Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 28 Februari 2011

Ford FiEsTa Ting Tong

Semalam… pegi ronda kat tempat Beli Belah… tak beli barang pon… hanya melihat dari jauh… nak segarkan mata….. tapi matlamat utama nak cari buku kat MPH. Dapat beli buku mmg dah puas ati sangat2. Salah satu hobiku ialah mencari buku2. Sambil jalan…. mata terbeliak tgk promosi keta  keluaran produk Ford, model Fiesta. Ada 2 model... Fiesta Sport dan Fiesta kuba.. eh.. x... Fiesta Sedan.. Fuh… lawa gile… nak je angkat 10 biji… hahahaha….

Kaki gua dah mendekati keta…. datang apek tanya gua.. “you amacam…. berkenanan ini carata? murah je… bayar ckit, dah leh guna… bole pegi ronda jalan-jalan ma…”, jelas Apek pada gua. “Adus… kalau jalan-jalan, saya guna kaki je ma… x perlu keta-keta ni…”, jelas gua dengan nada berlagak cm anak2 Dato’.

 “Adakah lagak jalanku cm orang ternama… hebat gak lagak dan gaya control machoku… haha”, hatiku terdetik dgn riak… nauzubillah.. moga dijauhi. Anda lihat dibawah model kereta Ford Fiesta, korang beli tau… gua leh tumpang naik gak… beli tau… ya..ya…. :






Sekian~~~~~~ p/s: daripada aku beli keta time2 ni... Baik simpan buat kawen~~~ yeah... bernaskan.. hehe

MoViE 3K

3 k…….. 3k……….
 Tersemat dalam hatiku……..
Mengeratkan hubungan…..
Mengeratkan silaturahim……
Menyemarakkan kasih dan sayang…………….
Nilai sahabat……….
Persaudaraan……
Kefahaman………

Cite 3k mmg mengingatkan aku tentang satu peristiwa hitam…., lokasinya kat ladang kelapa sawit. Satu hari, aku di ajak meninjau kawasan aktiviti modul pada waktu malam… untuk keselamatan... Penat berjalan, meredah hutan dan semak samun, tengok kawasan batu2…. Disertai terpijak tahik lembu… cis… abis kasut aku baru aku..!!! Haha…

Dahi dah berpeluh…… ketiak dah becak…... Sambil jejalan sambil nyanyi lagu Sudirman… layan jiwang ramai2 gan bebudak.. perjalanan dah mengambil masa 2 jam… entah bila nak sampai… perut dah berbunyi… tambahan waktu hujan renyai2… mmg best la jika masa ni dok melantak ubi panas.. uuhhhhh… sedap tau hujan2.

“lari…………………………… lari……………………………. lari………………………. cepat…. cepat……” laungan halilintar dari si Baling….

"Wei kenapa?? kenapa?? apa??”, tanya aku inginkan kepastian. Ku tengok kat belakang, rupa-rupanya bapak lembu hitam sedang menghalakan tanduknya sambil mengejar kami…. “Ciss….. ciss… nape x bagitau lembu tgh naik minyak…. ko je lari ke depan…. tinggal kami kat blakang…”, jelas member yang senasib dgn ku.

“Aku dah nak bgitau… tapi…. suara x kuar….. “, jelas si Baling dengan raut wajahnya kebiruan.  "wei… wei… lari… lembu tgh menggila kat blakang tu”, jelas Rahman… YDP kita orang.  Pecutan marathon mula diaplikasikan…. sambih terbahak2 gelakkan perangai Si Baling…. mengingatkan wajahnya pada saat dia berlari meninggalkan kami.. cam kartun Oggy.. haha…

Sekian….. sekadar celoteh bersamanya... jom makan…. Lunch….

