Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 11 September 2013

Kuda Perang Berlari Kencang

Kuda perang berlari kencang
membawa khalifah merempuh lautan tentera,

Kuda perang berlari kencang
membawa panglima menerjah tentera raksaksa,

Kuda perang berlari kencang
membawa parajurit menyerbu ribuan senjata,






Selasa, 3 September 2013

20 sen di Kampung Pisang

Pada malam yang damai, kesibukan manusia mengisi minyak penuh ke dalam tangki motosikal dan kereta hingga lupa untuk makan di warung Pak Jabit. Moga minyak yang di isi pada malam ini dapat bertahan selama tempoh tiga tahun atau lima tahun.

Mak Limah pula sibuk mengira duit untuk perbelanjaan anak, tol, barang dapur, dan lain-lain, manakala Husin pula sibuk mengemas kini akaun bayaran rumah, kereta, cukai tanah, lain-lain cukai, nafkah untuk anak dan isteri, dan pelbagai keperluan.

Pak Abu kampung pisang pernah berkata "setakat 10 dan 20 sen apalah nak dihairankan". Itu kata-kata Pak Abu yang tahu hidup di kampung, tidak pernah sekali hidup di kota metropolitan.




Khamis, 22 Ogos 2013

Manusia tidak dapat dipisahkan dengan ALASAN

Kenyataan bukan Rekaan:

"Tidak dibenarkan bersalaman dengan wanita yang haram baginya. Kesepakatan empat Mazhab mengatakan Haram, kecuali dibenarkan dalam keadaan darurat seperti rawatan, pertolongan dan seumpamanya."

Mengapa dipersoalkan tuntutan yang digariskan dalam agama Islam?
Kenapa sering mencari alasan untuk menghalalkannya?
Manusia sering mencari alasan walau hakikatnya, inilah KEBENARAN.

Note II

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...