Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 5 Julai 2013

Rambo tidak semestinya BERANI

Menjadi berani yang tidak bertempat bukan bermakna diri seorang yang hebat. Berani dalam perjuangan tidak juga dikira sebagai pejuang, kerana perjuangan yang dilaung-laung hakikatnya adalah perjuangan yang salah. Sia-sia tanpa ada makna. 

Ramai orang muda bangkit dengan perjuangan menegakkan kebenaran, membenamkan kezaliman. dilihat dari aspek perjuangan yang dibawa adalah sangat bermakna. Namun, jika diteliti, perjuangan orang muda dengan mensia-siakan ilmu pengetahuan adalah sesuatu perkara yang bodoh dan dangkal. Bagaimana boleh diterima akal dengan menobatkan mereka sebagai perjuang, sedangkan ilmu pengetahuan yang dimiliki juga cetek. Tanpa sempat menghabiskan pelajaran di menara gading, sudah cenderung untuk kecimpung dalam arena dan pentas politik bodoh. Keutamaan yang tidak diletakkan pada tempatnya. 

Jika kalian telah mempunyai ilmu dan berjaya dalam mencapai tahap seorang yang berilmu, tiada halangan untuk kalian menjadi pejunag dalam kancah politik. Menjadi pejuang dalam politik tidaklah salah, kerana politik sebahagian daripada kewajiban umat manusia untuk mentadbir dan menguruskan wilayah  takluknya dengan adil dan saksama. 

Jadilah RAMBO yang berani kerana benar. Berani dalam memberi keutamaan pada yang HAK!

Rabu, 3 Julai 2013

-Rezeki Adik Nur Iman-

Tema petang nan senja:

"Rezeki jangan ditolak, 
Bala jangan dicari"
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
Betapa sukanya hati seorang pemuda yang baru bergelar ayah, disaat mengenangkan Nur Iman dirumah, datang pula rezeki buatnya. 






Isnin, 1 Julai 2013

Nota III: "Cahaya Mega"

Mentari nan senja
memancarkan Nur mega merah,
satu tanda kekuasaan pencipta,
sempurna ciptaanNya.

Lihatlah 
berulang kali,
Lihatlah 
berulang kali,
Lihatlah
berulang kali,
Sampai kalian menemui sebahagian kecacatannya,
Jawapannya, MUSTAHIL.







Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al-Mulk 64:3)

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).(Al-Mulk 64:4)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...