Sabtu, 26 Februari 2011

PaNciNg AcTiViTy

Bersembang tentang hobi mmg banyak... setengah manusia hobinya bersukan, merempit kehulu kehilir, melawakan keta, main belalang,cuci mata shopping centre, main Klik DSLR dan bermacam-macam lagi. Gua pepagi hari minggu x tau nak buat ape... dok rileks... buka buku baca.. Duk dalam 10 min.. sampai mesej kat telepon Nokia 3310 gua. Tut.... Tut... Tut... enset 3310 Cikai...
...........................................................
Mesej: "nor... jom... pegi rumah orang kawen..., lewat dah ni.... naik keta honda hitam aku.. xyah la guna RXZ rempit ko.. risau xsampai", daripada Mohd Heri Felo Rusa.
...........................................
Reply Mesej: "ok....ok..... aku solat zohor dulu... pastu nak pergi mane lagi? , xkan nak tibai nasi rumah org kenduri je..."
...................................................
Mesej: hah....!! ye... pas pegi tibai nasi.. jom.. ikut aku memancing kat tasik Fakulti Kejuruteraan... bawak pancing.. mintak la pancing gan buyud atau Afiq..ganas skit mu pg mancing, baru nampak ckit kejantanan mu.. ni asyik baca buku je.. hahaha, " daripada Mohd Heri Felo Rusa.
...................................................
Reply Mesej: "Mace-mace la mu ni.... hutang RM 30 jangan lupa bayar la... nak pg beli sabun basuh dan slinder RXZ aku.... hahaha"
....................................................
Mesej: Kecek banyak la.... turun cepat.... aku tunggu ni.... aku tunggu kat parking keta ni.... cepat... 5 minit bagi masa... go..go... ", daripada Mohd Heri Felo Rusa.
.......................................
Pukul 5 Petang, Awan kelihatan mendung, mentari memancar 60 % sinarnya... Hati gua mengatakan... memancing memang menyeronokkan.... dapat gak 2 ekor ikan.... memancing selama 4 jam.... memang lama betoi.... biasalah... budak baru belajar.... : 

Hadirnya kasih, datangnya sendiri,
walau ku diuji, ku tetap disini,
cintamu sejati, engkau bidadari,
4 jam lagi,
kau tetap ku nanti,
oh..... IKAN....... Cepat la makan umpan..

Pancing Pinjam~~~~ 

Tasik Fakulti Kejuruteraan... indah.... segar udaranya..
terasa mau terjun dlm tasik ini...
apakan dayaku... tasik yang begitu dalam...
kemahiran renang mencemburui ku.. 
.......................................
Sekian.... Wasslam...... Bye...Bye..... Hehe

