Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 21 Jun 2013

Terjah Ruang Pemikiran

Keindahan, kepada kaum muslimin bukanlah sentimen jiwa yang umumnya dianggap oleh manusia moden sebagai pernyataan emosi yang tercerai sepenuhnya daripada makna intelek dan rasional. Sebaliknya keindahan bererti kerohanian dan dengan itu bermakna lagi terpusat. 

Menghidupi kehidupan yang sebenarnya bermakna, menghidupi keindahan yang sebenarnya; satu kehidupan berpayungkan tudung spritual yang merupakan lunjuran daripada hakikat kebenaran. Hakikat kebenaran , ataupun hakikat, seperti ianya biasa difahami, melunjurkan kenyataannya melalui keindahan kerana hanya dengan cara itu ia mencapai kestabilan dan kesempurnaan.

"Keindahan tidak terpisah daripada kebenaran, demikian juga sebaliknya, kebenaran tidak terpisah dengan keindahan. Keindahan tanpa kebenaran adalah ilusi dan kebenaran tanpa keindahan memenjara dan statik." 


Khamis, 20 Jun 2013

Permata Hati - Adik Iman

Anakku Nur Iman Fansuri,
Lahirmu pada 31 Mei 2013
Lahirmu pada Jumaat yang berkat,

Anakku Nur Iman Fansuri,
Lahirmu membuatkan 
hati dibaluti  rindu,
hati dibaluti  sayang,
hati dibaluti  kasih,
hati dibaluti cinta.

Anugerah yang tiada tara,
SUJUD SYUKUR 
Terima kasih PENCIPTA....


SI PUTERI COMEL~~~~~~~~ hehehe... BERAT LAHIR 3.98 KG. 

Isnin, 20 Mei 2013

Nota II: "Kisah Diri Kalian"

Suami isteri saling hormat menghormati jika inginkan rasa cinta yang subur sepanjang masa. Hormat menghormati mengandungi maksud yang luas jika dihayati. Ia merangkumi kepercayaan, kesetiaan, kasih sayang, perkongsian, penerimaan kekurangan dan kelebihan dan sebagainya. Begitu pentingnya akal setiap pasangan supaya berada dilandasan yang positif. Jika timbulnya keraguan tanpa usul periksa, maka tercetuslah titik ketidaksefahaman antara dua hati hingga membawa kemusnahan di alam cinta rumahtangga.

Semasa di alam percintaan, janji sehidup semati dibicarakan, janji setia sekata diungkapkan, janji manis dilafazkan, dan boleh dikatakan janji ditepati bukannya dikhianati. Namun, setelah berada di alam rumah tangga, tiap bibit janji dilupakan, malahan dimusnahkan bersama hilangnya nilai hormat menghormati antara dua hati. 

Kembalilah pada sunnah atau cara baginda Rasulullah, pasti diri aku dan kalian berada pada dasar cinta yang benar, bukannya sekadar "Matlamat menghalalkan cara", tetapi  "Matlamat yang benar, Cara yang benar". Prinsip beragama harus dihayati, inshaAllah, ditemukan saya dan kalian dengan "CINTA SAMPAI KE SYURGA"

Contoh kaedah Rasulullah menyejukkan kemarahan isterinya:

Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata: "wahai Aisyah, bacalah doa: Wahai tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan (Riwayat Ibnu Sunni)


Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa:

Nabi Muhammad saw ialah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit (Bukhari dan Muslim)

Sekian.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...