Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 26 Jun 2012

Bomoh: Pengubat dan Perosak


BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam kelmarin.
--------------------------------------

Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu menangkapnya.

 --------------------------------------
---------------------
--------------------------------------
Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati. Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya.



Ulasan Sukma Bintara: Petikan Metro:  

"Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya".

Mengapa kelapa dan dua biji pisang dihidangkan kepada mayat ?,Mengapa dibunuh anakmu?, Adakah semata-mata ingin menunaikan perjanjian dengan makhluk terlaknat ? cuba fikir....

 Inilah bomoh, fikirlah.

Isnin, 18 Jun 2012

Kerana Poster, Musnah Segalanya


Masa: 7.25 pagi

Lokasi: Rumah, Ukay Perdana

Tarikh: 18/6/2012 (Isnin)

Melihat isteri tersenyum, seterusnya tergelak.... mengapa ? mengapa ? Rupanya........................ disebabkan....
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
-------
Satu POSTER tulisan tangan

------->


P/s: Belajarlah bahasa Melayu, sekurang-kurang lulus subjek bahasa Melayu peringkat PMR. hihi

Isnin, 4 Jun 2012

Mahar Cinta - Nota Hati Seorang Pemikir

Perkahwinan merupakan satu jalinan dan ikatan dua hati yang bersatu, walau pada zahirnya tiada tali yang tersimpul, namun, cukuplah mahar sebentuk cincin menjadi bukti. 

Kini, perkahwinan dianggap hal yang membebankan, memikirkan hal persiapan (hantaran yang berganda, cincin, rantai, dewan atau hotel, pelamin, bayaran makanan, baju pengantin lelaki perempuan, dll), dan bagi pendapatku, itu boleh dikemudiankan. Apa yang penting, 5 rukun nikah. Pertama, pengantin lelaki. Kedua, pengantin perempuan. Ketiga, wali. Keempat, dua orang saksi. Kelima, ijab dan kabul. 

Alhamdulillah, bebas dari pinjaman bank, pinjaman semata-mata kahwin. Lebih baik hasil titik peluh sendiri membayarnya. Mas kahwin yang murah, hantaran yang sederhana. Kenduri doa selamat. Syukur padaMu ya Ilahi kerana mengurniakan rezeki yang mencurah-curah.
------------------------
------------------------
Kata Sukma:

"Lain orang, lain caranya, janji semuanya berpandukan kepada agama"

"Melangsungkan pernikahan, bukanlah satu bebanan, permudahkannya, namun setelah berkahwin, itulah tanggungjawab dan amanah"

video


P/S: sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...