Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 26 Januari 2011

Tikam Anak !!!!!!

sanggupkah anda ???

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah. 

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah. Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.
  
“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut. “Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya. Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Sumber:  Oleh Abdullah Wahab / METRO hArIaN,,,,

Selasa, 25 Januari 2011

Hobinya, Askar atau Artis?


Kerja blambak kat office…. Dari satu ke satu..… tapi tu biasa bagi ku… buat je.. Janji siap… tak nak tangguh2.. Lagi ditangguh lagi pening… bgitu besar tangjawab ini.. Bukan main tangkap buang je..

Waktu lunch telah menantiku… lalu… hanphone nokia ku berbunyi.. Kringggggggggg…… kriiigggg….. “Hello, Nor kat mane? Mai ambil aku.. Aku tunggu da ni..”, Tanya En. Bun dengan nada rileks. “Ya…ya.. Saya datang…..”, balas daku dengan slamber. Kunci keta Naza Citra trus ku capai, ku pandu keta En.Bun seumpama bawa keta sdiri. 

“Hari ni.. Jom ikut aku… cari barang…  aku ada hobi baru la.. nak main gitar.. “ , kata En. Bun. “Haha, nak beli gitar la ni… biar betul… Bila masa lak giler main gitar ni.. Nak jadi artis ke ??…  Hari tu minat nak jadi askar…  Askar ke Artis? Asakar ke Artis?...... tiap bulan asyik bertukar je hobi.. Hahahaha”, balas aku. 

Waktu itu, aku lah pemandu Naza Citra… seumpama dah keta aku… ku perasan buat sketika. Haha… Sambil pandu… sambil pecut laju2….
Sekian……………..

Isnin, 24 Januari 2011

Hidupkan suasana ceria

Sekadar Gambar Hiasan

Hidupkan suasana ceria
hidup pasti gembira
tiada duka
tiada sengsara
segar sentiasa

Couple "yank"


Hujung minggu adalah hari yang seronok bagi sebilangan besar penjawat awam sepertiku. Masa untuk rehat dihujung minggu menyebabkan aku mengembara merantau pelusuk bumi Serdang. 

Destinasi pertamaku ialah berada di pusat membeli belah iaitu di The Mines. Membeli belah oh tidak, tidak, kerana duit hanya ada untuk cukup makan, melainkan ada orang sudi blanja  aku, pasti aku dahulukan.

Tujuan dan matlamatku menuju ke tempat sebegitu adalah semata-mata kerana minatku dalam mengkritik dunia percintaan muda- mudi. Kadang-kadang aku pergi baca buku percuma  di kedai buku. 

Lokasi tempat berkumpul manusia bercinta  ialah di tasik The Mines.Melihat ramai yang berpimpin tangan, berpelukan, bermanja-manjaan, dan pelbagai lagi.

Akhirnya, jumpa gan pasangan yang santai duduk sambil kaki meluruskan ke depan. Di tangan pasangan lelaki tu tergengam telefon bimbit jenama Nokia, dipasangnya lagu jiwang karat, volume pada tahap semaksimumnya

"peeeeegghhh kuat lagu dipasang", kata aku.

Rupanya lagu Wali Band yang bertajuk “yank”. Irama dan Lagu dimainkan:

“Yang Coba Kau Jujur Padaku,

Yang foto Siapa Di Dompetmu,
Yang Kok Kamu Diam Begitu,
Sayang Jawab Atau aku Pergi Sayang......”

Maka kategori pasangan ni ialah kumpulan “yank”. 'Jiwang Leleh'

ADMIN NOMBOR 2

GAMBAR SEKADAR HIASAN


testing...testing....
ini adalah entri dari admin no.2 untuk blog Sukma Bintara..
testing...1...2....3....
hahahahaha.....
ngeh3.....


Aku ensem

Hari ni…. Gua banyak sgt wat keja.. Biasa la… amanah, kena jalankan.. Ini soal tanggungjawab. Waktu lunch tadi, gua makan bersama staff office yang terdiri daripada kaum hawa (bunga-bunga BPK). Tengah asyik menjamu selera, tanpa disedari….. Gua dipuji… mereka mengatakan:


Kata Bunga Pertama: “…..Nor… kamu la yang paling ensem, dah lama nak bgitau..”

Jelas Bunga Kedua: “emm… saje je xnak bgitau…. jika dibanding dgn Dia, kamu lagi ensem dari raut wajah Dia…. tapi penampilan je la biasa….”

Aku tersipu-sipu malu…. merah,  tubuh badan aku… minta2 la aku x perasan… haha… K… selamat lunch dengan hati yang happy…Last skali ... aku kena maki, kepala hotak ensem.. hahaha

Isnin, 17 Januari 2011

Meninggal Tinggal Nama

Mati Tidak Mengenal Usia………….
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.(Ali Imran ayat 180)

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon Faizal Yusuf, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves di sini, semalam.

Bapa saudara kepada pelakon itu, Mohd Aris Abd Rahman, berkata sebelum dikebumikan jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau At-Taqwa, Sentul Utama di sini, kira-kira jam 10 pagi.


“Saya antara yang paling rapat dengan Allahyarham, malah tidak tahu Faizal menghidap penyakit jantung kerana selama ini dia tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai penyakitnya.
“Kali terakhir saya bertemu arwah pada Aidiladha lalu dan seperti biasa dia bergurau senda dengan ahli keluarganya tanpa menunjukkan sebarang perubahan luar biasa,” katanya di sini, semalam.

Allahyarham mengadu sakit dada sekitar jam 9 pagi kelmarin, sebelum rebah di tandas rumahnya di Sentul dengan mulut berbuih dan disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada jam 1.45 tengah hari.

Allahyarham yang popular menerusi drama bersiri, Adamaya, Manjalara dan Tiramisu, meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang hamil lima bulan serta seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana.Turut memberi penghormatan terakhir ialah Nana dan artis seperti Corrie Lee, Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Deen Maidin dan Aida Khalida.
Sumber: Berita Harian / Isnin / 17.1.2010

Ustaz Bukan Penghalau Hantu

Ustaz Bukan Penghalau Hantu 
Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul……..

KUALA LUMPUR: Dalam filem atau drama televisyen tempatan yang bergenre seram, watak ustaz sering dipaparkan sebagai tukang halau hantu dan jin. Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz yang seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.

“Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata. 

“Sedangkan peranan sebenar ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA. 

Beliau juga menegur elemen jampi serapah yang disebut watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu diton-jolkan sebegitu.

Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan penggunaan ayat suci al-Quran sekadar mantera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitkan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia. 

“Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia melemahkan minda umat Islam,” katanya.

Berita Harian
Isnin , 17 Januari 2011

Ahad, 16 Januari 2011

Peristiwa Jumaat

Kisah bermula pada hari jumaat, iaitu penghulu segala hari. Hari jumaat yang mewajibkan semua muslimin menunaikan solat jumaat. Tepat pada pukul 1.00 tengh hari, berpusu-pusu manusia hadir ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Tepat pada pukul 1.20 tengahari, menandakan masuk waktu solat. “Allahuakbar....allahuakbar, Ashadualailahaillah 2×, Ashahaduannamuhamadul rasulullah 2×,............... Lailahailallah”, laungan bilal dengan lantang dan bertenaga. Sungguh beruntung si bilal kerana dipilih menjadi salah seorang penghuni syurga. Dunia dapat akhirat pun dapat keuntungannya.

Selesai sudah azan dilaungkan, berdirilah muslimin untuk menunaikan solat sunat jumaat. Rupa-rupanya, saat itu ada 3 kategori solat yang didirikan.

 Dot... Dot..... Dot...... Dot....

Pertama: Solat sunat jumaat. Mengapa ia didirikan? Sebab ia solat sunat yang dikerjakan sebelum solat jumaat dilaksanakan. Mengandugi pahala yang cukup istimewa. Namun, terdapat individu yang mendirikannya kerana terpengaruh dgn orang sekeliling atau orang disebelahnya. Dibuat secara ikhlas atau merasa malu ? Tanyalah hati.

