Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 30 Mei 2011

Dunia Kini: Syiah

Ramai orang tidak tahu apa yang dikatakan golongan syiah, ada yang tahu pasal golongan syiah hanya sebilangan kecil sahaja. Kadang2 orang tahu berdasarkan pendapat orang lain semata-mata , namun mereka tidak pun mengkaji  asal usul kewujudan Syiah. Janganlah menjadi “pak turut” yang semata-mata mengambil bulat-bulat pendapat orang lain tanpa menceburkan diri untuk mengkaji serba sedikit perihal mereka. Mungkin, kita dapat berkongsi serba sedikit. Tidak rugi jika berkongsi , untuk menambah pengetahuan..
………………………………………………………………………………………………………………………………….

Menurut kamus, syiah bererti pengikut, pembantu, pendukung atau golongan, terutama pengikut dan pencinta Ali bin Abu Talib serta ahli keluarga Rasulullah s.a.w. Golongan ini mencintai Ali adalah secara berlebih-lebihan.

Pelapornya adalah Abdullah bin Saba, seorang yahudi dari kota San’a’ (Yaman) yang berpura-pura memeluk agama Islam untuk menyebarkan fitnah dan tipu muslihat agar timbul kekacauan di kalangan umat Islam.  Ia bertujuan merosakkan dan menghancurkan Islam daripada dalam.

Abdullah bin Saba mempunyai ajaran tentang apa yang dinamakan “Alwasiyah” iaitu penetapan bahawa Ali bin Abi Talib adalah “wasiyyu Rasulullah s.a.w”, iaitu orang yang menerima pesan terus daripada Nabi s.a.w untuk menjadi khalifah sepepas wafat Rasulullah s.a.w.

Maka menurut mereka, kekhalifahan Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan tidak sah. Ketiga2 khalifah ini dikatakan zalim kerana merampas hak Ali. (Kecuali Syiah Zaidiyyah yang masih mengakui kekhalifahan Abu Bakar dan Umar, kerana kedua orang ini lrebih utama daripada Ali). Sepertimana rakaman yang memaparkan sebilangan golongan syiah yang mengutuk sahabat nabi dan Aisyah menerusi doanya dlm solat, seperti di bawah:

video

Menurut Abdullah Bin Saba’ Ali dianggap seperti Nabi , bahkan sebagai tuhan. Ketika Abdullah bin Saba mendengar kewafatan Ali, ia berkata bahawa yang mati terbunuh bukan pribadi Ali, tetapi syaitan yang menyerupai beliau. Adapun pribadi Ali naik ke langit atas.

Bersambung……  next "Aliran-aliran dlm Syiah"

Dia SeoRang MusLiM

Dia seorang muslim, dan muslimnya dinilai dari syahadah yang dilafazkan menerusi lidahnya… tapi bagaimana dengan hatinya? Adakah dia benar-benar memperakukan Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. 
 ...................................................................................................

Dia seorang muslim, muslimnya diperlihatkan diri beliau yang kadang-kadang solat, kadang-kadang ditinggalnya dengan rela hati.. Adakah dia berfikir… bukankah, orang yang meninggalkan solat itu ibarat seperti merobohkan tiang agama. Pernah satu ketika, beliau menyatakan, “jika kamu tidak solat / tinggal dengan sengaja, lebih kurang la kamu gan kaum nasrani dan yahudi”… tapi, dia marah kepada beliau dan menyatakan “alah… kan Allah yang mengurniakan hidayah, nanti ada hidayah, aku solat la.
...............................................................................................................
 ............................................................................................................

Dia seorang muslim, muslimnya diperlihatkan ketaatannya dalam ibadat puasa sunat. Setiap hari isnin, khamis, jumaat, dia berpuasa sunat dengan penuh tekun dan mengelakkan diri dari terbatalnya puasanya. Pernah satu ketika, beliau pernah bertanya “rajinnya kamu puasa, Allah sayang pada kamu”. Jelas dia “ala.. Saje nak diet, turun ckit lemak badan ni, ramping ckit, bagi Nampak ok ckit..”. “0000h, kerna diet…. Ok”.
 ................................................................................................

Dia seorang muslim, muslimnya terpamer dari usahanya membating tulang melakukan ibadah wajib dan sunat… seperti solat 5 waktu, solat sunat, puasa wajib, puasa sunat, sedekah, dan bermacam-macam.. Tapi,  disaat ini masih lagi tidak menutup aurat…. Mengapa??? Sedangkan menutup aurat kepala / rambut itu hal yang wajid.. Wajib bagi kaum hawa bagi menutup auratnya.. Rambut salah satu anugerah Allah yang dikurniakan bagi wanita, yang halal dilihat oleh muhrim nya sahaja.. (ibu/ ayah/ adik/ abg/ kakak/ Ibu saudara/ ayah saudara/ suami dan seumpanya.). 

Firman Allah:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".(Surah An.Nuur:31)

  ..................................................................................................

Dia seorang muslim, muslimnya dilihat dari aspek pemakaian yang memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim seperti memakai kopiah, tasbih ditangan, dan sering kali dipanggil ustaz… tapi segelintir dari mereka berselindung disebalik imej semata-mata. Ada yang kaki judi, kaki zina, kaki arak, kaki bomoh / dukan/ pawang yang mengamalkan amalan syirik lagi menduakan Allah SWT. 

p/s: karya aneh Sukma Bintara (Paranormal Activity) masa lunch. Wassalam

Jumaat, 27 Mei 2011

Nur Kasih vs Ketika Cinta Bertasbih

Dua filem cinta yang telah ku tontoni,  semuanya mengandungi unsur pengajaran yang bermakna, termasuklah mesej murni yang  mendalam buat tatapan para penonton diluar sana. Dan kesimpulan ringkas yang dapat ku katakan ialah cinta, iaitu Cinta kerana Allah… bukan semata-mata cinta yang berlandaskan nafsu.

Filem Nur kasih, mengisahkan percintaan diantara suami isteri (soleh & solehah), saling berkorban diantara satu sama lain. Seperti di bawah:

video

...........................................................................................................................
Filem Ketika Cinta Bertasbih, memaparkan kisah percintaan dua insan yang masih belum berumah tangga. Seperti di bawah:

video

P/S: Sekian...... 

Khamis, 26 Mei 2011

Kisah KeKasiH Allah.....

Ketika Rasulullah SAW menjelang kewafatannya, Beliau sedang terbaring di tempat tidurnya di dalam rumahnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk ?” tanyanya. Tapi Saidatina Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang tidak dapat ditemui” kata Saidatina Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

video


Kemudian ia kembali menemani ayahandanya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Saidatina Fatimah “Siapakah itu wahai anakku ?”. “Tidak tahu ayah, sepertinya aku baru kali ini melihatnya” tutur Saidatina Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut” kata Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah pun menahan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, kemudian Rasulullah SAW menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ?” Tanya Rasululllah SAW dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu” kata Jibril.

Tapi itu tidak membuat Rasulullah lega, Rasulullah SAW masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini ?” tanya Jibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?”. “Jangan khawatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”.

Mata Saidatina Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Tidak sukakah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah SAW pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibril. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.

Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saidina Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”.

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii! - Umatku, umatku, umatku”.

Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi cahaya bagi kegelapan, ubat dari seluruh penyakit, penghulu seluruh manusia, rahsia dari segala rahsia, dan makhluk paling sempurna. Rasul yang sangat mengkhawatirkan nasib umatnya dari pada dirinya. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Namun, bagaimanakah cinta kita kepada Rasulullah? Sudahkah kita mengikuti seluruh Sunnahnya?

Perdebatan (Hujah) Nabi Adam vs Nabi Musa

Kaki melangkah perlahan-lahan, tangan dimasukkan dalam kocek seluar sebelah kiri, buku (diari) dibawa dengan tangan kanan, terus menuju dibarisan hadapan, lantas mengangkat takbirratul ihram, Allahu Akbar………….


Hati tenang, terasa diri disayangi Dia Yang Maha Perkasa…. Itulah yang seharusnya dipegang oleh tiap manusia, berprasangka baik pada Allah swt. “dari pagi, petang dengan urusan mencari nafkah / rezeki, namun ianya juga ibadah jika niat yang kita sandarkan pada Allah”, bisik hati. “bagaimana dimalam hari ?, adakah tiada masa bagi insan untuk mengadap wajahnya dihadapan Allah “solat berjemaah”?

