Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 27 Januari 2014

Tajuk: RAHSIA TETAP RAHSIA

Aku dan kalian pasti ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Itu yang perlu diakui. 


Kadangkala, tanpa kita sedari, kita berjalan dengan bangga di hadapan manusia serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cuma dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. 

Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana rahmat Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya seorang imam. 

Nota: Ya Allah, Jauhkan riak kerana perkongsian ini. Istighfar. Salam Jumaat.



Lokasi: Tasik Titiwangsa

NAMA AKU FACEBOOK Siri-2

Aku yang sulung daripada tiga beradik. Adik kedua namanya Twitter dan yang bongsu namanya Instagram.

Aku digunakan dengan pelbagai cara. Kalau hidup ingin menyepi jangan guna diri aku. Duduk diam-diam, atau baca novel ayam dan itik.

Ada pengguna yang memuat naik gambar makanan yang dimasak atau dibeli seperti donut, nasi ayam, coklat, sebagai makluman kepada rakan baiknya. Pengguna yang negatif berkata ini sikap yang melucukan.

Ada juga pengguna yang memuat naik gambar keluarga, dan gambar diri sendiri sama ada bergaya dan bersahaja. Pengguna yang negatif berkata ini sikap yang melucukan.

Ada juga pengguna yang memuat naik gambar anak, isteri dan suami. Barangkali rasa bahagia kerana pertama kali mendapat cahaya mata, bulan madu, dan sebagainya. Pengguna yang negatif berkata ini sikap yang melucukan.

Hakikatnya, pengguna yang berkata negatif kadangkala melakukan hal yang sama. Sebelum membuat kesimpulan pada sesuatu perkara, semak dahulu status anda beberapa minit, sejam, bulan dan tahun yang lepas.

Tidakkah anda terfikir pengguna lain juga akan membuat kesimpulan yang sama pada status atau setiap yang kamu kongsikan? Jawapannya ada pada pengguna aku.



"Selamat melalui kehidupan yang INDAH"

Hak Cipta Terpelihara 2014



NAMA AKU FACEBOOK

Aku dicipta dengan akal manusia. Sungguh hebat akal pemberian Yang Maha Kuasa. Aku boleh mendatangkan manfaat kepada pengguna. Manfaatnya seperti berhasil mencari teman lama, perkongsian maklumat, pemberitahuan agenda kegiatan dan undangan kepada anggota, berkongsi kegembiraan untuk tatapan sahabat dan lain-lain.

Keburukkan juga boleh datang daripada aku seperti sebaran fitnah, bertikam lidah sehingga wujud pergaduhan, menyatakan aib diri, orang lain dan sebagainya. Contohnya menyatakan masalah dengan pasangan, dengan alasan mahu mencari penyelasaian, akhirnya pengguna telah membuka seluas-luasnya pekung dan rahsia kepada pihak luar.

Soal riak, sombong, ujud juga boleh datang daripada aku. Apapun, sebagai manusia yang tahu akan keadaan seperti ini, berhati-hati. Bukankah pengguna lebih tahu dan bijak berbanding dengan aku?

Namun, perlu diingatkan kepada pengguna yang melihat status pengguna lain, jangan cepat berburuk sangka. Masing-masing mempunyai persepsi yang berbeza. Mana mungkin manusia itu sama dari segi nilai kritik dan andaian. Jika pengguna tidak suka dengan perkongsian pengguna lain, mohon ‘unfriend’, itu lebih baik daripada terus mengumpat atau mencaci.

"Jangan menyalahkan aku dalam segala hal. Pengguna aku sebilangan besarnya ialah manusia. Jika ‘keyboard’ dan tetikus boleh bergerak dengan sendiri, itu petanda pengguna aku ialah polong, langsuir, toyol, jerangkung dan bunian. Akulah laman sosial, bukannya tandas yang sekadar duduk menyepi"




Hak Cipta Terpelihara 2014





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...