Geng Warung Pak Jabit

Sabtu, 30 April 2011

KhAliFaH rOCK oTai

Pagi ni........ mane2 peminat mat rock Kapak..... nak kongsi lagu2 otai yang best untuk korang.... sekali dengar, pasti nak dengar lagi.... lagu santai2 je.... bukan jiwang2 cm bunga yang mekar ditaman.. hehehe.... tengok dibawah:
.............................................
Tajuk: Cik MeK mOLEK

Tajuk: Kata SoMbOng

Tajuk: Lagu untuk Adinda

Tajuk: Cintaku Dewi Kamala

Tajuk: Siapa Laila

Tajuk: Mungkinkah jadi Nyata

Tajuk: Ni Hao Ma

Tajuk: Cikgu Ayu

p/s: jom..... mengemas bilik........ basuh baju...... cuci pinggan... sidai pakaian...... last, MaNdi...... MakAn..... hehe

JinBaRa

Hari minggu hari untuk rehat.... maka, gua terpasang lagu Jinbara.... wah.... best gak lagu ni..... otai je.... rock x lah maut sangat, tapi bergegar bilik gua.... hehehehe..... 
..........................................................
"ooooooiiiii...., kuat betoi ko pasang, tgendala proses membuta aku, dah la baru tengah mimpi yang best2", laung member yang seusia gan gua...
...........................................................
"ok...ok.... hahaha, alah cm x biasa, ", jelas gua..... lantas dikuatkan lagi.... last2, mereka2 kuar kan baju busuk untuk dibasuh... sambil menayangkan kepada gua, CD Kumpulan Jinbara....  

Tajuk: Kita Kawan

Tajuk: Tak Tahu Joget

Tajuk: Cinta Kita

Tajuk: PaTri

Tajuk: Farhana

p/s: sasape x paksa tengok... lagu ni, best dengar time nak kemas rumah..... sebab, leh hilangkan lenguh2 time bangun tido.........~~~~ hehe

KasTriA "Si Kala Jengking"

 SILENT KILLER!! 

Adalah satu perkataan keramat atau sebagai identiti untuk anggota kompeni Kastria. Merupakan kompeni paling bongsu dalam PALAPES UPM. Menggunakan kala jengking sebagai lambang kompeni jelas menunjukkan bahawa kompeni Kastria adalah suatu kompeni yang berbisa dan berbahaya. Walaupun kala jengking adalah sejenis haiwan yang kecil namun ia amat cekap dalam membunuh mangsa. Bermula daripada pertandingan antara kompeni sesi 2004/2005 sehingga sesi 2008/2009, kompeni Kastria telah muncul sebagai juara selama 5 tahun berturut-turut. Maka tersematlah lanyard kuning di bahu kiri setiap anggota kompeni Kastria yang telah melambangkan Kompeni Komandan. 

 Memory~~~~ 2007 / 2010

gambar ni.... kemenangan terhebat group kami.... yeah~~~ hehe


p/s: semuanya menjadi kenangan terindah..... hehehe..... selamat maju jaya kepada member gua yang terus join tentera tetap dalam ATM.... Syabas.....

Jumaat, 29 April 2011

bERkEliP - kELip


Lagu taubat 1

Lagu taubat 2


Sayunya lagu ni......... hati dok layan dengan asyiknya........ mata berkelip-kelip...... best la bagi gua.... rock time2 jela..... layan la lagu menyentuh jiwa.... 

p/s: bukan layan jiwang ok ... hehe

Rabu, 27 April 2011

SenYuM KuRa-KuRa

Masuk keja dengan wajah2 orang beriman... hahahaha... cm la bagus sgt... Pepagi cm biasa, cari PC untuk punch kehadiran.. 7.45 a.m atau 7.59 a.m, merupakan waktu jadi penunggu ofis.... Hari2 yang gua lalui, mesti Bz...... tidak dinafikan...... tu tak termasuk melayan naga-naga yang berkeliaran. 9.00 a.m, naga jelmaan akan datang memanggilku dan mengajak bertafakur di belakang gua yang gelap gelita.
..................................................
tut..... tap.... tut.... tap.... bunyi tapak kasut...... "ooohh.... bos gua dah datang, berbaju merah garang lagi",kata gua dengan nada bisikan. Gua terus menuju ke ruangan laci table.. lantas ambil tali leher berwarna merah.... mengikut tema seperti bos gua pakai hari ni.. Dengan serta merta, menyemarak kuasa nak speaking english..... habis semua kuar english ala kelantan town.... 
........................................................
"i'm writting letter strategic planing.....a you bz"? "ooohhh... not bz.... I'm very lazy".... hahahahahahaha... itulah serba sedikit contoh speak hari ni... sungguh bergaya malah berbaur penyu.
..................................................................
p/s: Ceriakan pepagi anda..... jangan dok sttress...... wujudkan suasana santai dan kemas semasa bekerja. Wassalam... Sekian..

