Melihat perkembangan perubatan Islam yang kini telah semakin bertapak kukuh di negara Malaysia. Andaian saya mengatakan, memartabatkan perubatan Islam adalah sangat bagus dan harus dipuji. Namun, dalam isu memartabatkan, memperkasakan sesebuah persatuan dan pertubuhan, harus diingat akan sikap dan identiti diri kerana cerminan pengubat diperlihatkan oleh golongan masyarakat.
Jangan salahkan orang luar sana jika mereka mengkritik, kerana mereka melihat diri pengubat dari pelbagai kaca mata atau sudut pandang. Orang yang menilai secara positif, maka hasilnya positif, jika dilihat negatif, hasilnya juga negatif. Tidak terkecuali, ada yang melihat kedua-duanya sekali.
Melalui dapatan, andaian itu ada pro dan kontra. Pertama berandaian bahawa seorang pengubat ini sangat baik dalam membantu masyarakat. Kedua berpandangan bahawa mengapa ramai pengubat mengambil kesempatan dalam perniagaan sehingga ada yang menjual pelbagai produk jampi termasuk air putih yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Pokok pangkalnya bermula kepada si pesakit, iaitu bagaimana kekuatan iman dan takwanya.
Dilema pengubat pada masa sekarang ialah KETAGIHAN PADA FACEBOOK. Semua akitiviti dimasukkan ke dalam ruangan facebook. Antaranya "jom solat tahajud", "ana solat tahajud", "sila bangun kawan-kawan solat tahajud", "jangan lupa tahajud malam ini", sedangkan perbuatan tidak perlu hebahkan. Ia tidaklah salah dari segi syariat, tetapi kerisauan menimbulkan riak pada diri, apatah lagi mendidik orang diluar sana berkelakuan sepertinya di dalam ruangan facebook.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan