Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 29 Jun 2011

Tauhid Hakikat / Insan

................................................................................................................
8.00 a.m hingga 10.00 a.m, ini sekadar intipati perbahasan. Tajuk "Allah, Syariat dan Hakikat". Apakah makna dan pengertian Tauhid Hakikat/ Tauhid Insan? ertinya "biarlah membayangkan diri ini melihat Allah, dan membayangkan dengan keyakinan dan iktikad bahawa Allah melihat kita". Buktinya, kesaksian kita (roh manusia) dengan Allah. Saat kita berada di alam roh, manusia telah bersaksi dihadapan Allah SWT, dengan satu kesaksian pengabdian diri sepenuhnya pada Allah, dan memperakui bahawa tiada tuhan selain Dia. Namun, manusia sering lupa akan hakikat perjanjian dihadapan Allah. Buktinya dalam surah Al-Araf, Firman Allah:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)

Untuk mencapai Tauhid Hakikat / Insan hendaklah membasmi sifat mazmumah (sifat tercela seperti sombong, riak, ujud bangga diri dll) dan memperkukuhkan dengan sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji seperti rendah diri, sabar, ikhlas dll). Selain itu, hiasilah diri dengan akhlak Rasululllah s.a.w. antara akhlaknya 

1. Akhlak Syariat: wara', atau bersederhana.
2. Akhlak Batin: Tawaduk, ikhlas, Rendah diri.
3. Akhlak Tauhid: Keyakinan dan iktikad pada Allah.
4. Akhlak Ihsan: Muhasabah, bertafakur.
  
Sesi soal jawab:

Pertanyaan Penulis pada Prof: “Prof, semua sedia maklum, bahawa Ilmu Fardu Ain itu terdiri dari fekah, tauhid dan tasawuf… bagaimana tasawuf yang dikatakan memiliki atau mengandungi cabang tarekat? Apakah perbezaannya? Sejauhmana pandangan prof berkaitan tasawuf dan tarekat? Cuba terangkan..”

Pertanyaan Penulis pada Prof: Apakah yang dikatakan mempelajari ilmu bersanad? Cuba terangkan.

Jawapan Prof:…………………………………………… huraian panjang ………………………………… 

Rabu Tanpa Kata-Kata #2

 "Jadilah seorang yang SOLEH andai mengimpikan yang SOLEHAH...dan jadilah seorang yang SOLEHAH andai mengimpikan yang SOLEH"
-KASUT&KARIPAP- hey..jom ramai2 lawat blog ini..^_^

Rabu Tanpa Kata-Kata #1


keBERSIHan tanggungjawab kita bersama !

Perbahasan AKaL & ILMu

Semalam, 28/6/2011, Perbahasan tentang Akal Dan Ilmu. Akal ialah medan dan tempat berfikir seorang manusia. Manusia dianugerahkan akal untuk menilai sesuatu yang rasional dan diperkukuhkan dengan ilmu yang berguna. Ketiadaan ilmu mendatangkan kejahilan dan membataskan untuk manusia berfikir secara tuntas dan sihat.
....................................................................................................
Langkah pertama, menuntut ilmu sememangnya memerlukan kesabaran. Sebagai contohnya, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa ‘Setiap Peristiwa Yang Berlaku Memberikan Faedah Dan Meninggalkan Warna Dalam Dirinya Ke Arah Mencintai Dan Merakusi Ilmu Pengetahuan.’

Ajaran yang kedua yang ditekankan oleh Imam Al-Ghazali mengenai ilmu pengetahuan ialah ikhlas dan jujur dalam menuntut ilmu pengetahuan. Menurutnya ‘ilmu pengetahuan itu sendiri merupakan suatu kelazatan, dan dituntut untuk tujuan tersebut. Jadi suatu yang dituntut kerananya adalah lebih baik daripada sesuatu yang dituntut untuk tujuan lain.’