Pelajaran yang ringkas, tapi mencakupi untuk diri manusia supaya berfikir setahap mana akal mampu untuk berfikir sambil bertafakur… tajuk “perdebatan Nabi Adam dan Nabi Musa”. Setengah ulama mengatakan pertemuan ‘roh’ masing2, dan pendapat kedua, ‘jasad’ mereka dihidupkan kembali dan dipertemukan… apa sekalipun, berpeganglah, kuasa Allah tiada tanding taranya.

Terjadi perdebatan antara Nabi Adam dan Nabi Musa (di alam roh atau langit tertinggi), lalu berkatalah Musa: Hai Adam, engkau adalah bapa kami yang telah merugikan kami dan telah mengeluarkan kami dari surga. Maka berkatalah Adam pada Musa : engkau hai Musa yang telah di pilih oleh Allah untuk bercakap denganNya dan menulis dengan tanganNya untukmu,apakah engkau akan menghina aku terhadap perkara yang ditakdirkan Allah padaku sebelum Dia menciptakan aku selama 40 tahun (iaitu sebelum terjadinya alam semesta).

Kemenangan berpihak kepada Nabi Adam… dan kesimpulan yang ringkas, segala-gala telah diatur oleh Allah SWT. 

Rabu, 25 Mei 2011

Kucing dikatakan Jelmaan org Ilmu Hitam

Sinar Harian (25/5/2011 - Rabu)

SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini. Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk. Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

“Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit. “Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini. “Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu,” katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

“Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap. “Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan. Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

“Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu. “Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas. “Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman. Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak. Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.Klik dibawah, bagi rujukan kisah ini..:




Jumaat, 20 Mei 2011

PeRiStiwa CendOl


Hoi… Nor, Jom solat Jumaat, laung En. Bahan dengan laugan singa Afrika. “Ya,ya.. Bereh, ingat, cendol kena belanja, moral,moral”, jelas gua seberapa daya yang termampu.
 .................................................
Bermula Khutbah, topik yang dibicarakan ialah berkenaan sifat-sifat orang munafik. “ciri-ciri munafik yang perlu anda semua ketahui iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )”, jelas imam bersungguh2.
 ..........................................
Selesai menunaikan solat………………………..
-
-
-
-
-
Sesi makan cendol dimulakan. Kelazatan cendol ,mula dinikmati…. Tanpa disangka, hujan turun dengan lebatnya… masing2 berlari cm lipas lipas kudung / kambing takutkan air. Geng kami berlari sambil memegang cendol ditangan, risau cendol bercampur gan air hujan. 
 ...........................................
“WAHHHH… COMELNYA BEBUDAK NI………. COMELNYA….. BERTEDUH BAWAH MEJA SAMBIL MAKAN CENDOL…. TERINGAT ZAMAN KANAK-KANAK YANG PERNAH BELIAU ALAMI, SELAKU BUDAK KAMPONG…… TERSENYUM MENDAPAT MAKANAN…. TERSENYUM BERSAMA RAKAN/SAHABAT……. BESTNYA……. 

 Adik-adik comel..... 1

 Adik-adik comel.....2

p/s: zaman kanak2, zaman yang tiada duka, tiada sengsara.... tersenyum sentiasa disertai gelak ketawa....

Khamis, 19 Mei 2011

Isu Jumpa BoMoh & KriTik

Metro: 19/05/2011 (Khamis)

JOHOR BAHRU: Terpedaya dengan muslihat seorang bomoh yang mendakwa mampu mengembalikan harta arwah nenek moyang mereka yang dikatakan bernilai RM2.8 juta, lapan beradik kerugian RM62,285 yang dibayar kononnya sebagai zakat dan kos upacara meraikan ‘mahaguru.’
 ......................................
Mangsa, Nazri Mohd Noor, 40, berkata, bomoh berusia 37 tahun itu licik menipu dia dan tujuh adik-beradiknya yang lain termasuk mengadakan satu ‘demonstrasi’ khas kemampuannya mengembalikan sebahagian daripada harta bernilai RM2.8 juta itu dalam bentuk wang tunai.
 ........................................
“Kami berkenalan dengan lelaki itu melalui seorang rakan pada 27 Mac lalu dan tertarik dengan keistimewaannya, antaranya mampu melihat dan berkomunikasi dengan pemegang amanah alam ghaib.
.......................................
“Lelaki yang tinggal di Masai itu memberitahu sudah tiba masanya keluarga kami memiliki kekayaan nenek moyang kami yang keseluruhannya bernilai RM2.8 juta dan dia mampu menukar harta itu dalam bentuk wang tunai untuk kami.
.....................................
“Bagaimanapun, kami terlebih dulu perlu membayar wang ‘zakat’ RM53,000. Selepas berbincang, kami adik-beradik setuju membenarkan lelaki itu mengadakan upacara menzahirkan duit berkenaan di kampung kami di Kelantan, pertengahan April lalu,” katanya kepada Harian Metro.