Selasa, 26 April 2011

bUDu dan KicAp Sama2 Sodap


Pagi ni.. gua bersembang dengan Insan yang dikenali sebagai Tipah adalah nama samarannya... Pelbagai soalan diajukan pada gua.. dan gua juga sama... masing2 berkongsi pengalaman dan pendapat. kadang2, sekarang ni, gua sering menggunakan hujah yang mudah difahami dan bergaya santai. mungkin, bagi penilaian gua, hujah yang berat memerlukan daya penakulan yang tinggi... 
................................
Tangan gua memegang kepala pensel, satu lukisan gua hasilkan, tulisan kepala ular sawa. Inilah permulaan Intro sebelum gua ajukan soalan keramat pada sesiapa. "Awak pernah tertinggal solat dulu kala?", tanya gua dengan senyuman. "emmmm.. adalah.. kadang2, tapi tu dulu la, sekarang ni, jika terlewat je, mesti rasa rimas dan gelisah..", jelas dirinya sambil menundukkan kepala ke lantai yang dbaluti karpet. 
 ..............................
"Biasalah awk..... dulu kecik2 x faham sangat agama ni... mudah je leka time kuar ke sana ke sini.... biasanya, apabila hati senang sangat, mudah sangat kita melupakan kekuasaaNya...", jelas beliau, namun tangannya asyik mengorek lubang hidung. Mungkin aktiviti galian masih belum dilakukan pada pagi ni... depan gua pun leh nak proses.. gua faham...
.............................
"Puasa cm ne???? ada tertinggal gak ke?", tanya gua lagi... Dengan serta merta beliau menerangkan..... "iiisssshhhhhh.... tak tinggal la.. tak baik tau tinggal puasa, mane leh tinggal...!!!"......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

1 minit....................... akal dan otak gua jadi kaku..... tergamam.....

Balqis: "WAH !!!!, puasa leh lak tak tinggal, yang paling utama, main bikin sedap je tertinggal, hahaahahahahahahah, Dah la ckp bikin tegas, nak pecah anak telingga gua".

Tipah: "haha... aduh.... terkena lagi. hahaha...."

Beliau dan dia dok sakit tali perut pepagi.... Dengan ini, terciptalah suasana pagi yang ceria. Wassalam....... Sekian...

Isnin, 25 April 2011

KisAh Abg SaMdoL

Sepetang hari bersama Mat Samdol, disebuah restoran kaki lima... terlihat dirinya yang termanggu keseorangan.... Sepi tanpa berlagu. Lantas satu pertanyaan ringkas di ajukan kepadanya.... :


Shapiee: "Kenapa termenung je ni Samdol ?, cm menunggu cengkodok yang tak siap digoreng je"?
..............................
Samdol: "Takde ape, cuma aku dapat tau rupanya selama ni aku bertepuk sebelah tangan".
........................
Shapiee: "Apa maksud kau...... mesti ada sesuatu ni".
........................
Samdol: "Aku bukan lelaki idaman dia".
.......................................................
Shapiee: "Macamana kau tau pulak?".
.............................................
Samdol: "Aku dah tanya dengan dia. Aku tanya, dia suka lelaki cm mane. Dia jawab, seorang yang jujur, seorang lelaki yang jujur. Pastu dia kata lagi, yang ikhlas, baik hati, bertanggungjawab, berkerjaya, beriman dan seumpamanya.
......................................
Shapiee: "Dah tu, apa masalahnya?".
....................................
Samdol: "Akhir sekali dia cakap lelaki tu tak perlulah hensem..... Jelas aku bukan pilihan dia, sebab aku kan segak, kacak dan tampan..!!"
..............................
Shapiee: "Patut pun nama ko Samdol!!"




p/s: hehehehehehehe.... selamat study member2 gua... jangan tensen2.. Selamat Malam.