Individu yang ikhlas dan jujur dalam mencari ilmu boleh diletakkan sebagai manusia yang hampir sempurna. Hal ini kerana individu seperti ini bukan sahaja memiliki kecerdasan, kesedaran dari segi AKAL FIKIRAN malah mempunyai kesanggupan dan keikhlasan untuk mengamalkan perbuatan yang memenuhi perintah-perintah agama. Oleh sebab itulah mereka mendapat kedudukan yang layak untuk mendapat keredhaan daripada Allah di samping kejayaan yang membanggakan.

Seterusnya, ajaran yang ketiga yang diutarakan mengenai ilmu pengetahuan ialah kesyukuran. Kita sebagai manusia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan kelebihan akal oleh Allah. Akal membezakan manusia dengan makhluk tuhan yang lain. Manusia dianggap sebagai makhluk tuhan yang hampir sempurna sifatnya dengan adanya akal.



Dengan adanya AKAL yang dikurniakan melebihi makhluk lain, manusia dapat mencipta dan mengubah hal-hal yang berkaitan dangan duniawi. Tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa manusia mampu menggoncang dunia. Terbuktilah bahawa kita seharusnya merasa sangat bersyukur dengan kelebihan yang diberikan. Walau bagaimanapun, terdapat juga halangan yang sehingga membawa kejatuhan dan kemerosotan AKAL FIKIRAN dalam menerima ilmu. Menurut Imam Al-Ghazali, antara penyebab kemerosotan akal ialah AKAL tidak berada dalam tempat yang sewajarnya.

Keinginan NAFSU melebihi AKAL FIKIRAN yang waras sehingga membuatkan manusia alpa untuk bersyukur. Misalnya seseorang yang bijak tidak berusaha untuk memperkuat imannya dengan berzikir kepada Allah, malahan sebaliknya taksub dalam mengejar kehidupan duniawi semata-mata.

Wassalam…. Sekian….
 

Selasa, 28 Jun 2011

Ilmu dan PemiKiRan

Seharian kepenatan diubati dengan zikrullah iaitu ingat pada Allah. Ada ketika manusia lupa akan semua ini malah sering kali manusia mempertikaikan tentang masa, diberikan alasan kerja yang banyak sehingga mengabaikan soal mencari ilmu yang wajib dituntut, iaitu ilmu untuk mengenal Allah dan rasul (Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w).


Ilmu perlu dicari, bukan menanti buah jatuh keriba, atau menunggu rezeki datang bergolek. Ianya perlu dicari berserta usaha yang tiada erti penat, dan disulami dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Pernah suatu ketika, si fulan mengatakan "kau bolehlah bercakap tentang agama, sebab kau minat akan agama". Jawapan penulis: "Minat??? apakah semua ini? kamu meletakkan minat sebagai hujah yang sungguh dangkal dalam mempersoalkan kepribadianku... Sedangkan menuntut ilmu agama itu adalah suatu kefardhuaan bagi seorang yang bergelar muslim. Maksud fardhu ialah wajib, wajib dituntut dan ditunaikan (disampaikan dan menyampaikan).

Pernah suatu ketika si polan menyatakan, "nanti sampai seru (hidayah) aku akan berubah, sekarang ni slow-slow la". 

Balas rakannya, "Hidayah diertikan sebagai petunjuk, dan hidayah itu diperolehi dengan usaha mencari, kesannya, terbuka pintu hati untuk mendapat cahaya yang terang menerangi. Bukan hanya sekadar menunggu sambil bergoyang kaki, tanpa usaha untuk mengejar ilmu".

Isnin, 27 Jun 2011

Kisah Masyitah & Seksaan Khas Untuk Wanita

KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati. Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah. Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan. Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.
Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj.
=========================================================
Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan beberapa  jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Antara Seksaanya ialah:

1. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

2. Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

3. Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.

4. Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.

5. Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain.
6. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.

7. Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

8. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Sabtu, 25 Jun 2011

Nasib Aku dan KaMu

Hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun, inilah masa dan waktu. Siang malam silih berganti, terbit fajar disebelah timur, terbenamnya menteri disebelah barat, terangnya bintang-bintang di angkasa, petanda malam kian membaluti bumi. Adakah manusia memikirkan kekerdilannya dihadapan Allah ? siapa manusia? ...... sedarilah...... Aku dan kamu hanya hamba..... hamba... dalam erti kata, seorang hamba yang wajib taat pada tuannya secara menyeluruh tanpa berbelah bahagi............. Allah SWT, pencipta 7 petala bumi, 7 petala langit. 

Dalam mengharungi kehidupan yang penuh liku-liku, kadangnya penuh simpang belok bengkoknya, terasa sakit, terasa bahagia... inilah DUNIA !!! Pernah terfikir, bagaimana nasib aku dan kamu disaat terpisahnya roh dan jasad..... kesakitan ajal dirasakan..... termampukah aku dan kamu hadapi kesakitan sakratulmaut.........??
-------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana nasibku dan kamu dipadang masyar..... bagaimana nasibku dan kamu di hadapan mahkhamah Allah ? Apa yang perlu aku dan kamu jelaskan dihadapan Allah.... adakah hanya sekadar amal yang ingin dipersembahkan? mustahil, amal aku dan kamu masih dibelenggu dgn dosa-dosa silam........ kadang kala iman ini menurun, meningkat, bertarung berperang dengan nafsu "kebinatangan" yang bisa menjadikan aku dan kamu seorang yang leka dan lalai.............................................
video
TANGISAN HAMBAMU.......
================================================
Atau dengan ilmu yang dimiliki? mustahil, ilmu yang masih dibelenggu dengan kejahilan... apa yang ku dan kamu harapkan ialah keredhaanNya. KeredhaanNya..... Aku ialah aku... kamu ialah Sahabat-sahabatku... wassalam..

Jumaat, 24 Jun 2011

7 Golongan Bernaung di Bawah Arasy Allah

Khutbah jumaat yang ringkas... tapi padat dengan isi, yang boleh menyedarkan diri si pendengar.... Hari kiamat merupakan hari yang penuh dengan kedasyatan. saat itu manusia bangkit dari kubur masing-masing dengan keadaan bertelanjang tanpa surat benang. Dan pada saat itu, manusia tidak lagi menghiraukan tentang soal malu disebabkan bertelanjang, tetapi kerisauannya pada nasibnya.....nasibnya..... NASIB SAYA DAN ANDA.

Adakah aku ditempatkan di syurga atau neraka?????. Disaat itu,  ibu tidak menghiraukan anaknya, suami telah meninggalkan isterinya, anak tidak lagi menghiraukan ayah dan ibu, semuanya sibuk mencari jawapan akan nasib dirinya...

Pada waktu itu,.... ada yang bermandi peluh, berenang dalam peluhnya sendiri, ada yang lemas dalam peluhnya, tetapi,....... terdapat 7 Golongan Bernaung di Bawah Arasy Allah:

1) Pemerintah yang adil dalam kerajaannya.
2) Pemuda yang tidak pernah terlibat dengan kepincangan budaya masyarakatnya.
3) Orang yang sentiasa bergantungan hatinya dengan masjid. (di masjid)
4) Orang yang berkasih mesra untuk keredaan Allah, selalu bertemu dan berpisah untuk tujuan tersebut.
5) Orang yang dapat menyelamatkan dirinya daripada godaan nafsu jahat wanita cantik menawan lagi hartawan dan bangsawan kerana takutkan Allah s.w.t.
6) Orang yang tidak suka menghebohkan kebaikannya, dia berderma ikhlas kerana Allah, sehingga digambarkan tangan kirinya tidak sedar derma yang dihulurkan oleh tangan kanannya.
7) Orang yang sentiasa berjinak-jinak dengan mengingati Tuhannya, lalu berlinangan air matanya mengenangkan kehinaan diri dan kesalahannya berbanding kebesaran Tuhannya.

Bagaimana? golongan mana pilihan anda dan saya..... Wassalam..... Sekian.