 ......................................................................................................
 ...................................................................................................
Kritikan Sukma Bintara:
....................
Bomoh…. Ya, bomoh,… bermula dari peradaban Melayu sehingga sekarang, masih tidak putus-putus menggunakan khidmat bomoh. Dan pokok pangkalnya, manusia yang masih jumud dengan kepercayaan ini, meletakkan dasar agama islam pada tangga yang paling bawah. 

Setelah sedia maklum, hukum berjumpa dengan dukun/bomoh/tukang tilik adalah haram disisi Islam. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Salah siapa? Salah diri sendiri. Ya.., salah diri sendiri.  

Lihatlah bukti dibawah:

Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)
 ...............................
Bukti Kedua:
 .........................................
Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)

Yang kena  “kelentong” dengan si bomoh, terimalah padahnya. Sendiri buat, sendiri tanggung. Tidak perlu simpati. Melainkan mangsa ragut, dirogol, dirompak dan seumpama yang perlu dikasihani, kerana mangsa ini, dianiya dan dizalimi. Manakala yang jumpa bomoh/dukun, anda bukan dizalimi tetapi menzalimi diri sendiri.

Rabu, 18 Mei 2011

Promote "Hantu" dan Kritik

Sumber : Merto (18/5/2011)

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

 ............................................................
Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
 ....................................................
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.
.......................................
Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.
.....................................................
Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

 ........................................................................................................
Kritikan Sukma Bintara:

Adakah ini yang dikatakan dengan kemajuan berfikir? Semakin hari, semakin mundur intelek manusia untuk memikirkan sesuatu yang baik kepada diri dan masyarakat. Hanya semata-mata ingin mencontohi dunia barat yang selama ini mengangkat dunia paranormal (hantu), kita sebagai negara Islam, ingin juga memperkenalkan  tempat paranormal yang diiktiraf, sehingga memperkenalkan tempat ini sebagai lokasi pelancongan “Pekej Lawatan Behantu” yang dipromosi Tourism Malaysia Pahang. Ingin mencari keuntungan dari sumber seperti ini ke ??.
 .........................................
Selagi masyarakat disoggokkan dengan maklumat Hantu, Khurafat dan Tahyul, selagi itulah, kejahilan akan menyesatkan manusia. Tidak dapat membezakan kebenaran yang sahih serta merta menjadikan kebatilan menerjah diruangan akal manusia.
 ...................................................
Hal ini juga mendatangkan kesan negatif kepada kita selaku umat manusia. Perkara pertama ialah dari sudut akidah dan kepercayaan. Amat mendukacitakan kerana manusia lebih takut dasn gerun kepada makhluk bernama jin / syaitan dan sekutunya dari kekuasaan Allah SWT. Sedangkan Islam mengangkat martabat manusia sebagai khalifah Allah SWT. Takut disini bukan kerana takut pada hasutannya yang mendatangkan maksiat dan kemungkaran, tetapi takut pada mereka akan rupa asal kejadian mereka, dan memperakui diri mereka (jin/syaitan) boleh mendatangkan kesan kemudratan kepada diri kita.

Firman Allah Ta’ala :
"Maka janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku jika kamu benar-benar orang yang beriman. [Ali ‘imran : 175].
 .......................................................
Perkara kedua ialah menjadikan manusia (muslim) terkeliru dengan hakikat kejadian roh dan manusia, manusia dicipta semata2 untuk mejadi hamba kepada Khalidnya (Allah SWT). Manusia yang taat atau ingkar akan diadili oleh Allah dengan seadil-adilnya. Roh dan jasad saling ada hubung kait, roh yang masih lagi berada dalam jasad, membuatkan manusia terus bernafas, apabila terpisahnya roh dan jasad, maka ia dinamakan Kematian… dan terputuslah hubungan kita dengan dunia nyata… kembali di alam yang lain…. Alam Barzakh.
 ..........................................
Kerisauan yang melanda masyarakat kita sekarang ialah, ramai yang mempercayai kewujudan roh yang boleh mangganggu manusia yang hidup, dan diperakui manusia yang buruk perangainya, dikurniakan semangat roh yang jahat dan 'hidup' bagi menganggu kehidupan manusia.  Sedangkan Roh ialah urusan Allah SWT. Buktinya:

Firman Allah Ta’ala :
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-Isra :85)

…………………………………………………………….. ok…. Kritikan Ringkas… Lelain, Korang Pikir la Sendiri…. Wassalam…

Selasa, 17 Mei 2011

HiDaYah

"Hidup ini adakalanya senang, adakalanya sukar, ditambah lagi suka dan duka menghadapi karenah manusia... inilah kehidupan, yang kita rasai cuma satu kali", fikir hamba Allah dibenak akalnya. Hujan kelihatan mulai gugur membasahi bumi, kelihatan seperti menunggu seorang rakan datang mengambilnya.
...............................................................................................................................................
10 minit kemudian:,
..................................................................................
"cepat, kan x sempat nak solat", jelas rakannya dgn penuh semangat untuk solat berjemaah. "Jangan tergesa-gesa sangat, ya.... x baik".


"Hari ni, ustaz yang ditugaskan untuk tazkirah malam ni, tak dapat datang, ada hal. mustahak.", jelas bilal dihadapan khalayak. Walaupun tiada tazkirah, penyampaian ilmu tetap diperolehi, dimana kami menyertai ceramah berkaitan ttg haji bersama segelintir jemaah yang akan menunaikan haji. 
.................................................................................................................................

selesai..................................................................;
"Tetapi, tidak semua orang tahu bagaimana hendak memulakan perubahan itu. Bagaimana dan dari mana hendak melakukannya. Tidak semua orang dapat mengumpul kekuatan sendiri tanpa didorong oleh orang lain. Dan tidak semua yang mampu melakukannya tanpa bantuan huluran tangan dari orang lain. Perubahan itu menjanjikan kesakitan dan kepedihan namun akhirnya kebahagiaan", jelas rakanku.

Isnin, 16 Mei 2011

Tanda disedari, ini SYIRIK

"Tukang tilik atau bomoh hampir sama. Pertama Kahim, kedua Ar-rof hampir sama. Mengetahui sebab apa yang berlaku, dimana berlaku, siapa yang lakukan. Haram mempercayai kata-kata mereka, malah menjadikan syirik jika mempercayainya".
.......................................................................................
Lihat rakaman di bawah: 
...................................................................
video


Memang tidak kita nafikan, pertumbuhan aktiviti perbomohan semakin hari semakin berkembang di serata tempat, di kampung, di bandar, malah ada yang menubuhkan istitusi / tempat rawatan di sesetengah kawasan. Perkhidmatan rawatan juga banyak diiklan di media cetak dan elektronik. Cuma, carilah rawatan yang berlandaskan syariat Islam.


Bomoh atau nama manjanya "ustaz", ustaz yang bertopengkan kesyirikan, sering kali kita terpesona dan mempercayai akan kata-kata mereka. Padahal, merekalah penabur fitnah yang paling popular. Contohnya:


..................................................................................................................
Kisah Benar 1:

"kamu ni disihir.... orang yang menyihir kamu ialah keluarga kamu sendiri"...... inilah perkataan bomoh atau dikenali ustaz.

Dan, pokok pangkalnya, siapa penyampai berita kepadanya? siapa yang berikan maklumat padanya? siapa? siapa? pasti anda tahukan.... tidak lain tidak bukan iaitu khadamnya (Jin) yang menjadi sahabat mereka ataupun rekaan semata-mata untuk mendapatkan perhatian,ini pasti menimbulkan pergaduhan. 

Seharusnya, kita selidiki, bukan percaya keseluruhan kata-kata mereka. Kesannya, rosak institusi kekeluargaan,kerana FITNAH menjadi perkara biasa!

 .......................................................................................................................
Kisah Benar 1:

 "Kerana telah diseru, saya jumpa dengan roh ayah kamu, katanya dia sihat / dia diseksa/ dia hadir depan saya tadi", jelas bomoh "ustaz".

 Komen sukma "roh ialah urusan Allah! Bagaimana menyeru roh sedangkan ia urusan Allah ? bodohnya yang mempercayainya.


