Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 3 Februari 2011

Sehari Bersamanya



Hari ni, gua terserempak dengan seorang yang hilang akal (gila). Pada awalnya, gua x tau dia tu seorang yang hilang akal, lantas gua bertanyakan sesuatu kepadanya, “pakcik, ada nampak moto saya x? Model moto EX5, Kaler putih susu.... tadi saya letak cni, tapi tiba-tiba dah hilang....”. Balas pakcik “ emmm,.. Rasa ada nampak gak tadi, tapi buat-buat xnampak, emmm......, brape nombor plat moto lu?”.

Lantas, gua hilang tumpuan akibat pertanyaan pak cik tadi. Mane la gua ingat nombor plat moto member gua, baru pertama kali pinjam hari ni, semata-mata nak bawa diri pegi masjid.  “Lupalah pak cik nombor plat moto td......”, jawab gua dengan wajah sdikit merah, namun ia terserlah gelapnya warna kulitku.

Patutla moto  ko xde..... Dah ko sendiri x ingat nombor plat moto... Ni x berbini lagi... Dah berbini.. Bini pon leh btukar....”, balas pak cik dengan nada rileks disertakan dengan nyanyiannya lagu Spider...

Tersentak gua mendenganrnya. Bole pkai gak pak cik yang dilabelkan sebagai hilang ingatan ni.. Satu pengajaran buat gua... Tertunduk malu... Semalu pokok duri semalu yang pada saat itu disentuh lalu terkulai layu.. Haha.... akhirnya.... dipertemukan gua gan moto tersebut... 

Wassalam....

Rabu, 2 Februari 2011

SALAM Nikon 5 KALI



Hari ni… gua pagi disapa dengan salam….. Tapi bukan “Assalamualaikum”…. Tapi “salam Nikon”… heran gak gua pagi-pagi.. Xde angin, xde ribut, xde petir, xde guruh…. Salam ini yang disapa… gua terus jawabla… wassalam Nikon… cm biasa… sama2 geng geng ofis.. 

Satu hari… satu masa… sautu ketika… inilah kata permulaan yang selalunya digunakan sebagai pembuka bicara…. Gua terbeli… gua terambil…. Satu barang… entahla… kena tipu ke… kena kelentong… haha.. Janji… lu stuju gua byr 5 kali… 5 bulan…. Gua taruk ambil… lu x nak… ambil je la… gua cari barang kedai… haha… Selamat Petang pada semua……  Salam Ukhuwah….

Para Normal Activity


Sempena tahun baru cina ni, cuti 4 hari dibekalkan kepada semua penjawat awam mahupan pekerja swasta… lama tu.. Otak gua terus berfikir mencari pelan  bagi mengisi masa lapang yang bakal gua hadapi….  Gua ada pelan nak kuar pegi ronda-ronda kawasan terpencil sambil membawa kamera DSLR. Inilah yang dikatakan Para Normal Activity…. Penuh misteri… 

Aktiviti dalam mencari hantu, naga dan pelesit kota bukan suatu perkara yang mudah dan senang.. Macam2 jenis hantu yang pernah gua temui… pernah suatu ketika gua temui hantu toyol kat pasar malam.. Hanya berbekalkan iman dan takwa je.. Masakan tidak, toyol tu hanya mengenakan skirt mini dan baju ketat sendat.

Pernah gua temui gan Pontianak… penuh senyum tawa…....  Adakah penyembuh luka bagiku.. Atau penyiksaan batin bagiku.. Oh… inilah hantu kota dunia terpencil.. 

Pernah gua temui gan makhluk naga berapi.. Kerisauan menyelubungi diri gua.. Watak dan perwatakan makhluk itu amat luar biasa.. Rambut dipacak tinggi2… warna hijau, kuning, kelabu taik anying, ungu dan bermacam-macam.  Suatu masa, gua pernah tecicir duit dihadapan mereka, namun, keberanian gua terbatas.. Si naga tu merampas duit gua yang jatuh tercicir….. Nak ambik ke x yah ambik? Last2.. Keputusan batin gua mengatakan xyah ambik… cari nahas… apa lagi.. Gua berlalu dari situ dengan lagak susuk tubuh gua yang gagah.

Pernah suatu masa, gua bertembung gan  Ghost Rider…. penuh aksi dan sengsasi… macam2 jenis Ghost Rider gua jumpa.. ada Ghost Rider RXZ, Ghost Rider 125 Z, Ghost Rider Honda EX5, Ghost Rider Panther, dan Ghost Rider Honda C80. Asap berkepul-kepul…. tidak lagi dicampur gan asap kat mulut… uhh…

Para Normal Activity….. akan menyusul~~~ Sekian……

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...