GAJI DAN KERJAYA




1. "Aku kerja sebagai guru, amanahnya  didik pelajar-pelajar, cukup bulan dapat gaji la"

2. "Aku kerja polis, kena la jaga keamanan, nanti dapat gaji"

3. "Aku kerja supermarket, kawal stok barang. Cukup bulan dapat gaji"

4. "Aku sudah mati! pahala aku tak cukup! Gaji ? Ada. Dosa !

………………………….................................

"Aku menikmati pemandangan keindahan matahari yang terbenam dengan gumpalan awan yang menebarkan cahaya keemasan. Akhirnya menghasilkan satu kanvas lukisan yang membuatkan sesiapa yang melihatnya, hatinya pasti terpana, tidak mampu untuk berkata apa-apa”.

"Selama beberapa minit saya merasakan satu kedamaian menyeluruh dan sebuah kesedaran bahawa semua ini adalah hasil karya Tuhan. 

Khamis, 23 Jun 2011

Penulisan: Idea dan Karya

“jom kita menulis…”.. seruan dari Seksyen Bimbingan & Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar UPM. Begitu menyeronokkan, jika penulisan ini dijadikan sebagai hobi dan minat.  Dengan penulisan, membolehkan kita berkongsi pengalaman, ilmu dan informasi berguna pada khalayak.
===============================================
================================================
Satu tugas yang diamanahkan kepada aku, untuk menulis dan mencipta karya….. tapi karya apa ya? cite apa ya?  idea oh idea, datanglah kepadaku…. kata kawanku, “buatlah apapun cerita… tetapi, biarlah hasil penulisan itu menjadi teladan dan ikhtibar pada semua”.

Antara karya dikepala otak geliga iaitu:

1. Cinta Semusim
2. Cinta Gerhana Matahari
3. Pulut Panggang Pulut Kuning
4. Si Ketiak Becak Masuk Longkang
5. Budu Diteguk, Kicap Ditelan.
6. Para-Para Dan Pari- Pari
7. Bomoh Terbuang Dipinggiran
8. Mangkuk Tandas Yang Kesunyian
9. Penantian Satu Penyeksaan
10. Sumpah Sang Kerbau

Selamat Menulis~~~~~~~~~~~~~~~ 

Disebalik Jendela

Sehari-hari, aku tengok dia tak pernah solat..... tapi diberikan segala kurniaan rezeki yang melimpah limpah.  Dinaikkan pangkat, kesihatan yang baik, dan bergelak ketawa bersama rakan sekepala. Suatu ketika, beliau pernah mengatakan "Aku x percaya pada hukum Allah!!!!", terpancul dari mulutnya,. Perkataan ini, sampai ke lubuk hati.... "Ya Alllah, manusia kalau dah jahil, memang berkarat sangat2, moga dia diberikan hidayah". Kemewahan, kesenangan, adalah ujian......... Sejauh manakah  bersyukur???? Ya Allah......................
..........................................................................................................................

Rabu, 22 Jun 2011

Siapa SaHaBaT ?

Sahabat dan kawan adalah suatu istillah dan pengertian yang berbeza. Tetapi perbezaan ini bergantung pada individu yang mentafsirkannya. Pendapat penulis, kawan boleh disamakan dengan manusia yang berhubung dengan kita tetapi kisah pribadi tidak dikongsi bersama, manakala sahabat sesorang yang rapat dan semakin hari terjalinnya kasih sayang antara dua hati, malah, soal pribadi juga dikongsi bersama, termasuklah pribadi yang bercirikan susah dan senang. 
..............................................................
Walaupun begitu, tidak semua di dalam dunia ini dapat dijadikan sahabat. Kebanyakannya hanya ada ketika waktu senang. Tidak ramai yang akan menangis bersama. Sahabat yang baik akan menasihati jika kita salah. Sahabat bepenyakit akan membawa kita bersama-sama mereka membuat maksiat. (group zina, geng dedah aurat, kepala arak, mat dadah, kaki buli, kaki kelentong, minah mengumpat, kaki judi, kaki nombor, mamat skodeng, dll).
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (Hadis Riwayat al-Hakim)

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU


Promosi ! Promosi ! Promosi !!!!
Klik SINI untuk join yo !.