Ahad, 24 April 2011

Mistik "Senjakala"

...................
FiLeM...... "Senjakala" pegarahnya Ahmad Idham, sekarang ni ditayangkan dipawagam.... sungguh haprak jalan citer nya..... malah begitu kelakar sampai terbahak-bahak disamping makan Potato Crisps / Super Ring.... inikah yang dikatakan seram..... 
..............................
20 minit anda menonton, pasti tertido.......... makcik dibelakang boleh tertidor sampai berdengkur... Dan pada kebiasaannya, budak2 kecik akan menjerit ketakutan akibat terlalu seram, tetapi perkara sebaliknya telah berlaku... bayangkan.... 
................................
Setelah habis cite ni ditayangkan, kanak2 kecil bertanyakan pada ibunya... " mak... cite dah abis.....??". namun emaknya senyap membisu dengan keadaan raut wajah yang menyesal menonton tayangan filem ni.. Nasib baik luahan 2 makhluk dibelakang di dengar leh budak tu.. sambil menjelaskan "dah abis da cite ni... menyesal mati-mati tgk cite ni..."
..................................
Automatiknya... budak tu menjelaskan "Yahuu.. yeee.. yeee....... cite dah abis... boleh kencing.!!! boleh kencing!!!.... ", dengan keadaan muka yang tertawa riang. Akibat terkejut gan respon ikhlas budak tadi.... 2 makhluk dibelakang  mengilai suka.........
............................
..........................................
Cuba perhatikan.... Setan atau dalam istillah Nusantara ialah Hantu... yang ditonjolkan amat melucukan.... selucu badut sarkas bermain belon bola.... Pada masa babak hantu terbang... gua dan semua khalayak terlihat pakaian Dalam si hantu malang tu... manakala babak hantu muncul dihadapan tengah2 sungai, hantu tu siap pakai Iner pakaian dalam... "pandai lak hantu ni malu"... eh, macam2 la leh komen.... sebab jelas..., filem ni membawa kesakitan pada batin orang yang melihatnya!!!!
........................
Setelah dikaji dan diteliti, semua filem seram arahan Ahmad Idham amat mengecewakan ditahap haprak.... Antara filem seram sebelum ni ialah:
..........................
1. Puaka Niyang Rapik The Movie
2. Damping Malam
3. Latest...... ialah Senjakala.


p/s: "Fikir 140 kali dulu sebelum tgk".......

Sabtu, 23 April 2011

Aktiviti Main JenTiK

Malam ni............... malam aktiviti santai bersama geng2 blok Napuh..... best gak main benda2 cm ni..... nak main ping pong terasa amat pakar sangat,.... last skali memilih main carrom atau dalam dialek kelantan dipanggil main jentik2 / main karen... 
..........................
First starting seramai hanya 4 orang saje jadi ahli main jentik2..... last skali,,, penuh bilik.... sampai gua x dapat nak main.... panas hati betul..... dah la banyak kalah dipihak gua... hahahaha........ cisss.........
......................




pesanan Penaja: permainan yang baik, teruskan... xsalah.... adakalanya, hati ni perlu digembirakan..... main la apa saja yang leh mendatangkan kebaikan dalam sesebuah perhubungan..... kata pb blok baru....... yeah... solat insyak x lagi.... go.. go.... selamat malam.

Jumaat, 22 April 2011

Khamis, 21 April 2011

AjaL tgh SYOK ziNa

Roh….. selagi masih bersatu di tubuh saya dan anda, tandanya….. masih hidup dan bernafas……. Jika terpisah keduanya…. Al maklum…. bolehlah disemadikan disebuah tempat yang sunyi sepi.. Kematian itu, tidak mengira usia, pangkat, muda, tua, mahupun tempat….. 

Setengah makhluk berasa bangga dengan apa yang pernah mereka dilakukan… termasuklah perkara2 keji… malah taubat kadang2 dirasakan sesuatu yang praktikal semata-mata…. soal keinsafan untuk tidak mengulanginya hanyalah sekadar batuk ditangga….. Kemana nilai sebuah taubat…… yang pernah di war-warkan sebagai TAUBAT NASUHA…. taubat yang sebenar-benar taubat…
 ..........................
Akhir……………. mereka2…... bertemu dengan ajal tanpa dijangka…… dengan keasyikan melayan nafsu yang menghairahkan…… disaat itu juga Malaikat Maut datang bertemu mata….. dihentaknya roh sekeras-kerasnya......  ditariknya roh sekuat-kuatnya……
 ............................................
Maka….. berakhirnya sebuah kehidupannya…….. sebagai seorang hamba….. dan mereka diberi 2 pilihan, Syurga atau Neraka…… amat mudah jika ingin memiliki Singgahsana Neraka…..  tetapi…. adakah sukar atau mudah untuk memiliki Mahkota Takhta Syurga???? 
 .........................
Dibawah ini….. suatu rakaman…. manusia yang bertemu ajal disaat dirinya sedang melakukan ZINA….. untuk teladan dan pengajaran buat semua: 
 ..........................
-
-
-
-
-
-
-
....................................................................................................
Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Taubatnya ( An-Nisa : 17) 

