Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 18 Disember 2012

Hina Ulama: Siapa kamu ?

Saban hari, diri ini melihat, semakin ramai manusia yang mempersendakan malahan menghina ulama. Ulama yang mengajar pelajaran tauhid, fekah, dan pelbagai ilmu Allah, dikatakan beliau seorang "syaitan", "dajjal", dan sebagainya. Mengapakah manusia ini buta dalam menilai sesuatu yang benar dan salah. Namun seorang pemimpin yang terang-terangan menjadikan maksiat sebagai agenda utama dipertahankan bermati-matian. Kaburnya dunia.......

Kebencian yang meruap kepada golongan ulama atas dasar ulama ini berkecimpung dalam arena politik. Benci pada ilmu mereka atau sikap mereka? semestinya manusia tidak semuanya sempurna melainkan manusia yang dinobatkan sebagai rasul iaitu Rasulullah s.a.w. 

Tidakku nafikan, ada juga ulama yang menjadi 'hamba abdi' kepada pemimpin atasan sehingga menurut segala kemahuan walau pada hakikatnya yang dilaksanakan itu salah. Tidak ditegur atau dinasihati, ditutup mulut dari bersuara, kerisauan hilangnya satu jawatan dan harta dunia. Kaburnya dunia.....

Perkara ini yang menjadi kecelaruan dalam sesebuah negara, terkesan kepada belia usia remaja, pertengahan dan dewasa. Terkadang mereka keliru untuk menilai yang mana "ya", yang mana "tidak". Ada yang aku temui sehingga berani mengatakan "politik suku, agama suku", "lain masa boleh bertaubat", "perundangan Islam adalah jumud", "poligami Islam adalah zalim", "berzina boleh ketika mencari nafkah semasa darurat", "ulama ini membaca ayat syaitan", dan sebagainya. MasyaAllah... Semoga kita dihindarkan dari kerosakkan yang seperti ini.

Suatu yang boleh difikirkan dan dijawab bagi pihak diri sendiri: "Islam kena ikut zaman atau zaman kena ikut Islam"

Sekian.... terima kasih.



Rabu, 12 Disember 2012

Bengkel Ensiklopedia Tradisi Lisan

Ahl
Ahli bengkel:

-Prof. Dr. Haron Daud - Pakar Rujuk.
-Encik Rusli bin Abd. Ghani, Pengarah, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera.
-Encik Azmi, Pengarah DBP Wilayah Timur.
-Encik Mohd Zailani bin Che Moh, Penggiat Seni Negeri Kelantan.
-Encik Siri Neng Buah, Penggiat Seni Negeri Kelantan.  
-Encik  Mohamad bin Ibrahim, Editor Bahagian Ensiklopedia.
-Encik Nor Muhamad bin Mat Zain, Editor Bahagian Ensiklopedia.
-Encik Azam, Editor DBP Wilayah Timur.
-Encik Zainal, Editor DBP Wilayah Timur.






Selasa, 4 Disember 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...