Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 15 Ogos 2012

Cabar fikiran - berfikir

Duhai peminang dunia
janganlah meminangnya
tentu dirimu selamat.

Duhai peminang akhirat
segeralah dirimu mencari teduhan
di bawah naugan arasy
dambakan seribu rahmat

pabila sang pintar mencabar dunia
milikilah dirinya sebilangan seteru
berbaju teman, bermulut seorang sahabat.

Duhai orang yang tidur di waktu malam
dan gembira dengan sinarnya
ingatlah, kadang kala malapetaka bencana
muncul  pada pagi itu.

-Nukilan Senja Bintara-

 

Selasa, 14 Ogos 2012

~Sahabat~


-Sahabat-

Bersahabat kerana Allah termasuk ibadah yang paling utama, yang merupakan buah dari akhlak yang baik. Benarlah kata baginda Rasulullah saw bahawasanya "Orang mukmin itu mencintai sesama dan dicintai, tiada kebaikan pada siapa yang tidak mencintai dan tidak dicintai" dan "barangsiapa yang Allah mengkhendaki kebaikan baginya, maka Allah mengurniakan seorang teman yang soleh . Jika ia lupa, diingatkannya, dan jika ia ingat, dibantunya. 

Jika engkau perlu berteman dengan orang, maka bertemanlah dengan orang yang apabila engkau melayaninya, ia pun melindungimu.Jika berteman dengannya, ia menghiasimu. Jika engkau tidak mampu menggunakan hartamu, bertemanlah dengan orang yang yang apabila engkau berbuat dosa, ia pun mencegahnya. 

Bertemanlah dengan seseorang yang apabila engkau meminta sesuatu darinya, ia pun memberimu, dan jika engkau diam, ia menyapamu. Jika engkau mengalami musibah , ia menolongmu. 

Bertemanlah dengan orang yang apabila engkau berkata, ia benarkan perkataanmu, dan apabila engkau hendak melakukan sesuatu, ia pun menasihatimu, dan jika kalian bertengkar, ia lebih mengutamakanmu. 


Temanku sewaktu di Sekolah Mahhad Syamsul Maarif hinggalah sekarang, Nayop. 
Kembali ke Rahmatullah. Lokasi Cairo, Mesir. 
(Bulan ramadan penuh keberkatan, semoga roh berada dalam kalangan orang yang soleh)
-
-
-
-Al-Fatihah-


Cebisan Pena Sukma Bintara

Rabu, 8 Ogos 2012

Tanya diri: ya, kenal diri

Sering terlupa kesilapan yang pernah kita lakukan. Kesalahan tidaklah bermakna salah laku dari aspek fizikal, tetapi batin. Batin yang datangnya dari lubuk hati, iaitu kalbu. Inilah petanda hati yang berpenyakit. Hati yang perlu diubati, dirawat dengan kadar masa yang segera, supaya penyakit ini tidaklah melarat sehingga memakan daging yang suci lagi bersih. Pada bulan ramadan ini, muhasabah diri, iaitu dengan "kenal hati, akal memahami", insyaAllah kenal diri sendiri. 

Serba sedikit pertanyaan untuk diri:

Akal: adakah terdapat sifat prasangka buruk pada insan lain?
Hati:  ya.


Akal: adakah terdapat sifat riak/sombong walau kadar seketika ?
Hati:  ya.


Akal: adakah terdapat sifat amarah dalam diri ?
Hati:  ya.



Akal: Menurut imam Al-Ghazali, tanda penyakit hati antaranya memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmu yang dimiliki tidak berguna untuknya dan tidak menjadikan lebih jauh hubungannya dengan pencipta. Kedua, mempunyai hati yang tidak pernah kusyuk semasa melakukan ibadah. Ketiga ialah memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang.
Hati:  ya.


Akal: Dalam hatinya ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakitnya. Surah  Al-Baqarah ayat 10.
Hati:  ya.


Akal: Kenal diri ?
Hati:  ya.


-selamat berpuasa-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...