Khamis, 24 Februari 2011

LaBu yAnG kEnCaNg

Hari ini..... gua bersembang kencang gan member gua masa waktu lunch... member gua minat nak mendalami ilmu kebatinan...  Bermacam2 pertanyaan diajukan pada gua. Labu bukan nama sebenar. Pertanyaannya: 
..............................................................................
Labu: "eh... ko ada  geliga ular ke? geliga lipan ke?"
Gua:  "eh... tiiada... aku x pakai menatang tu... syirik.. sama la ko guna tangkal...
..........................................
Labu: "ko ada ayat penggerun ke?,"
Gua:  "tiada... aku xde.... betul.
.......................................
Labu: "ko ada ayat pengasih?"
Gua:  "tiada bro... gua x de... berdoalah pada Allah.. x payah la bergantung gan ayat2 ni.
............................
Labu: "ko ada ayat pendinding ke?"
Gua:  "x yah la guna ayat... baca je Quran 30 juz. Automatik Allah lagi Maha Mengetahui.
..............................................
Labu: "eh... ni sepotong ayat Yassin... aku tgk dlm internet mengatakan ayat ni untuk pendinding diri?"
Gua:  " biarlah kita tahu asas mengapa dibaca. Apapun, semua ayat Quran tersirat 1000 hikmah dan penawar.
...............................................
Labu: "ni ayat dalam bahasa jawa... boleh guna dan pakai ke?"
Gua:  "ko tahu x maksud ayatnya..? jgn main guna.. makan diri sendiri. kuasai bahasa mereka.. baru ko tahu maknanya. 
......................................
Labu: "eh.. ni ayat mantera.. seruan kat bawahnya ada nama2 malaikat, penunggu, dan macam2, contoh ayat "bismillah... wahai malaikat jaga kanan ku, jaga kiri ku, jaga atasku, jaga tubuhku"...  tapi awal ayat dibacakan bismillah, leh guna la kan ayat ni?"
Gua:  "jgn dikelirukan... isinya kamu kaji? nasihat ku... jangan sebarangan jika x tahu... dan satu perkara lagi mengapa disebut malaikat yang harus menjaga diri??? habis Allah kamu ragukan? hah??? ayat tu mohon gan sape.. fikirla ya.....
................................................................................
Inilah serba ringkas pertanyaan dan jawapan... tapi.. jika dihuraikan... panjang lebar. Ilmu ini luas... member gua Ijazah Perakaunan... tapi jahil perkara ini... gua ada serba sdikit ilmu sains sosial... mungkin juga jahil hal2 lain... Mungkin sains fizik, biologi dan lelain..... atau ilmu kira-kira.. tapi x mustahil.. jika ada kemahuan untuk belajar.
.................................................................
Manusia dikurniakan akal... tapi akal ini terbatas.. tiap manusia dianugerahkan keistimewaan dan kelemahannya... tu sebab.. jangan memandang rendah pada seseorang walau dia tidak berharta... mungkin hartanya ada pada akhlak dan budi pekerti..

ROMANTIK !

Sekadar berkongsi dengan pembaca semua.....
artikel ini sesuai dibaca oleh geng2 yg tak kawin lagi ye...
yang dah kahwin pun baca ...hahahahhahahahhahhahaha...........



NABI (S.A.W.) BARING ATAS RIBA ISTERINYA


Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.

Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

Rabu, 23 Februari 2011

Pasukan MTM - 'hu ha hu ha'

Hari-hari berlalu, dipertemukan kembali. Dahulunya, kami berdebat di meja mesyuarat, melontarkan idea dibilik cemerlang, menyuarakan pendapat di kawasan ruang legar Diamond, bergelak ketawa dibalai minda, berpesta di Dewan Jauhari, berkaroke di bilik konti dan pelbagai karenah yang dibuat.

5 minit kemudian

Ayahanda datang tersenyum manis, entah mengapa ia tersenyum. Mungkin beliau terasa senang melihat  hubungan ukhwah antara kami. Dahulunya, beliaulah yang selalu mengunjungi kami.

Masa yang dilawati pada pukul 10 malam, pukul 11 malam, pukul 12 malam, dan ada ketika pukul 2 pagi, semata-mata ingin melihat gerak kerja program aktiviti kolej. Beliau tak kisah tentang masa tidur atau rehat, janji dapat apa yang kami semua mahukan. 

Terima kasih ayahanda pengetua KOSASS, UPM.

DaRah 23 Februari 2011


Hari ini............... sejarah... Kejadian Berdarah!!!!!!!!!!!!!
Pecah~~~~~~~

Terharu~~~~ Sedih~~~~~~~~
Syukur... tiada yang hilang Nyawa......
Ikut kata hati... Binasa...
Ikut kata Nafsu..... Musnah.....

Akan ku nyanyikan:
Gemuruh jiwa....
Semangat Membara....
 
video

dA Di do De

Mereka diatas adalah Penduduk bumi... malah penduduk kolej gua dulu kala........ penduduk yang kenal erti lelah, asal ada aktiviti, mereka akan penat.... letih... lesu..... kurang bermaya dan seumpamanya. Namun, group mereka mempunyai keistimewaan tersendiri, salah satunya ialah ceria.... happy..... menghiburkan....