Hati: KeLUhaN


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah? Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
 ....................................................................................................
Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi.
 .............................................................................................................
Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi? Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah wahai hati.
 ............................................................................................
Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita? Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja? Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah? Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita?

Selasa, 21 Jun 2011

Tersepit : selamat dari K.O

MENCEMASKAN... detik-detik orang ramai membantu Wang dan Zhou menyelamatkan budak yang tersepit di antara dinding bangunan dengan peti penyaman udara di tingkat tujuh sebuah apartmen di Beijing, semalam.
============================================================
 ==========================================================
BEIJING: Seorang budak terselamat daripada maut apabila tersangkut di celah dinding bangunan dan peti penyaman udara selepas dia dipercayai tergelincir dari tingkat lapan sebuah bangunan, semalam.
=======================================================
Budak lelaki terbabit dilaporkan ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapanya dan bermain di kawasan balkoni di rumahnya.
================================================
Klik di bawah nak tau cite lebih detail
http://www.hmetro.com.my/articles/Tersepitcelahpenyamanudara/Article

Isnin, 20 Jun 2011

MunaJat

tangisan... kedukaan, kegelisahan..... ubatnya.... Doa.
kepenatan.... kelesuan, kerisauan..... ubatnya... Doa.
===========================================
cacian, makian, kritikan...... inilah ujian kesabaran.
kutukan, sindiran,.... dibalas dengan senyuman.
=================================================
======================================
ketenangan, kelapangan,.... inilah jiwa....
jiwa yang disulami dengan kesyukuran...
===================================
kesyukuran dipersembahkan dengan perbuatan,
perbuatan...... sujud padaNya.....
laksanakan perintahNya, jauhi laranganNya.
.....................
............................................
Allah akan membuka ufuk akalnya. 
Dia akan alami kekudusan jiwa, 
kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
=============================================
usah takut berdepan dengan seribu kemungkinan...
kerna, janji Allah pasti benar... tiada kepalsuan dan keraguan.

Ahad, 19 Jun 2011

Israk Mikraj dalam InGaTan

Motor dipandu menuju ke rumah Allah, kelihatan ramai manusia pada malam ini, rupa-rupanya ada tazkirah tentang Israk Mikraj. Selesai solat berjemaah, penceramah belum lagi sampai, rupanya beliau sesat menuju ke masjid. ..... 13 minit..... ustaz sampai... dibukanya kitab, dimulakan dengan huraian dan isi penting Israk Mikraj................... Selesai tazkirah dan solat insyak berjemaah, menuju ke motor... tengok2.. Motor dah pancit... Balik lah kami jalan kaki, helmet ditangan kiri Prof Mat, roti ditangan kanan Beliau. Sekian.... hehe... ceriakan hati..... Sedikit ringkasan di bawah: 
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam.

Sabtu, 18 Jun 2011

BoMoh: 30 min Bersamanya.

Pernah suatu ketika, aku bersama dengan seorang pengubat paranormal atau dalam bahasa yang mudahnya ialah bomoh. Semasa berusia 15 tahun, beliau telah berkecimpung dalam dunia perbomohan, gurunya dari seorang tua yang berasal dari tanah jawa. Sekarang usianya mencecah 35 tahun. Kepakarannya seperti mengubat penyakit gangguan makhluk halus, mencari barang yang hilang, penyakit kulit dan seumpamanya.
.......................................................................................................................... 
................................Sekadar Gambar Hiasan .................................
...................................................................................................................................
Bagi seorang pengkritik, amalan membantu manusia yang mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu penyakit adalah sangat murni, tetapi, amalan kebatinan si pengubat ini yang salah, malah meruntuhkan syahadahnya sebagai seorang muslim. Secara ringkasnya "nait betul, cara yang salah".

