Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 28 November 2011

Sembelih IbU

Kuala Lumpur: Seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu. Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak bekerja. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi. 

“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila mendapati ibunya terbaring berlumuran darah. “Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.




2http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

"BuNuh DiRi"

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir atau murtad. Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain. 
=============
“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya."  
(HR al-Bukhari dan Muslim) 

sebagai pengajaran:

video video
video




Nauzubillah....... 

Jangan bunuh diri kerna cinta.. lelaki atau wanita
Jangan bunuh diri kerna harta.. kaya atau miskin
Jangan bunuh diri kerna tekanan... ugutan dan paksaan
Ini bukan jalannya....... 
Ini bukan pilihan yang tepat...

Hadapilah hidup dengan sisa baki yang ada...
Kehidupan suatu persinggahan sementara..,
ajal pasti tiba apabila sampai masanya...
Ikrar....... Allah segalanya.................

Makanan yang SeDap... Sedap ke ?

Makanan yang sedap dinilai oleh individu masing-masing. Ada yang sedap disebabkan ramuan perencahnya, adunan resepinya, dan cara penghasilannya, tetapi bagaimana kaedah penyembelihannya ? kelam kabut dunia sekarang...... penat dan tenat memikirkannya.

Semakin maju dengan arus kemodenan, semakin mencapai ketandusan "etika" seorang manusia. Mesin dicipta untuk memudahkan tenaga kerja manusia.... tapi begini pula jadinya..... !

Proses makanan untuk dimakan dan dimamah kepada si manusia: 

video
video
P/S: sedapkan ?

Artis sebagai Idola ? "era globalisasi"

Artis...... suatu nama, gelaran bagi jiwa yang berseni. Seni pula kehalusan yang membentuk keindahan, kecantikan yang terbentuk dari kemahiran, bakat dan minat, ianya  seperti lukisan, suara, lakonan, tarian, dan sebagainya. 

Artis...... , mereka dianggap idola yang membawa inspirasi kepada peminatnya, hingga perlaku dan perangai artis ditiru peminat.....

1. "Setakat buka aurat dan berfesyen *Ketat Padat* adalah perkara biasa, tidak semestinya tidak bagus"...
2. "Jangan hipokrit, setelah balik haji, tunjuk alim, tunjukkan diri yang sebenarnya, inilah kak ...... yang sebenarnya"
3. "dan sebagainya.

Artis ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang melampau, ada yang tahu halal dan haram, ada yang tidak tahu langsung soal hukum, ada yang cakap pandai tapi berbau *tahi*. Nilaian pada anda...... rakaman di bawah sebagai contoh:

video

Ahad, 20 November 2011

Warkah Siri 9: " Anakku..."

Detik waktu berlalu tanpa pengisian adalah suatu yang merugikan. Detik manis dan pahit adalah perkara yang tidak harus dilupakan. Detik manis dijadikan ingatan yang membolehkan manusia tersenyum sendirian, begitu juga dengan pengalaman pahit, dijadikan panduan dan pengajaran bagi menjalani onak duri ranjau hidup. 

Kehidupan yang kita alami, tidak semuanya manis, kadangkala yang manis rupanya pahit yang menanti, begitulah juga yang pahit, kadangkala terasa seakan madu setelah mengalaminya. Ada pro dan kontra, naik turunnya, pasang surutnya, persamaan dan pertentangan, inilah sebuah kehidupan......

(warkah si penulis.....)

******************************************

Aiman kelihatan merenung sendirian, sambil melihat telatah anak-anaknya yang sedang bermain alatan persekolahan, dijadikan pensil 2b sebagai ultraman, pembaris sebagai raksaksa, pemadam sebagai bangunan. Dia semakin akur, tahap kecerdikan semakin hari, semakin meningkat ke arah yang lebih positf. Inilah anak bongsunya, setelah kematian suami, beliau memikul dan mengalas tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.

"Berkata Lukman Al- Hakim: Puteraku, puncak kehormatan dan kedudukan tinggi adalah akal yang cergas. Orang yang cergas akalnya, maka tertutup semua dosa-dosanya, diperbaiki kesalahan-kesalahannya dan diredhai tuhannya."

"Emak, jom main dengan Mat...... emak ambil pebaris, jadi raksaksa, tapi kena kalah la.. mane bole menang kalau lawan gan ultraman", permintaan anaknya disulami dengan senyum manisnya. 