Pengemis Celik

Pengemis semakin hari, semakin berkembang… merata2 dijalanan, ada yang bertongkat, ada yang merangkak, ada yang berjalan selamber, sihat tubuh badan, cerdik akal fikiran. Pemerhatian Sukma menjelaskan, terdapat 3 kategori pengemis iaitu:

1. Pengemis yang tidak ada upaya untuk bekerja.
2. Pengemis yang malas bekerja sihat tubuh badan.
3. Pengemis “mengemis” bidang kerjaya mereka (Sindiket).

............................................................................................................................................
Babak 1

Suatu hari, beliau berada dalam train KTM menuju ke KL Sentral,  sambil melayan lagu jiwang dlm Mp3, datang akak pengemis lingkungan umur awal 40-an yang bertubuh sihat walafiat, sempurna pancaindera, berwajah cerah, berpakaian t-shirt bertulisan Batman,:

“Tolong, tolong dik, akak lapar, bagi la duit, sdikit pun x mengapa la dik”, jelas akak bersungguh2 sambil hulurkan tangannya tepat depan batang hidung beliau. “Akak, saya xde duit kecil akak, ni pun cukup untuk tambang teksi pas ni”, jelas beliau.  “x mengapa la, adik bagi akak rm 20 cukup la”, luah akak dengan wajah dan mimik muka yang buat2 kesian. Duit beliau ada RM 10 je nak tambang teksi balik nanti, diminta2 lak nak rm 20. banyak cantik betoi....  “Nah akak, ambil ni, ni je yang termampu”. “Tak cukup ni dik.. tambah la ckit lagi”. Pengemis jenis apa ni?

 .................................................................................................................................
Babak 2

Petang begini menyebabkan perut beliau lapar ke tahap krikal dan maksima. Jika dibayangkan, mau je ditelan semua lauk yang ada. Sambil makan dengan penuh selera, tiba-tiba datang seorang anak bangle mau jual buku agama. 
Buku yang berjudul “BELAJAR MANDI WAJIB”. Nak je tergelak, tapi ditahan bersama kunyahan nasi. Bagaimana harus ku katakan, nak bagi… tapi cm x percaya je… Mendesak aku suh beli, orang bg duit ckit xnak, paksa gak suh beli buku yang yang berharga rm 5.  Gerak hati mengatakan ni sindiket.. tapi x boleh berprasangka buruk, buruk padahnya. Pengemis jenis apa ni?

 ..........................................................................................................................................
Babak 3
Berjalan 2 orang Pendekar menuju ke sebuah restoran. Odder bunger hayam dan ayak Milo. Diteguk dan makan bersama. Leptop dikeluarkan sambil downlond cite Pucca dan Kisah2 Maharaja Lawak. Duduk x sampai 6 minit, datang mak cik / auntie berbaju lawa, berambut terurus sambil memegang beg plastik yang berisi makanan segera, lantas:

“Bantu saya ma…. huk..huk, huhuhu, engok la tangan saya maaa.,, baru je bengkok maa”, sambil nangis2 depan kami dan menunjukkan tangannya yang sepera bengkok. Naik bingung 2 orang pendekar melihat telatah manusia yang kurang faham maksud adab . Makin lama makin kuat popuan tu nangis… “cam ne ni???? Main paksa-paksa la pulak… aduh manusia ni”, jelas hati beliau yang berada dlm kepanasan. Pengemis jenis apa ni?

p/s: segelintir pengemis / peminta sedekah ada yang boleh dipercayai.. atas sebab2 yang munasabah. Sekian… Wassalam.

Rabu, 11 Mei 2011

kERSaNi


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah). Tiba-tiba terfikir satu persoalan. Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
………………………………….
………………..
……………………………………
…………………………………………………………..
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?………………………..Pastinya yang lebih baik.
-
-
-
-
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
 ............................................................................................................
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
Fareha            : "Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
Hazlina           :"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Fareha            : I nak pakai tudung gak la…..
Hazlina           : jom.. jom…. hehe
Fareha            : pas tu kita pg tgk rancangan Hal Ehwal Islam...
Hazlina           : wah.... xnak.. nak tgk Al- kULIYYAH.. LAGI BEST....
(Watak diatas tiada kena mengena yang hidup dan mati)
 ....................................................................................................................
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri. Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu? Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun.
Sokian…. hehehehe.. saje nak kongsi….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...