Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 30 September 2010

Kalau Berpacaran~~ lucu~~ hehe

video

Ini lagu lucu... gua dgr amat mencuit hati~~~ ada kuar suara setan... hahaha.....
dalam lagu tu mmg lucu siot, tapi ada mesej yang ingin disampaikan...

Pada kekasih aku... cepat la pinang sy.... hehe.. nak kawen~~~ hehe

Pinjam bank la kalu nak kawen.... sy rela~~~ hahahah.... kite pakai keta sorong je... senang... moto ganti gan beskal~~~~~ leh bawa dimana saje~~~ sy tunggu awk pinang saya.... hahahaha

oh kekasihku Moster, dinasor, Belon Merah~~ hehe


Lirik lagu~~~

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang~~~

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang…
Agar tidak pula, mencuba aksi terlarang…


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan

Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya~~


SUARA SETAN dah kuar!!!! haha @%&*#@%&^

Yeah~~~

Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah…..


Kisah Aiman x kesah~~~

Nor Aiman seorang pelajar akhir Universiti Sains Malaysia. Bidang yang diceburi ialah bidang Bahasa. Pelbagai falsafah yang telah dipelajari berkaitan dengan psikologi, ketuhanan, penulisan, dan lain-lain. Orang kata, bidang bahasa tak bernilai kalau dipelajari pun… tp Nor Aiman berpegang bahawa, tiap Ilmu ada kebaikan, ada keisitimewaan dan kelebihannya.. ikutla apa orang nak kata.. Janji, pelajaran yang dimiliki olehnya dapat membentuk jiwanya menjadi seorang manusia yang berakal.

Berakal disini mempunyai banyak maksud seperti dapat menilai buruk dan baiknya sesuatu perkara, memahami keupayaan, keistimewaan dan kekurangan diri sendiri. Sehubungan itu, sebagai manusia dikurniakan akal dan hati, inilah sebaik-baik kurnian. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan.Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Contohnya pelajaran yang diterima oleh Nor Aiman dari sudut pelajaran bahasanya iaitu apabila seseorang meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Ali, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!” Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama? NorAiman yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.

Inilah pelajaran yang dimiliki oleh Nor Aiman, dia bersyukur dikurniakan ilmu seperti ini… tapi hakikatnya, minatnya pada bidang pengajian Islam, tapi nak buat cm ne,Nor Aiman x berpeluang pun mendapatkannya. Hasil minat sangat pada pengajian Ilmu Allah, tesis/final projek dibuatnya hal-hal syirik, hal-hal mantera dan bomoh, penuh bukti-bukti dari sumber Al-Quran dan Hadis Rasullah s.a.w. Nor Aiman kena tegur oleh Supervisor tesis.. katanya

Supervisor: Aiman, awk ni buat tesis bidang bahasa ke, bidang pengajian Islam?

Nor Aiman: saya memang buat bidang bahasa, kan soal mantera… mantera yang digunakan oleh bomoh dan dukun… kan berguna juga jika dikaji dengan bukti-bukti dari sumber paling penting… Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kan ini berkaitan dengan bahasa dalam mantera.. saya menghuraikan maksud perkataan yang dibaca, kepercayaan menerusi bahasa mantera dan mempunyai hubung kait dengan unsur syirik yang terkandung dalam mantera.

Supervisor: emmm… tesis awak ni, tinggi tahap akalnya jika dikaji.. peringkat Master je selayaknya dengan tajuk dan pengkajian ni…

Nor Aiman: bereh la Dr. Saya Minat sangat… hehehe

Supervisor: ok..ok.. la… awak buat betul-betul. Jangan lupa sambung master… ya.. saya tunggu awak Aiman..

Nor Aiman: Baik Dr.. Insyallah..

Akhirnya~~~~ keputusan Final Projek diperolehi~~ Nor Aiman dapat A… 4.0.. dia amat bersyukur… penat, sedih, letih, akhirnya berbaloi.. berkat kesabaran dan keteguhan hatinya..

Cebisan pena: 9.37 am/30/9/2010

Rabu, 29 September 2010

SAKITKAH MATI?

Berfikir tentang kematian bukanlah satu bentuk pemikiran yang menakutkan, tetapi berfikir tentang kematian memberikan satu kebijaksaan. SAKITKAH MATI ?. Sebahagian riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 pedang.

Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu dianbil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa," Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "

Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi"



Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasanya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, "Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawanya, malaikat akan mencabutnya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah."

Walaubagaimanapun, sakitnya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut beada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).

Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isinya.

Tanda-Tanda Kematian

100 Hari sebelum Hari Mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya.Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih, jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk manfaatkan masa yang ada bagi mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari sebelum Hari Mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba berselera untuk makan.

3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita Iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka, berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan daripada ALLAH SWT.


Bolehkah Manusia Melihat Jin ?


Bolehkah Manusia Melihat Jin ?

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapa JIN( ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).

Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut- pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.

JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko(kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.

Selasa, 28 September 2010

JENIS SYIRIK

Syirik Akbar: Syirik ini menjadi penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika meninggal dalam keadaan demikian, akan kekal di dalam NERAKA. Hakikat syirik akbar adalah memalingkan salah satu jenis ibadah kepada selain Allah! 
Syirik dalam Mahabbah (kecintaan): Mencintai seseorang, baik wali atau lainnya layaknya mencintai Allah, atau menyetarakan cinta-nya kepada makhluk dengan cintanya kepada Allah Ta'ala. Mahabbah dalam ayat ini adalah 'mahabbatul ubu-diyah' (cinta yang mengandung unsur-unsur ibadah), iaitu cinta dengan ketundukan dan kepatuhan mutlak serta mengutamakan yang dicintai daripada yang lainnya. Mahabbah seperti ini adalah hak istimewa Allah, hanya Allah yang berhak dicintai seperti itu, tidak boleh diperlakukan dan disetarakan dengan-Nya sesuatu apapun.
Syirik dalam ketaatan: Ketaatan kepada makhluk, baik wali ataupun ulama dan lain-lainnya, dalam mendurhakai Allah Ta'ala. Seperti mentaati mereka dalam menghalalkan apa yang diharamkan Allah Taala, atau mengharamkan apa yang dihalalkan-Nya.
Syirik dalam berdoa: Meminta kepada selain Allah, disamping meminta kepadaNya. 
Syirik dalam Sifat Allah: Keyakinan bahwa para nabi dan wali mengetahui perkara-perkara ghaib. 

Ahad, 19 September 2010

Gadis Hitam Putih~~~


Dia~
Merentas Liku Hitam..
Mencari Nur Kasih...

Dia~
Hatinya luluh...
Tapi bangkit dengan kata hati...
Aku, ingin berubah..

Dia~
Merentas susur panjang berliku...
Akhirnya....
Menemuinya~~~~

Terima Kasih~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...