Boleh dikatakan, bilik mereka ialah tempat persinggahan gua setelah balik dari kuliah.... dan dijadikan tempat melepak jam 12 malam keatas. Tanpa segan silu, gua baring atas tilam mereka.... bantal mereka..... malah sampai tertido gan lena. Entah berapa banyak kesan tompok yang telah gua tinggalkan.

Si payed "wei.... xnak kuar makan???", tanya Payed Kurus separuh ikhlas. "Emmm... kirim la... malu la nak kuar..", jawab gua tanpa menoleh pun kearah beliau. Dari first Year sampai Final Year... itulah alasan gua.... bukan malas.. tapi malu.. hehe.. kot kena mengorat... kata jelita.. haha..

"Asyik kirim je.... mai la kuar skali..... dok layan kartun je... cepat la...", celah Abby sambil kat tangannya memegang anak kunci moto. "Entah,.... takut org mgorat la.. pe la... Gay je minat ko.. haha..", jelas Payed. "Banyak kecek la..... hilang kosentrasi aku ni nak hayati cite Oggy...., pergi je la beli....", bebel gua kerana panas cuping telinga.

Semester Kedua... Second Year~~~~ Sekian... wassalam..

Selasa, 22 Februari 2011

mOVIe "Budak InGus"

Kisah ting 2.... Tika sunyi sepi malam hari, dluar jendela... mata gua terkebil-kebil melihat bulan yang makin lama makin bersinar.... dilihat awan yang bergerak-gerak.... angin dingin dapat dirasakan.... malah secara automatiknya angin gua jua kuar slow2. 
.........................................................
Masa ni.... waktu ni... gua pasang lagu hindustan kat radio... gua dah mula pandai layan jiwa... layan jiwang.... tapi pada siapa ?? pada siapa ?? bukan pada wanita atau jelmaan bunian... jiwang gua adalah disebabkan nak pakai moto baru... baju baru... kasut baru... nak gak pakai enset... wadus.. mmg meterialistik.. 
................................................................................
Lama gua dok luar jendela.., adik popuan gua menyapa gua... "dah solat ke abg? / doh semaye doh ko abe? (dialek kelantan)". "Tak lagi dik.... nak berkhayal jab...", jawab gua.
........................................................
Kata hati gua "eh, aku ni, dok pikir benda cm ni, solat x lagi". Sambil berlari2 gua menuju nak ambik wudhu... boleh lak terpijak KATAK.... kesian... mati free je KATAK ni.... 

Karya dihemtam krn memory masih segar diingatan~~~ wassalam.... hehe 

mOvIE "HusSiEn"

Ada satu kisah  member gua kat sekolah dulu kala... Kami bersekolah cm biasa... ada nakal... ada gila2, ada suka2 tapi 20 peratus je blajar dan baca buku... tu pun dipaksa guru........ Member seramai 7 orang bersama gua sedang asyik melawak... masing-masing tergelak kesana sini... ada yang terguling atas meja, atas krusi dan bermacam-macam aksi. 
...........................................................
Pernah suatu ketika..... sambil gelak nangis2... salah sorang member gua terus senyap... senyap..... xde ribut xde angin... nape senyap??? nape?? tanya punya tanya nape senyap, tapi member gua x nak jawab.... puas kami tanya..Adakah lawak kami ni menguriskan hati kecilnya.. risau kami berenam...
..........................................................
................................................
Last2..... dia mengaku................ 
mengaku dengan sejujurnya......
gua tahu.. ia berkata jujur beserta ikhlas....
.....................................................................
Jawapannya "Nor...... aku terberak dalam seluar.... ckit je berak....!!!"........ suara yang keluar dari mulut member gua. Terbeliak biji mata kami.... kami terdiam.... kami terkaku.... kami terketar2..... apa lagi.... hahahahahahhhahahahahahahaha..... last2... dirotan ustaz krana bising sgt dlam bilik darjah...
...................................................
Sekian... kenangan bersamamu~~~ wassalam..