Rabu, 20 April 2011

SaLaM TerAkHir

"Salam terakhir... buat semua...... mengucap salam, terakhir kepadamu..... kerna rindu berpanjangan, bimbang x bersua lagi..... kerinduan, terhadapmu...." jelas En. Bun kepada Minah Muncung.., bekas setiausaha pribadinya. Lantas, bercucuran air mata P.A nya, berlari ke toilet kerna menunaikan hajat bagi menumpahkan sisa mutiara (AIR MATA) .
...................................
Hari ini..... sempena ulang tahun kelahiran KaK mAS, juga sempena keberangkatan En. Bun pulang ke tempat pengabdiannya... maka terjadilah peristiwa berkabung 1 hari 1 malam di tempat mencari sesuap nasi sekepul asap...... MASCOTTE... jenama produk kesayangan En. Bahan...
............................................................
Walaupun begitu, sebagai seorang insan yang mempunyai akal dan hati...... bermaaf-maafanlah diantara kita.... Sebagai makhluk yang dijadikan Allah... pasti memiliki kelemahannya.....  jangan terus leka mencari kesalahan disekeliling, cuba perhatikan diri sendiri.... pasti tertunduk membisu.... sedangkan kehidupan ini adalah suatu ujian......
........................................................
Falsafah oRIGINAL sUkma untuk tema petang ini: "Kekayaan di uji dengan kebakhilan dan kesombongan....., Kemiskinan diuji dengan kefakiran dan kerisauan"
.....................................................
Wassalam..................... Sekian..............

KisaH DuRian RuNtUH

Durian.......... oh durian...... memang sedap betoi makan durian...... tambah2 lagi durian yang fresh, yang baru pas gugur dari dahan.... uuuhh.. Memang meletup rasa isinya. Sape x minat makan durian, kerugian yang besar padanya dari segi kenikmatan... hehe
 .........................................
 ......................................................................................
Tepat jam kul 2.45 pagi.... gua masih melilau di kawasan tempat tinggal gua ................................. Tanpa disangka, gua terima mesej... "tut... tut.... tut.....", nokia 3310 gua berbunyi. "abe Nor, jom... durian menanti, setia menunggu.... geng2 dah dah tak sabor nak santap ni", mesej gua terima. Gua terdiam.... OK...
......................................
Tanpa banyak soal... kaki gua terus melangkah menuju ke port penyembelihan durian matang..... gua tgk... wah, banyak gile..... "korang memang best"....... Duduk bersila..... baju dibuka.... kain sarung sisih sampai paha..... capai parang berkilat..., terus menggopek kulit dan makan isinya.
.........................
Moral: segala aktiviti yang baik....... dan mendatangkan pertalian erat..... kita teruskan.... agar happy sesama kita.... bye.... bye.... hehehe

Isnin, 18 April 2011

PoKeT bErLuBaNg

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Satu kisah di senja sepi.....…… dihadapan sebuah keta mewah kepunyaannya..... namun, ku hanya mampu melihat, nak test drive, jgn harap..... hehe..... kisah bermula....

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh… dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol, bayi2 dibunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la. Ha..macam mana nak jawab tu bro… ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak kamu merasa amat marah sepanjang hidup kamu?" Tanya gua kembali.
"Pernah juga bro..kenapa bro, apa kaitannya?" pertanyaan yang disertakan dahinya yang berkerut-kerut.

"Biasanya bila seseorang itu sedang mengamuk nak marah…, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang, ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang gua.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti?" Balasnya dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas gua…..

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

salah siapa ??????

Ahad, 17 April 2011

Malam Sejambak Budi - 27

Malam yang penuh bermakna, Malam Sejambak Budi (MSB 27). Akhirnya, kami akan meninggalkan Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Universiti Putra Malaysia. Sebuah kolej yang menempatkan pelajar yang berkebolehan dari pelbagai aspek. Disinilah kami bermula, disini jugalah kami semua berakhir. 
............................................






Sekian.

Jumaat, 8 April 2011

Tukar Paip (18 SX / SG)

Dunia... semakin hari semakin tenat............. manakala, manusia sibuk dengan mengejar kepuasan dan kehendak........ kehendak mengatasi keperluan........ dan nafsu menguasai akal.................. adakah kita !! atau mereka !! atau dia??? mungkin ya...... mungkin tidak......Renung2kan....

