Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 15 Disember 2010

Curang

ITU pengakuan berani William Cranston, 45, yang berasal dari Milton Keynes, Buckinghamshire, England ketika menghubungi operator ambulans selepas membunuh isterinya, Kay Morton, 39, yang curang bersama rakan baiknya, Paul Wilkins, 55 (usia masing-masing ketika kejadian).

Pada kejadian 7 September 2008, Cranston yang menjadikan bot sebagai kediamannya terjaga daripada tidur pada sebelah malam apabila dikejutkan dengan bunyi bising Kay dan Wilkins berasmara di atas sofa yang terletak hanya beberapa meter dari tempat tidurnya.

Akibat terlalu berang dengan kecurangan isterinya, Cranston gagal mengawal perasaan lantas mencapai pisau dapur dan menikam Kay dan Wilkins. Satu tikaman tepat mengenai jantung Kay, manakala Wilkins pula ditikam berkali-kali di dada.

Malam sebelum kejadian, Wilkins yang menetap bersama pasangan Cranston dengan anak mereka yang berusia tiga tahun ketika itu mengadakan parti dan bersuka ria bersama.

Cranston yang juga jurutera televisyen ketika menghubungi operator menegaskan, dia sangat marah apabila terjaga dan melihat isterinya curang dengan Wilkins.

“Saya sangat terkejut lalu mencapai pisau di sisi saya dan terus menikam mereka. Saya bagai tidak percaya apa yang berlaku, saya tidak percaya apa yang saya lakukan,” katanya.

Rabu. 15/12/2010. Harian Metro.


Selasa, 14 Disember 2010

Kes Buang Bayi Lagi !!!

Petikan Metro:

Oleh Ahmad Othman
am@hmetro.com.my
KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

SoNdOl PeLaJaRnYa..

Gambar hiasan semata-mata........

Guru Tuisyen Liwat Remaja
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohdiskandar@bharian.com.my
2010/12/14
Ambil kesempatan tayang video lucah, lakukan seks luar tabie

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang guru tuisyen di sini semalam, selepas disyaki melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat remaja lelaki berusia 17 tahun.
Difahamkan, guru tuisyen berusia 30 tahun yang mengajar Matematik mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dengan mengulangi gangguan seksual.

Bagaimanapun, rahsia guru terbabit terbongkar selepas remaja berkenaan menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya kelmarin, sebelum membuat laporan di Balai Polis Skudai.

Laporan polis itu turut mendakwa guru tuisyen terbabit melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwatnya dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Guru tuisyen itu juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini menamatkan pengajian di Tingkatan Lima.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Superintendan Akhir Ishak, ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek ditahan di kediamannya di Skudai, kira-kira jam 11 pagi.

“Berdasarkan laporan polis, remaja berkenaan mula menghadiri kelas tuisyen Matematik kelolaan guru terbabit sejak empat tahun lalu.

“Remaja itu berusia 13 tahun ketika mengikuti kelas tuisyen berkenaan, tetapi polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit,”
katanya.

Akhir berkata, guru tuisyen terbabit kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebat.

Ya Allah~~~ untuk perkongsian dengan pembaca…..sekian….Nauzubillah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...