nOta HaTi sEoRang LeLaki

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.





sumber :- Artikel iluvislam.com

dUit SaKu

Apabila dah kesempitan duit saku..... manusia akan cari macam2 kerja yang dapat mengisi perut boroi mereka.. Semua kerja boleh dan mampu dibuat.. Janji halal dan berkat hasil pencarian mereka..... dan menjadi asas utama  untuk mendapat keredhaanNya.

tung...tang...tung.... tang...... kping........... kepong.....
plusssssssssss........ ping.. ping.....

Dari jauh..... kedengaran seperti orang sedang membaiki enjin,,,... tapi sangkaan tidak sepertimana yang dijangka.. dalam jarak 50 meter... kelihatan 2 wanita cekal sedang bertungkus lumus menyiram moto usang.... mengapa??

Siasat punya siasat.... ruapa-rupanya, mereka sedang mengambil upah membasuh moto... tapi.... mengapa tadi bunyi cam Mekanik ?? Adakah mereka terlalu cekap membasuh moto sehingga bunyi yang dihasilkan begitu Gah gemuruh... Bergegar cuping telinga kecik ni.... inilah keistimewaan mereka.




Begitulah serba ringkas.... carilah rezeki yang halal..... hasil sedikit tak mengapa.... janji berkat..... x lah kena tanya macam2 kat kubur nanti.. sekian.. wassalam..... 

Ahad, 20 Februari 2011

DeMaM bEnGkeL

Keceriaannya menghiburkan hati orabg yabg berada disekeliling.

Terima kasih KAK INA.

 Babak 1

 Babak 2

Babak 3

RiBut BeNgKel

Pada 18-20, bengkel SWA Akreditasi diadakan kat Hotel Lagend, Port Dikson. Persiapan bengkel telah dibawa seperti leptop, projektor, dokumen, dan DSLR.
.......................................................







Jumaat, 18 Februari 2011

Khamis, 17 Februari 2011

KiSaH GeRaBak KeTa Api





Peristiwa sewaktu gua naik keta api....masa tu gua masih study.... Gua dari kampung nak balik KL... naik keta api.. gara-gara tiket bas dah abis jual.. biru kelabu muka gua... esk dah start kuliah... dah la lecturer paling gua takuti..... 

Sampainya gua kat stesen keta api, gua pegi kat kuanter, tanya tiket. "abg, tiket pergi KL ada?", tanya gua. Balas abg jual tiket, "tiket... dah abis.. dah seminggu da abis...".
Adus.... mmg penat la cm ni.... gua cari jalan penyelesaian... Akhirnya, gua ada jalan penyelesaian.. iaitu naik keta api tanpa guna tiket.. uuhh.. bernaskan.. !!!!!

pooooommmmm................... pooooooommmmmm......... kruuukk..... kruuuukkk........ 
Pooooooommmm.................... kruuuuuuk.......... krukkkkkk.... guh...guh......

Keta api dah sampai.. terus gua naik, berebut-rebut gan puak Vietnam, Thailand, IndO, Bangla....  yang senasib dgn gua.. sama2 naik keta api lompat tanpa tiket... Disinilah gua bergelak ketawa gan geng2 Vietnam, Bangla, Thailand, Indo..... bukan lagi satu malaysia, tapi dah jadi satu negara... happy bersama... hahaha..... 

Perkara pertama sebelum sesi sahabat tercetus, mamat Thailand menyapa gua "Sawaddi....... Sabai di mai?" (maksudnya: Salam sejahtera, apa khabar?). "Sabai di (khabar baik)", gua balas dalam bahasa Thai yang mane gua tau... 

Dari saat tu la, member Thai dapat bergaul mesra gan gua... automatik geng Indo, bangla, vietnam bercampur gaul gan gua.... malah dapat tido sesama kat tengah2 gerabak keta api.... tempat laluan org lalu lalang..... 