Kedua: Terdapat sebahagian jemaah yang mendirikan solat sunat tahiyatul masjid. Mengapa beliau tidak mendirikan solat sunat jumaat setelah selesainya azan pertama? Alasannya ialah beliau datang lewat ke masjid.

Ketiga: Terdapat sebahagian jemaah mengambil kesempatan untuk mendirikan solat subuh yang ditinggalnya pagi tadi. Solat Qadar Subuh. Tetap dua rakaat. Alasannya ialah lebih baik mendahulukan solat wajib daripada melaksanakan solat sunat.


RENUNGAN:

Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
Allah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadan.
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

Selasa, 11 Januari 2011

Budak Kebaya


Wangsa Maju: kehilangan Ratu Bintang Kecil sejak tahun 1997 telah digegarkan dengan kemunculannya semula. Tanpa disangka, artis bintang kecil berkebaya labuh masih hidup dan kini menetap di sebuah perkampungan Wangsa Maju. Selidik punya selidik, beliau sekarang telah mempunyai kerjaya sebagai penjaga mesin dan teleskop. Satu diskusi diadakan khas dengan beliau:

Wartawan: Cik,… saya ingin bertanya. kemana cik menghilang sekian lama?

Mek Bunga: Ya…. saya x hilang….. tu khabar angin je.. sebenarnya, saya pegi menuntut ilmu kat Alamanda, Mid Valley, The Mines.... Pastu balik Malaysia dan terus keja….

Wartawan: Dengar cite, cik ialah seorang Ratu Bintang kecil semasa usia 8 tahun….. apa yg menyebabkan cik dapat memenangi anugerah tu? heran la……

Mek Bunga: Eh.. ko… nak heran pe bendanya!!! ….. Aku lagi heran….. Herannya kepala otak aku sampai sekarang… masa tu aku hanya pakai baju kebaya yang labuh cm jubah, slipar yang besor cm tongkol kayu……. tp yang pasti aku tibai minyak wangi berbotol2 je masa pertandingan tu……

Wartawan dan Mek Bunga terus diam…. dan mereka terus heran sampai berhari2.Last skali, dengan citer Siaran Anugerah Ratu Bintang Kecil telah dimansuhkan kerana rancangan selebriti ini tidak pernah ditonton oleh masyarakat setempat. Kesannya, pihak penyiaran TV 505 mendapat kerugian yang besar dan terpaksa diberhentikan semua staff.

Ustaz & Seram

Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah menjelaskan:
“Banyak perkara perlu diambil kira termasuk jalan cerita, pandangan dan perbincangan tokoh agama termasuk mendapatkan nasihat daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) bagi memastikan filem diterbitkan tidak lari daripada landasan ditetapkan. “Kalau orang agama tidak ditonjolkan dan dirujuk dalam filem, siapa lagi yang boleh dijadikan rujukan?,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai saranan Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Azahari Yusuf mengenai peranan dan watak ustaz yang sering kali dipaparkan di televisyen sebagai tukang halau hantu dan jin.Mohd Azahari dipetik sebagai berkata, walaupun perkara itu bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.

“Pengusaha drama dan filem sepatutnya tidak menyempitkan peranan ahli agama kerana peranan mereka adalah lebih luas, terutama dalam bertindak sebagai pendakwah dalam mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi,” katanya.
Sementara itu Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, pendedahan berterusan masyarakat terhadap filem atau cerita genre seram yang ketika ini dilihat begitu keterlaluan, boleh memberikan kesan buruk terhadap struktur sosial masyarakat.

Katanya, kebelakangan ini elemen dan genre seram dalam filem dan drama dilihat sudah semakin kronik serta keterlaluan dengan setiap stesen televisyen berlumba-lumba menerbitkan genre berkenaan berikutan minat dan selera penonton serta rating agak tinggi.

