Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 23 Disember 2014

BUDAYA BERSELFIE ORANG 1 MALAYSIA

Fenomena hari ini adalah budaya selfie. Satu perlakuan yang menjadi kegemaran ramai, tidak kira usia muda dan berusia, keseluruhannya seperti jangkitan dan virus tanpa disangka. Barangkali, kita melihat selfie adalah sesuatu yang biasa, normal dan mengikut peredaran masa, iaitu masa kini. Tetapi, dalam diam, ia suatu perlakuan yang mencalar peribadi seseorang.

Terdapat gaya selfie yang menggoda, mimik muka yang manja, mendedahkan aurat secara bersahaja, apatah lagi mengandungi niat untuk popular, untuk nama, untuk dipuja dan seumpamanya. Bukankah itu pula namanya RIAK ?.

Lelaki cara lelaki, perempuan cara perempuan. Kadang-kadang, mereka menyatakan pada gambar selfie "untuk berkongsi kegembiraan". Golongan ustaz dengan kopiah berselfie, golongan akademik dengan gaya pandainya, golongan bina badan dengan ketiak dan teteknya. Golongan ustazah berselfie, terkadang ada yang berselfie dengan hijab, gambar yang lain dibuka hijabnya.

"Aduh, penasaran melihatnya. Tidak melihat, sudah terlihat."

Kesian manusia seperti ini. Kosongkah hidupmu sehingga ingin dikongsi semua perihal kepada masyarakat ?.

Saya tidak menghukum berselfie itu diharamkan yang bersumberkan mana-mana fatwa, ia sekadar bersandar pada pemerhatian dalam ruangan media sosial seperti facebook dan instagram.


-JANGAN SENTAP-

Rabu, 1 Oktober 2014

TAJUK: ANTARA SOMBONG, RIAK DAN HASAD DENGKI. Ya atau TIdak ?

Menasihati orang lain boleh, dan sangat lah dituntut. Tidak salah dan tidaklah menjadi kerugian. Tetapi bagaimana dengan diri sendiri ? adakah cukup selama ini 'kita' nasihatkan diri sendiri ? Persoalan bila manusia menganggap diri telah sempurna, ditegur pun melenting, senyum pun tidak berbalas, ucapan selamat dan salam pun tidak dipedulikan. Inilah sikap manusia, kejelekan itu berada dalam denyut nadi.

ITU ADALAH SOMBONG.

Menampilkan akan kesenangan harta, kebahagian rumah tangga, keceriaan bersama sanak saudara, kemeriahan musim perayaan, menghasilkan satu nafas baru iaitu syirik kecil. Terkadang 'kita' boleh nafikan bahawa "SEKADAR BERKONGSI BAHAGIA", tetapi kita lupa akan racun yang boleh merebak dari sekecil kuman menjadi virus perosak paling berbahaya. Ia boleh dijangkiti bila mana ada yang terpengaruh kerana perbuatan dan sikap seseorang.

ITU ADALAH RIAK.

Menghasilkan suatu pendapat, yang kadangkala bernas dan sebahagiannya berunsur ketidakpuasan hati. Melihat orang lain bahagia dan ceria, tidak boleh berada di matanya. Seringkali menghasilkan andaian buruk dan salah sangka. Mengumpat, mencemuh, dan ada ketikanya merasakan si dia sedang menghadapi masalah ingin menunjuk-nunjuk. Mengapa prasangka begitu terhasil. Ucap lah Alhamadulillah.

ITULAH HASAD DENGKI.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...