Moral: berkawan biar ramai.... hindari musuh..... yeah~~~~ 

Waktu lunch ni... gua nak rileks... blog la tempat gua hilangkan penat... byk bro... esk kena berangkat pg PD... ada bengkel MQA Akreditasi.. wassalam....

LoGiKa......~~~

“ …..Usah kau terus mempertanyakan, buang semua logika….,
Berdoalah senantiasa… dan syukuri baik buruk yang kau rasa…..,
Saat kau berniat baik dan meminta yang terbaik, itulah yang kan Dia beri…..,
Terkadang seketika… seringkali harus lalui hari yang menguji hati……”
....................................
sekian~~~ wassalam......

Rabu, 16 Februari 2011

pOkOk-PoKoK cInTa

Lokasi: Kawasan sekitar.. Alam manusia... ..... Bukan alam jin... Gua tgh cari idea... oh... idea... datanglah..... datang lah.... tunjukkan gambar yang dapat memberikan ku makna yang tersirat..... 
5 minit kemudian....................................................
Ooohh..... ada... yes.... KLIK.... KLIK....... KLIK........ seperti dibawah:-


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran...........,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman...........,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman..........,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi.........,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai........ ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu................. ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu..............,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.~~~~~~~~~.

p/s: gambar Natural, X EDIT. 
..................................................................
Sekian... Wassalam..........

SePaRaS dAdA Itik

Mandi sungai adalah aktiviti budak kampung seperti gua. Tapi hanya sungai yang cetek saje yang berani gua mandi. Mandi punya mandi, gua terasa tubuh gua dah jd cm duyung jantan.Terasa segar bak makan panadol 10 biji... uhhh... best.
.....................................................
Suatu hari, gua dibawa oleh member gua kat sungai yang x pernah gua kenali... sampainya gua kat sungai, gua tgk air sungai itu jernih dan bersih, namun... gua x sdp hati nak terjun dlm sungai tu..... dalam ke x siungai ni ??
........................................................................................
"Dolah.. sungai ni dalam ke? cm xlepas je aku nak mandi...", tanya gua seberapa tegas yang mungkin. " alah... cetek je sungai ni... stakat paras dada itik je", jawab beliau sambil tersengih-sengih. 
.................................................................
Tanpa berfikir 10 kali, gua terus terjun....... bussshhhh..... kedengaran percikan air... fuh..... masuk je dalam sungai.... kaki gua x leh nak pijak bumi... "eh.. kata cetek paras dada itik je..", kata gua merungut tgh2 dlm sungai.
.............................................................
Rupa-rupanya, gua berhadapan dgn situasi lemas.... "Uuhh.... uh..... tolong... wei.. menatang si Dollah.. aku lemas ni", jerit gua bertalu2. 
....................................................
Moralnya... apakah yang dikatakan air yang separas dada itik ?? fikir punya fikir... otak gua menemui jawapannya.... mmg la itik leh berenang, tp separas dadanya saje... walau sedalam mane pun air, si itik pasti timbul dan x tenggelam2..
..............................................................
p/s: sekrang dah leh brenang.... gara2 peristiwa hitam spt diatas... T.Kasih Dollah....  hahaha
sekian... wasslam...

Kilat Pancawarna

Larut malam... biasanya gua tido, baca buku, layan fb, dan melakukan aktiviti mengorek idung... tapi akhir-akhir ini, gua ditayangkan oleh member gua dengan satu hobi klik gambar tgh memalam buta. Member gua tau, gua tengah dok mengalamun sesorang.... apatah lagi seusia gua, seharusnya dah naik pelamin, tapi yg mjadi msalah besar buat gua ialah Pulus mulus x cukup lagi... tapi.. apapun.... soal bajet kawen, mmg gua bagi 100% komitmen.. 