Kepalsuan dikatakan kebenaran, namun, kebenaran dinafikan..... sungguh bijak akal manusia berfikir..... namun, kepintaran yang dianugerahkan..... ditenggelami dengan kebodohan keduniaan yang sering mengaburi mata hati.........

Dibawah ini...... satu rakaman pembedahan jantina........... lelaki kepada wanita....... soal masuk akal ataupun tidak..... terpulang pada anda. Dan nasihat aku... bagi yang lemah semangat, jangan tengok... Diulangi: lemah semangat, jangan tengok!!!! seperti dibawah:

p/s: Buatlah pengajaran dan ikhtibar.

Khamis, 7 April 2011

Pro SiLaP mAtA

Betapa sakit perut...... nak kuar air mata...... anda saksikan persembahan lawak geng2 Kuba.... kalah raja lawak astro.....  mmg x setanding gan aksi mereka dibawah~~~~ : 
......................................
.........................................
.....................................
Selamat Menonton Aksi Silap Mata / Black Magic:


sekian......... jangan tensen2 keja... happy ckit...

mElengUnG sambil SeNyUm

Jika dahulunya pahit........
beruntunglah kerana sekarang,
ianya memiliki suatu yang indah.....

mungkin kadang-kadang,
kita memikirkan keberuntungan orang lain,
yang tidak senasib dengan kita....

Tapi.... jika itu yang difikirlah....
salah......
kerana, ia mudah tewas, disaat-saat diri mula bangkit....
dalam mencari sinar cahaya....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 maka...... terciptalah ayat dari saku baju ku................

"Jangan berputus-asa.... kerana biasanya, anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci solex giant / mangga 7 eleven..."

wassalam..... hehehehe.....

Rabu, 6 April 2011

JuTaWaN 2o2o

Inilah jutawan-jutawan harapan negara....... bisnesman2 yang bakal menggegarkan dunia.... adanya mereka.... bertambah majulah ekonomi negara...... yeah~~~~ hehe..... Usahanya akan membuahkan hasil yang lumayan~~~~

Air mata yang mengalir slama 10 minit, berbaloi...... kerna, senyum terukir... selama-lamanya... syabas...... 


p/s: bagus... belajar la kecik2 ni... mudah ckit nak cr duit... hehe

Singgahsana BeSi


30 Mac 2011, Jumaat, aku dikejutkan subuh dengan nada mesej:

“Abg, saya dipilih menyertai imam muda”, mesej dari adik lelaki, adik kelima daripada enam beradik.

Aku tersenyum. Terus bangun, dan bersiap untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat subuh berjemaah. Kedengaran suara adik bongsu mengalunkan azan subuh, mencapai kunci motorsikal dan menuju ke masjid.

Jumaat yang indah. Menjadi kebiasaan, aku dan adik menyiapkan diri untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Pulang dari solat Jumaat, keluarga aku dikejutkan dengan satu berita sedih. 

“ Assalamulaikum, kami dari Hospital Besar Kuantan melaporkan anak puan sekarang berada di wad ICU, akibat dipukul, seramai 20 orang.  Aku terpaku, senyap. 


Bergegas pergi ke Kuantan bagi melihat keadaan adik. Alhamdulillah, kembali normal dan keadaannya bertambah pulih. 20 orang pembuli telah di masukkan ke dalam pintu besi. "TIADA PENYAKIT, MENCARI PENYAKIT".

GeTaH uRaT


31 Mac 2011, Khamis, balik kampung sampai hari khamis. Teramat gembira bertemu mata dengan umi dan abah serta adik-adik. Pagi khamis yang cukup indah, tepat pada pukul 10.00 pagi, telefon bimbit bergetar, rupanya pesanan ringkas (SMS) telah di hantar. Mesej dihantar oleh ibu saudara.

Mesej dibaca, “Nor… bantu mek kutip pok getoh di kebun”.


Aku dengan berpakaian serba ringkas, menuju ke kebun getah yang luas terbentang. Begitu lama aku meninggal kerja ini, terasa sakit tulang belakang. Berekar-ekar keluasan kebun, ulat bulu, pacat, nyamuk, ular semua aku redah, dengan waspada. Ulat bulu yang paling ditakuti. Seram. geli.

Bagi memperkuatkan moral dan semangat, tercerna satu  falsafah yang dapat aku nukilkan, “bau getah, bau duit, semakin busuk, semakin banyak harta melimpah”. Rezeki Allah semuanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...