Sumber Asli: Berita harian, 11/1/2011, Selasa

Ulasan Sukma Bintara:

fikir la sendiri…….. watak ustaz hanya nak halau hantu dan jin je….. pas tu, cerita seram entah ape2…. kadang2 pasal roh orang mati pon boleh dikatakan hidup kembali dan mengacau org… ape ni………. kaji la dulu.. baru buat cite…… gua sokong sepertimana komen2 di atas.....

Jumaat, 7 Januari 2011

Perubatan Islam


......................................................................................................
AMALAN sihir terlalu luas ilmu dan perlakuannya. Ia boleh disampaikan melalui pelbagai cara termasuk makanan, minuman, angin, perbualan telefon, bersalaman, berpelukan serta pandangan mata. Namun, ramai yang tidak terfikir ada segelintir manusia berniat jahat menggunakan khidmat bomoh atau pawang untuk melakukan penganiayaan terhadap orang lain. Kaedah lain yang dikesan dalam amalan sihir ialah santau sama ada melalui tiupan angin ke dalam makanan, minuman atau mengambil barangan milik seseorang seperti gambar, rambut dan pakaian. Sebab itu, Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir. Orang yang mempelajari ilmu sihir, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (Surah al-Baqarah ayat 102)
......................................................................

Rasulullah s.a.w menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang merosakkan serta menghancurkan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Sahabat bertanya: 'Apakah tujuh perkara itu, Ya Rasulullah?" Jawab Nabi, iaitu: '(1) menyekutukan Allah, (2) sihir (3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak (4) makan harta riba (5) makan harta anak yatim, (6) lari dari peperangan, (7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman'". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
................................................................................
Islam mengharamkan perbuatan sihir atau berjumpa tukang sihir untuk mengubati penyakit yang dikenakan kepadanya atau untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Ibnu Mas'ud berkata: "Barang siapa ke tukang ramal, atau tukang sihir atau tukang tenung, kemudian dia bertanya dan percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka sungguh dia kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w". (Riwayat Bazzar dan Abu Ya'la)
..............................................................................

Bukan saja tukang sihir bahkan mereka yang percaya terhadap sihir itu juga berdosa besar.
Lebih-lebih lagi, sihir itu digunakan untuk melakukan kejahatan seperti mengganggu kebahagiaan orang dan memecahbelahkan hubungan suami isteri. Bagi menjaga keselamatan diri dan mengubati penyakit, terdapat cara terbaik yang menurut ketetapan syariat. Jika sihir tidak memberi kesan dan tidak memudaratkan tentulah Allah s.w.t tidak akan memerintahkan kita supaya berlindung dengan-Nya daripada kejahatan sihir. Bagi mereka yang terkena penyakit 'buatan' seperti ini, pasti akan mencari kaedah perubatan terbaik untuk pulih. Masa itu, tiada lagi difikirkan, malah sanggup berhabisan wang ringgit untuk membayar kos rawatan. Memandangkan rawatan moden di hospital tidak dapat 'membantu' memulih penyakit terpaksalah merujuk masalah mereka kepada pengamal perubatan Islam. 
.................................................................................

Namun, bukan mudah mendapatkan rawatan berlandaskan syariat kerana ramai yang tertipu. Jadi, orang ramai perlu berhati-hati kerana ada pihak turut menggunakan al-Quran untuk mengaburi mata orang ramai. Lihatlah latar belakang mereka yang menjalankan rawatan berkenaan terlebih dahulu dan pilih mendapatkan rawatan daripada mereka yang pakar dalam bidang perubatan serta faham hukum agama. Elak mendapatkan rawatan daripada pihak yang mengenakan caj terlalu tinggi. Mereka bukannya mengikut tuntutan agama, tetapi hanya mahu keuntungan semata-mata.  Tindakan itu memberi gambaran yang tidak baik kepada amalan perubatan Islam dan agama kerana tersasar daripada falsafah perubatan Islam yang menekankan konsep tolong menolong. 