"Ada ke camtu.... nak bagi mak kalah.. ye..ye... berikan pembaris Mat pada emak.", jelas ibunya, lalu disisihkan baju hingga kepangkal lengan. 

Diberikan pembaris plastik yang patah kepada ibunya, tanda harga rm10 sen masih melekat pada bahagian tengah pembaris. 

"Mat dah solat ?", tanya ibunya. "Belum,, nanti mat solat la..", jawab anaknya yang sudah berusia 10 tahun. "Anakku,.. utamakan solat, solat didirikan, bermakna tertegaklah tiang agama duhai anakku, Allah semakin sayang,... kan Mat anak yang soleh,... pasni kita sambung main ya. Emak janji..".

"Baik emak........,", jawapan, tanpa ada sedikitpun alasan dan bantahan. Syukur, inilah anaknya.

Anak adalah penyeri hidup, bangun awal pagi dan bergegas ke tempat kerja, bila balik, merekalah yang pertama ditatap. Susah payah dalam apa jua urusan mencari rezeki adalah untuk anak-anak, supaya menjadi insan berguna suatu saat nanti. Namun begitu, perkara pertama bagi mendidik anak-anak ialah dengan memurnikan agama dalam kehidupannya, sebagai penentu kejayaannya dunia dan akhirat. 

Didiklah anak-anakmu, kerana mereka itu dijadikan untuk menghadapi masa yang bukan masamu (Ali bin Abi Talib r.a.)



Selasa, 8 November 2011

Warkah Siri 8: "Lupa Seketika"

Sedar, perkara ini dilarang dan terlarang,
Mengapa ianya berulang ?
Rupanya, manusia mudah lupa,
Inilah sifat Nisyan: iaitu pelupa.
=============
Siapakah yang membutakan hati ?
pasti dorongan nafsu, bisikan syaitan iblis sang musuh utama.
================
Siapakah yang dapat menyedarkannya?
Pasti iman dan takwa.
======================
Siapakah yang menggerakkan keinsafannya?
Pasti iman dan takwa.
===============
Biarkan air mata menangisi tiap malam berlabuh,
biar senak jiwa meronta,
pastikan tercapai redhaNya.
Jangan berputus asa....




Isnin, 7 November 2011

Warkah Siri 7: Gemersik Hati

Gemersik sukma hati yang merintih memanggil diriNya,
MemanggilNya dalam gugusan doa dan sujud merintih
Adakah redhaNya dapat dicapai ?
Bagaimana pengampunNya ?
Dimanakah erti taubat.... Taubat Nasuha......
Taubat yang sebenar-benar taubat....
Tanpa bermuka-muka.... 
Yang diistillahkan sebagai munafik, selaku manusia celaka dan hina,
moga jauh darinya........
================
Dalam melabuhkan tirai malam,
Terasa diri penuh dengan debuan dosa,
Dosa yang tercipta dari hati.....
Dosa yang tercipta dari pancaindera dan anggota...
Berlaku zalim pada diri sendiri....
Menyinkirkan syurga yang penuh kenikmatan
Menempah neraka yang penuh kesengsaraan....
===================================
Tuhan mencipta, diri tercipta,
Diberikan akal untuk berfikir,
Kewarasan menentu segalanya,
Baik dan buruk, benar dan bathil, 
Hati dikurniakan untuk merasa dan menilai,
Hati mengatakan "ya".... dan "tidak",
Pada suatu perlakuan, perbuatan, perkataan....
==========================================
Mentari memancar sinarnya,
Petanda, aku masih bernafas.....
Kesyukuran tiada terhingga.... 
Pintu taubat masih terbuka....
Terima kasih Tuhan.......

***************************
Wahai hambaKu ! Sesungguhnya kamu berbuat dosa malam dan siang, dan Aku mengampunkan semua dosa, maka kamu minta ampunkan kepadaKu, nescaya Aku mengampunkan kamu" 
(Hadis Riyawat Muslim)

Iman manusia itu ada turun naiknya, namun bukan alasan untuk terus melakukan maksiat dan dosa. Diberikan akal dan fikiran agar dapat menilai baik dan buruk. Jika tersilap langkah, segeralah bertaubat nasuha dan berjanjilah yang kesilapan itu tidak akan sengaja diulangi lagi... (Sukma Bintara)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...