Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 23 Jun 2015

BUNGA KEBANGSAAN ? bunga taik ayam!

Aku pernah bertanya kanak-kanak berusia 12 tahun, "apakah bunga kebangsaan negara Malaysia?"
Jawabnya, "bunga matahari."
Siapa yang salah dalam soal ini? Jangan salahkan ibu mengandung.
"Berhenti pak..........jikalau 10 tahun dahulu bapak lakukan demikian, barangkali sazali boleh boleh jadi baik..tetapi sekarang sudah terlambat pak..sudah terlambat..bapak yg bersalah dalam soal ini!", jelas Sazali.
Begitu tandus semaian patriotik untuk generasi kini. Mereka lebih arif dengan isu liwat, gst dan hiburan di media cetak dan elektronik.
 #‎fujifilm‬ ‪#‎x100t‬


Ahad, 24 Mei 2015

5 PANDANGAN. KAU BUAT, AKU KUPAS

PANDANGAN 1
Dahulukan bersyukur dari mengeluh. Mengeluh tidak akan mendatangkan rezeki. Rezeki bukan sekadar berbentuk duit, rezeki itu luas maknanya seperti rasa dihargai, disayangi, dipercayai dan secebis nikmat bahagia.

PANDANGAN 2
Secantik mana pun, sekacak mana pun, akan musnah akibat perbuatannya yang gemar melepaskan kentut di merata tempat. Dua jantina dalam satu masa.
"Engkau jangan gelak. Jangan lihat mereka. Diam-diam buat tidak tahu. Pekak kan telinga", kata Pak Abu kepada rakannya

PANDANGAN 3
"Apakah perasaan kita bila mana melihat kubur? Sedih? Insaf? Sayu? Gembira? Bahagia? atau itu perkara biasa.
Lebih merumitkan bila mengkhabarkan kubur ialah tempat berpuaka dan menyeramkan sehingga Pak Cik Dam Haji pun takut melintasi ke kawasan perkuburan.

PANDANGAN 4
TAJUK: HUDUD.
Orang bertanya kepada saya berkaitan dengan hukum hudud. Saya jawab, saya bukanlah ulama atau ustaz untuk memberi jawapan bernas dalam hal ini.
Jawapan saya lagi, "saya setuju perlaksanaanya dan undang-undang sepertimana yang terkandung dalam Quran adalah segar sepanjang zaman. Namun, kaedah dan proses fahamkan orang ramai itu perlu dan usah menjadi agenda utama untuk memancing undi. Buat kerana Allah."
Kawan saya berlatar politik PAS dan BN mengangguk kepala, barangkali mereka bersetuju. Terima kasih semua sahabat.

PANDANGAN 5
Mendengar perbualan penganut Syiah yang keliru dengan akal sihatnya. "Khalifah Abu Bakar dan khalifah Umar merupakan perampas takhta, seharusnya sayidina Ali. Ali maksum." dan "solat sudah mencukupi dengan sekadar niat."
Kegilaan apakah ini? Tanah air ku dibanjiri manusia perosak. Moga mereka mendapat hidayah.


BUDAYA ILMU BUMI KELANTAN

Dari saya kecil hingga dewasa, pagi Jumaat, Kota Bharu pasti dipenuhi dengan manusia (muda dan tua) yang menadah telinga mendengar kuliah terapi diri. Budaya ilmu yang wajib dikekalkan.
Ada si jumud berkata, "asyik berpolitik." 
Jawab saya "pagi ini bab azab neraka. Engkau yang terlalu sibuk mendengar khabar palsu."

my fujifilm x100t

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...