..........................................................................................
Pengarah Pusat Perubatan Islam Seiring Syariat (PPISS), Datuk Dr Basharuddin Panjang Ahmad, berkata sihir itu adalah gabungan atau kombinasi antara iblis dan jin. "Hukum mengamalkan sihir itu adalah haram manakala pengamalnya kufur. Sihir mendatangkan kemudaratan dan bahaya kepada manusia tanpa memberi sebarang manfaat. "Perubatan Islam jelas menggunakan al-Quran sebagai bacaan dalam rawatan tanpa adanya jampi atau mantera yang meragukan," katanya.
................................................................
Beliau berkata, di PPISS sebelum proses rawatan, diadakan majlis bacaan Al-Fatihah, beristighfar, syahadah, tazkirah ringkas, bertahmid, bertakbir, berzikir munajat dan serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. "Pesakit bersama-sama perawat akan membaca beberapa surah atau potongan surah dari al-Quran dan doa. "Rawatan berlandaskan syariat akan membaca al-Quran secara jelas tanpa berbisik-bisik selain membenarkan ahli keluarga bersama-sama ketika dirawat," katanya.
.....................................................................................

Dr Basharuddin berkata rawatan alternatif kaedah Islam bukan sahaja berperanan membentuk kesinambungan usaha rawatan moden, malah pelengkap dalam menilai serta menyelesaikan masalah atau penyakit. "Rawatan bukan tidak terhad untuk mengubati penyakit, malah bertindak menghalang dan menilai secara menyeluruh sebab penyakit dan langkah pencegahannya," katanya. Beliau berkata rawatan kaedah Islam mengamalkan terapi secara informasi iaitu menggabungkan bacaan doa, zikir, bacaan Al-Quran, tazkirah dan motivasi dalam rawatan.

................................................................................

"Sehingga kini ramai pesakit yang sembuh daripada penyakit seperti gangguan jin, saka, kencing manis, barah, masalah rumah tangga, sakit lutut, batu karang dan sebagainya. "Asas perubatan ini bermula daripada keyakinan bukan saja melalui minda atau akal tetapi hati. Setiap manusia dianugerahkan 'kuasa' akal dan minda yang berupaya menguasai pergerakan sistem badan," katanya. Beliau berkata ilmu perubatan Islam merangkumi kaedah moden, alternatif dan tradisional untuk memenuhi gaya kehidupan yang aman dan harmoni.

.......................................................................

"Panduan yang digunakan dalam Islam untuk menilai dan menentukan gaya hidup yang baik itu adalah berdasarkan al-Quran dan contoh daripada Nabi Muhammad. "Perubatan Islam mensyaratkan kita berusaha memperbaiki gaya hidup, berusaha untuk memulihkan kesihatan dan memohon keizinan daripada Allah kerana Dialah yang menyembuhkan segala penyakit. "Di PPISS kami gabungkan sokongan pendoa, pembantu perubatan serta individu lain. "Sebagai agama tauhid, penyembuhan penyakit melalui penggunaan ayat al-Quran dan doa yang diamalkan junjungan Nabi Muhammad s.a.w memainkan peranan penting," katanya.

......................................................................

Sementara itu, Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, Muhd Zainul Asri Ramli, berkata setiap perbuatan jahat yang dilakukan bagi menganiaya sesama insan pasti Allah membalasnya di dunia lagi. "Mengamalkan ilmu sihir untuk menyakiti atau mengkhianati orang lain adalah syirik. Mereka kekal sebagai ahli neraka selagi tidak mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha. "Kesedaran orang ramai berkenaan dengan tegahan Islam dalam amalan ilmu sihir ini diharap dapat membantu masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang benar. "Peranan ulama serta tokoh agama dalam hal kritikal ini cukup penting terutamanya menanamkan dalam hati masyarakat bahawa kaedah yang bertentangan dengan agama perlu ditinggalkan serta-merta," katanya.

................................................................

