










Georgetown: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin. Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka. Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik. “Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.

Jumaat, 2 Disember 2011

Kajang dilanda TSUNAMI

Banjir.......................... gua kat kampung dulu kalu, ada je banjir pasti *kebuuusshhh* ......terjun mandi daaaaa.... tak kira tua atau muda, kaya atau miskin, semua ambik bahagian.....

Tapi sekarang, orang dah tak mandi da kat kawasan banjir ni, sebab kat rumah dah disediakan swiming pool.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...