Halaman

Jumaat, 18 September 2009

Remaja Itu Aku....


Teruna dara,
gilamu akan cinta,
kasihmu pada rindu,
sayangmu pada bicara,
tapi bencimu pada,
kesantunan budaya bangsa.
......................
Teruna dara,

citramu berbagai-bagai aneka,
lakonan hidupmu tidak kenal dasar budaya,
dimana jati diri sejati?
kemana hilang prinsip Tuah dan Jebat?
kemana hilang pejuang bangsa negara?
...................................................

kamu hanya pandai bercinta,
mengeluarkan perkataan“ sayang padamu“,
berbicara soal kepuasan jiwa,
berbicara soal dunia sementara,
sungguh alpa dan leka.

2 ulasan:

  1. best sajak-sajak mad nor....kalau di beri sedikit lagi sentuhan puitis, memang lebih indah

    BalasPadam
  2. zainal................ bantu la aku jika dirimu ada idea lebih tinggi keupayaan puitisnya...
    kadang-kadang aku terfikir bahawa keupayaan akal ciptaan tuhan hebat dan unik dimana akal dapat berfikir secara abtrak, logik dan sebagainya... bagaimana pendapat kamu tentang akal???

    BalasPadam

Terima kasih kerana membaca. :-)