Beliau berkata amalan sihir akan mewujudkan masyarakat yang lemah akhlak serta pegangan akidahnya. "Islam mahukan umatnya berpegang teguh kepada prinsip asas syariah supaya menjalani kehidupan dengan menjaga agama, nyawa, keturunan dan harta. "Justeru, segala perbuatan syirik dan khurafat dalam masyarakat hendaklah dibanteras," katanya.

.....................................................................

Mengulas kaedah rawatan Islam yang terbaik, Muhd Zainul berkata orang ramai dinasihatkan jangan mendapatkan rawatan daripada pengamal yang menggunakan kaedah kemenyan, berasap, menurun atau menilik. "Pengamal perubatan Islam dikenali sebagai 'tibb nabawi' yang mempraktikan perubatan berasaskan sumber dari al-Quran sebagai (syifa) dan Sunnah. "Pelaksanaan perubatan Islam perlu tahu membezakan antara yang benar dan syirik. Perubatan Islam tidak sekadar membacakan ayat al-Quran atau jampi, tetapi yakin terhadap kuasa Allah," katanya.

Sumber:
Oleh Mohd Fadly Samsudin
Metro / 7.1.2011/ Jumaat

Khamis, 6 Januari 2011

Dilema Team Building

Dulu…… ramai orang boikot team building ….. Macam2 bahasa kutukan yang aku dgr….. Tp sejak akhir-akhir ini, benci menjadi sayang…… ramai yang tertarik dengan aktiviti ni….. Org yang x suke team building dah jadi baik sangat setelah kena belanja gan bos tengahri tadi….. Inilah kasih sayang… Allah yang mengubah hati…… tapi "kita" hanya melihat dan menilai sahaja sifat manusia…….. dan kena akui.. "kita" juga ada kelemahan... Walaupun sifat kita dikritik, tapi "kita" hanya tersenyum sahaja…. Bak kata pepatah “orang mengeji, kita diuji, maka tersenyumlah”…

Moga-moga team building mengeratkan silaturahim….. Insyallah…….

Rabu, 5 Januari 2011

Jejaka Taman


“Aku memang pencinta wanita, namun aku bukan boyo... hohoho... lalalala“, laung Mat Muhaimin dengan lagu yang dinyanyikan oleh Irwanshah. Waktu senja telah melabuhkan tirainya. Seperti biasa, aktivitinya diteruskan, tunaikan solat maghrib dengan seberapa kusyuk yang mungkin dan begitulah aktiviti seterusnya.

Tepat pada pukul 1.00 pagi, mata seorang pencinta wanita masih segar. Anak mata tidak henti2 berkelip2, tangan kanan diletakkan diatas dahi, hidung kembang kempis, kaki digerak-gerakkan ke kiri ke kanan... digaru kepala dengan bertubi-tubi.... nyeri aku tgk. Entah apa yang sedang dia FIKIR..... tanpa dijangka....... kedengaran alunan puitis dari mulutnya........

“aku memang pencinta wanita....
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis.....
ku hanya mencintai dia

Nyanyinya lagi SYAHDU.........

"aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia”...

lalalalala..... “wei..... dengar la dulu aku nyanyi...” jelas Mat bersungguh2. “best la ko nyanyi....hahahahahahhaha” jawab membernya dengan selamber.

Isu Buang bayi

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai berusia enam hari ditemui masih bernyawa dalam sebuah beg galas berwarna hitam ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sebuah sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa di sini, semalam.

Difahamkan, bayi malang itu ditinggalkan di kawasan berkenaan lebih sejam sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, bayi lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan hampir lemas kerana ditinggalkan dalam beg galas yang tertutup, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.