Mengapa pengkritik mengatakan salah ? mesti ada sebab musababnya,. Antaranya cara pembacaan mantera yang diguna pakai, kepercayaan terhadap kuasa ghaib pada benda-benda seperti batu geliga ular, geliga lipan, geliga harimau, sayap burung kasawari, dan sebagainya. 

"Mantera jenis pe yang pakcik baca?,, tanya aku, sambil menyapu kedua tangan yang dipenuhi debu halus. "Oh, ni jenis mantera pendinding diri, di baca untuk menghindar diri dari mendapat malapetaka dan bencana", jelas pak cik. "Boleh tak pak cik baca mantera tu, saya mau dengar isi bacaanya", tanya aku lagi. "Boleh, tak de masalah...., serta merta bacaan dari mulut si bomoh:  

wahai malaikat datang ke kekananku,
wahai malaikat datang ke kiriku,
wahai malaikat datang di belakang ku,
wahai malaikat datang di hadapanku,
jagalah aku empat penjuru,
supaya tiada yang mengenaiku,
berkat Lailahailallah.

"Teruk, teruk, apa kejadah, memohon perlindungan dari malaikat...... rukun Iman hanya menuntut manusia  untuk memperakukan kewujudan Malaikat, bukan memohon perlindungan darinya. Mantera pakcik tu, menyeru perlindungan dari malaikat, manalaka keberkatan mau dari Allah...!!!. Syrik memperduakan Allah pakcik...... mohonlah perlindungan kepada Allah, hanya Allah berhak disembah", ucapan dari mulut sang pengkritik kepada bomoh yang berada di hadapannya. ........................... Lokasi dirahsiakan... waktu kejadian 4.30 petang,.... Wassalam.

P/s: jangan amal mantera di atas..... jangan amalkan.... itu pemujaaan pada makhluk. Hanya info kepada khlayak pembaca sahaja..... sekian.

Jumaat, 17 Jun 2011

iLmU PuSaKa Mistik

Masyarakat Nusantara pada suatu masa, memiliki salah satu kepercayaan Animesme atau dengan kata mudah, kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib, kuasa mistik dan ianya meliputi kepada hal yang berbentuk khurafat dan tahyul. Hingga sekarang, perkembangan kepercayaan mistik masih masih menebal dalam kalangan masyarakat, dan sebahagian ilmu ini dikatakan berharga dan dibentuk menjadi harta warisan. Jika si ayah seorang bomoh, diperturunkan kepada anak atau cucu mereka, tanpa memikirkan kesan musibah dikemudian hari. 
............................................................................................................................
...............................................................................................................................
"pakcik, dari manakah ilmu pengubatan yang pak cik pelajari ?", tanya penulis sebagai penyelidik sosial. 

"Pak cik perolehi dari mimpi, dalam mimpi tersebut, datang seorang lelaki yang mengaku dirinya wali, lalu mengajar pak cik bacaan-bacaan yang dikatakan dapat menyembuh penyakit", jelasnya, tangannya memegang sebatang rokok. 
................................................................................................................
........................................................................................................................
"Apakah senjata yang pak cik simpan sebagai penjaga atau pendinding?", tanya penulis. 

"Senjata yang disimpan oleh pak cik seperti keris yang dikatakan keramat dan dipercayai mendatangkan tuah pada si pemakai, tangkal-tangkal yang diperasap kemenyan, dan ada juga barang-barang lama yang disimpan seperti tembaga, lesung berlubang, tembikar, dulang dan lain-lain", terang pak cik, wajahnya gelap.

Kesimpulan ringkas sebagai penutup tirai, kesemua ini adalah perbuatan syrik, sepertimana di bawah: 

Firman-Nya bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa: ayat 48).

...............................................................................................................................
Contoh alat dan senjata yang dikatakan keramat / 'mendatangkan tuah': 


1. keris kecil / besar 
2. buluh runcing
3. tangkal atau azimat
4. dulang besi berlubang
5. lesung batu berlubang
6. besi bart (popular di Thailand)
7. alatan muzik klasik yang dipuja (gong, gendang,)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...