Lokasi: Atas bukit.. bukan bukit/gunung kinabalu...
Masa: 1.45 Pagi... disaat kutu rayau dok kuar sarang.. 
Kenderaan: Keta wira merah ala-ala Lancer
Kuantiti: 2 orang jejaka disertakan barangan mainan DSLR
Makanan: 2 tin nescafe
Pemakaian: Rileks dan slamber... seluar 3 suku, berbaju T-Shirt bandel.. menutup Aurat.

Aktiviti KLIK dimulakan.... "uuhh... xjadi lagi... nape gambar cm ni.... adus... dah bratus kali klik... naik jenuh tgn aku", jelas gua pada member gua. "Wei... setting la bebetul.... tetapkan masa 10 second, nanti keta motor lalu lalang, ko tekan... ni main tangkap je.... mmg la cm haram jadinya", jelas member gua dengan nada yang riak. haha

Hah??? dah jadi... wei... tgk gambar aku.... wei... wei... kalah ko... haha", jelas gua separuh riak... moga dijauhi.. haha. "Hahaha.... ok la tu... dengar ckp kan senang...", balas member gua.

Hidup di dunia hanya sesaat.............,
ibarat kilat pantas melesat..........

Usia seorang insan....,
ibarat kilat yang memancar....
cahaya yang melintas aral melintang.......

Akhirnya....... gambar ini berjaya diperolehi.... sebagai budak yang baru blajar, kenalah bertanya.. jika xnak sesat jalan.... wassalam.... sekian.....

Selasa, 15 Februari 2011

BiNtAnG kEhiDuPaN

Dari lamunan menjadi satu realiti, bukan lagi fantasi anak-anak kecil yang berlari ke sana sini....... Namun... apakah yang dikejar menjadi suatu yang realiti yang benar2 dimiliki ? ........ Mahukan kemewahan? atau kekayaan? atau kesenangan hati? semuanya bergantung kepada kemahuan dan kehendak kamu duhai insan.......

Mata gua memandang dunia dengan sepenuh penghayatan..... gua perhatikan.... diri manusia tidak pernah puas... dari "satu"... ingin mencapai "dua".... dari dua ingin mencapai" tiga"..... tapi apa yang yang diterangkan ini bukannya soal mencapai bini sampai tiga, tetapi ni soal kehendak dan perihal kemahuan. 

Sampainya jejak langkah gua di kota Buana..... hajat dan niatku ingin melihat bintang dan pelita-pelita gersang disekeliling gua..... akhirnya.... gua temui.... gua merasai..... KLIK............ KLIK................ KLIK..... DSLR gua... Seperti di bawah:

 Saat semua mata tertutup
Mataku terjaga dan mengikuti irama nocturnal
Terima kasih telah membuka kan mata
Di tengah kegelapan Irama ini

 Gelap-terang-gelap-terang
Saat ku ingin siang dan ingin lebih terang
Tak bisa ku paksa lebih
Justru hitam dan malam

 Dengan gelap ini lah aku bisa melihat
Dengan gelap ini lah Kau buka semua tabir
Dengan gelap ini lah ku tau arti Syukur akan cahayamu~~~~

Pabila terang... inilah kehidupan duniamu.... 
pabila terpadam, maka kehiupanmu akan berakhir...
berakhir dengan noktah.....
Kematian....

Ini Idea... dan Ilham Gua...... apa yang penting bagiku... foto yang dapat memberikan makna yang tersirat.. Untuk makluman, gambar diatas... adalah Natural.... tidak menggunakan khidmat Photoshop atau mane2 software..... ni kerana........... 

Sifuku pernah berpesan "jika foto yang dapat memberi makna tersirat disebalik yang tersurat.... biarlah Natural..... dan ini lebih bernilai", pesannya dengan Ikhlas... 

Terima Kasih kepada sifu2ku... antaranya Dia.... Dia..... dan Mereka..... Wassalam.... Sekian....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...