Saksi kejadian, Norabiatul Adawiyah Yunus, 23, berkata ketika kejadian, dia dan rakannya, Nizul Ahmad, 21, baru pulang dari tempat kerja apabila ternampak sebuah beg galas ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sekolah berkenaan. “Curiga dengan keadaan beg itu, saya kemudian meminta Nizul melakukan pemeriksaan. Sebaik membuka beg galas itu, kami mendapati kandungannya adalah tuala putih sebelum segera meletakkannya semula.
“Sebaik meletakkan beg itu, kami terdengar suara bayi menangis membuatkan kami terkejut dan berpandangan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Katanya, dia dan Nizul kemudian membuka semula beg galas itu sebelum terkejut apabila mendapati seorang lelaki bayi cukup sifat berada dalam beg berkenaan. “Keadaan bayi itu agak lemah menyebabkan kami segera menahan beberapa kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal. “Kami bernasib baik apabila sebuah kenderaan polis kebetulan melalui kawasan itu. “Sebaik menahan kenderaan itu, kami segera memaklumkan penemuan berkenaan dan anggota polis terbabit segera menghubungi pihak berkaitan,” katanya.

Sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian sebelum bayi lelaki itu dihantar ke HKL untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Saya berbangga dengan keberanian dan keprihatinan kedua-dua saksi kejadian yang bertindak pantas memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. “Tindakan mereka berjaya menyelamatkan satu nyawa. Saya berharap tindakan mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai,” katanya. Zainuddin berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan.

Oleh itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui atau ada maklumat mengenai kejadian berkenaan agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Shamsul Munir Safini
Metro/Rabu/ 5.1.2010

Isnin, 3 Januari 2011

Passo Vs Myvi

Siapa meniru siapa? 
Siapa yang cipta dulu? 
Berkenan, sila beli. 
Ada duit, semua jadi. 
Perodua myvi lawan toyota passo….. 
MANA YANG LAWA ?

Toyota Passo Putih
Perodua Myvi Putih
Toyota Passo Merah
Perodua Myvi Merah
Toyota Passo Hitam
Perodua Myvi Hitam
Sekian…. Wassalam……

Penunggu Blok


Hari-hari berlalu dengan pantas, x dapat nak kejar dgn roket mahupun kapal Angkasa… masa dan waktu terus juga berputar tanpa henti….. tiada traffic light dapat menghalangi peredaran mereka….

Tanpa disangka, dipertemukan 4 Jenis Kun Nak dalam sebuah cerita lagenda…., meniti arus kehidupan penuh pancaroba……, walaupun berbeza negeri, umur dan nama…., hidup ttp dikongsi bersama-sama…., tidak pernah terpisah walau dimana-mana….., inilah lumrah kehidupan mereka…..

Suatu kisah membangkitkan rasa.........,
rasa simpati dan sedih bercampur duka nestapa......,
saat perpisahan diantara mereka.....,
gara-gara setelah tamat blajar ilmu kedukunan sains alam maya..…

Terpaksa berpisah balik ke kediaman masing-masing. Air mata x henti2 menangisi mereka…., berbulan-bulan dahagakan kasih sesama mereka……, hingga ingus kat lobang idung tidak disedari sesame mereka….., mengalir keluar…... bagai Lava gunung berapi….. kesian….

Akhirnya…… dipertemukan kembali pada 30 Disember 2010…. setelah mereka mencapai tahap kedukunan yang sempurna…. hehehehehehehe…… SELAMAT TAHUN BARU.

Skali kena Tegur da...


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegur penerbit filem dan drama serta produser supaya tidak membelakangkan panduan syariah ketika mengolah karya yang menceritakan hal khurafat dan tahyul.

Sebaliknya, beliau berkata, pihak berkenaan perlu merujuk dan mendalami garis panduan syariah yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain berbincang dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) bagi mengelak karya mereka terpesong jauh. 

“Boleh hasilkan filem dan drama khurafat, tapi ia perlu dipandu syariah kerana kita juga kena menerangkan kepada orang ramai hal berkaitan khurafat, bagaimana sepatutnya kita tak terbabit dan sejauh mana kewujudannya.

“Kita juga faham, pihak produser dan syarikat produksi, melihat isu khurafat dan tahyul pada sudut sendiri, tapi sepatutnya hal ini perlu dibincangkan dengan pihak berwajib yang arif. 

“Ini supaya pemikiran masyarakat terutama remaja tidak terpesong dengan filem dipertontonkan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan upacara pelepasan program Larian Hijrah 1Malaysia 1Ummah peringkat Wilayah Persekutuan, semalam.

Kira-kira 2,000 peserta pelbagai kaum termasuk warga asing menyertai larian sejauh lima kilometer itu yang diadakan di pekarangan Kompleks Pusat Islam Malaysia, di sini. Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Ali yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jamil Khir berkata, beliau bersetuju tindakan beberapa saluran televisyen dan filem yang meletakkan amaran hal bercanggah dengan syariat di penghujung jalan cerita, sekali gus menyaksikan berlaku proses penerapan ilmu kepada masyarakat.

 “Proses penerapan secara perlahan ini saya fikir boleh dipertingkatkan pendekatannya. Sebagai contoh saya tengok filem di beberapa negara seperti Iran dan Turki mereka ada panel syariah supaya filem tak terkeluar daripada garis panduan,” katanya. 

Beliau turut menegur artis wanita Malaysia supaya menjaga tata tertib berpakaian ketika menghadiri majlis anugerah dan tidak hanya mengejar publisiti murahan semata-mata.
Katanya, pihak penganjur majlis anugerah juga perlu memperingatkan artis tanah air mengenai kod berpakaian selain merujuk panduan yang dikeluarkan Jakim.

Beliau mengulas pemakaian artis wanita yang dikatakan tidak sopan ketika menghadiri majlis anugerah seni termasuk Majlis Anugerah Skrin TV3 2010 yang berlangsung 24 Dis lepas sehingga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat.

Sumber: Metro/ Isnin/ 3.1.2011

Ambang Tahun Baru

JAIS tahan 140 pasangan
Oleh Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2011/01/03
263 orang dikenakan tindakan berkhalwat dalam operasi Ambang Tahun Baru 2011

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 140 pasangan dalam operasi mencegah kemungkaran secara besar-besaran di seluruh Selangor sempena malam 'Ambang Tahun Baru 2011' malam kelmarin. Daripada jumlah itu, 263 orang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Negeri Selangor kerana kesalahan berkhalwat, manakala pasangan mereka yang bukan beragama Islam dilepaskan. Selain itu, 43 kes membabitkan tindakan kaunseling dan 98 kes lain hanya menerima arahan beredar.
Pegawai Perhubungan Awam (JAIS), Nurhamizah othman, berkata operasi itu dilakukan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung dengan fokus utama membabitkan kelakuan kurang sopan di tempat awam, minum arak dan berkhalwat.

Katanya, operasi membabitkan dua fasa itu dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan pegawai masjid di semua daerah terbabit.

"Fasa pertama dimulakan dengan memberi perhatian di kawasan panas iaitu tempat tumpuan pengunjung setiap kali sambutan tahun baru, seperti taman rekreasi, dataran dan sekitar pusat beli-belah terkemuka.
"Kawasan seperti ini sangat popular di kalangan pengunjung terutama remaja setiap kali menjelang awal tahun baru berikutan kawasan terbabit turut menganjurkan majlis sambutan dengan menyediakan pertunjukan bunga api dan konsert yang disertai artis," katanya yang ditemui di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, sejurus operasi berakhir, kelmarin.

Nurhamizah berkata, pada fasa kedua, operasi ditumpukan di hotel bajet yang di sekitar negeri ini yang sering digunakan kebanyakan remaja dan dewasa untuk melakukan kegiatan maksiat selepas berakhirnya sambutan tahun baru.
 
Katanya, mereka yang ditahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam ialah remaja berusia 13 hingga 21 tahun, manakala mereka yang terbabit khalwat pula terdiri daripada mereka yang berusia 19 tahun hingga 30-an. "Bahagian Penguatkuasaan JAIS turut menahan beberapa pasang pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) yang didapati bersekedudukan di hotel bajet sekitar Selangor. "Malah, terdapat beberapa orang yang ditahan turut didapati positif mengambil dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...