Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 29 Jun 2011

Perbahasan AKaL & ILMu

Semalam, 28/6/2011, Perbahasan tentang Akal Dan Ilmu. Akal ialah medan dan tempat berfikir seorang manusia. Manusia dianugerahkan akal untuk menilai sesuatu yang rasional dan diperkukuhkan dengan ilmu yang berguna. Ketiadaan ilmu mendatangkan kejahilan dan membataskan untuk manusia berfikir secara tuntas dan sihat.
....................................................................................................
Langkah pertama, menuntut ilmu sememangnya memerlukan kesabaran. Sebagai contohnya, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa ‘Setiap Peristiwa Yang Berlaku Memberikan Faedah Dan Meninggalkan Warna Dalam Dirinya Ke Arah Mencintai Dan Merakusi Ilmu Pengetahuan.’

Ajaran yang kedua yang ditekankan oleh Imam Al-Ghazali mengenai ilmu pengetahuan ialah ikhlas dan jujur dalam menuntut ilmu pengetahuan. Menurutnya ‘ilmu pengetahuan itu sendiri merupakan suatu kelazatan, dan dituntut untuk tujuan tersebut. Jadi suatu yang dituntut kerananya adalah lebih baik daripada sesuatu yang dituntut untuk tujuan lain.’

Individu yang ikhlas dan jujur dalam mencari ilmu boleh diletakkan sebagai manusia yang hampir sempurna. Hal ini kerana individu seperti ini bukan sahaja memiliki kecerdasan, kesedaran dari segi AKAL FIKIRAN malah mempunyai kesanggupan dan keikhlasan untuk mengamalkan perbuatan yang memenuhi perintah-perintah agama. Oleh sebab itulah mereka mendapat kedudukan yang layak untuk mendapat keredhaan daripada Allah di samping kejayaan yang membanggakan.

Seterusnya, ajaran yang ketiga yang diutarakan mengenai ilmu pengetahuan ialah kesyukuran. Kita sebagai manusia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan kelebihan akal oleh Allah. Akal membezakan manusia dengan makhluk tuhan yang lain. Manusia dianggap sebagai makhluk tuhan yang hampir sempurna sifatnya dengan adanya akal.



Dengan adanya AKAL yang dikurniakan melebihi makhluk lain, manusia dapat mencipta dan mengubah hal-hal yang berkaitan dangan duniawi. Tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa manusia mampu menggoncang dunia. Terbuktilah bahawa kita seharusnya merasa sangat bersyukur dengan kelebihan yang diberikan. Walau bagaimanapun, terdapat juga halangan yang sehingga membawa kejatuhan dan kemerosotan AKAL FIKIRAN dalam menerima ilmu. Menurut Imam Al-Ghazali, antara penyebab kemerosotan akal ialah AKAL tidak berada dalam tempat yang sewajarnya.

Keinginan NAFSU melebihi AKAL FIKIRAN yang waras sehingga membuatkan manusia alpa untuk bersyukur. Misalnya seseorang yang bijak tidak berusaha untuk memperkuat imannya dengan berzikir kepada Allah, malahan sebaliknya taksub dalam mengejar kehidupan duniawi semata-mata.

Wassalam…. Sekian….
 

4 ulasan :

KasutKaripap berkata...

‘Setiap Peristiwa Yang Berlaku Memberikan Faedah Dan Meninggalkan Warna Dalam Dirinya Ke Arah Mencintai Dan Merakusi Ilmu Pengetahuan.’

saya suka quote ini :D

AKU berkata...

inilah catatan imam al-ghazali.... seorang tokoh yang mengangkat darjat ilmu..... kini beliau telah tiada, tetapi ilmunya bertebaran dlm dada golongan ilmuwan~~~~

Norhisham Nordin berkata...

kita mmg kena sentiasa bersyukur sebelum Allah tarik balik nimat yg diberikan... dah follow blog ni...

Norhisham Nordin

Ahmad Hazazi (cool n steady :-) ) berkata...

Seorang orientalis yg bernama Franz Rosenthal, ada menulis sebuah buku yg dah diterjemahkan dalam bahasa melayu, yg bertajuk "Keunggulan Ilmu"

Katanya, "Ilmu mesti menyentujh keimanan"

Dari pandangan aku yg lemah dan dhaif ini, aku suka mengambil dari konteks sains dan teknologi,

Sebelum itu kita lihat dulu,apa yg dimaksudkan dengan "..menyentuh keimanan"

Iman=kepercayaan/meyakini/faith.Dalam 'aqidah apabila kita sebut pasal iman PASTI dan tidak boleh lari dari membicarakan konsep keTAUHIDan ALLAH jalla wa'alam..

Tauhid,satu kalimah nafi dan isbat "..Lailaha iLLaLLah.." TIADA TUHAN yg disembah MELAINKAN ALLAH"..

jd WAJIB bg seorang Muslim itu menjadi Mu'min,

Kat sini kita boleh lihat bahawa, lahirnya satu falsafah yg dipanggil Falsafah Ketuhanan (bukan falsafah Perpathetic/Masya'iyun), contohnya

Apabila seorang ahli fizik yg beriman, melihat alam dari sudut yg lebih luas, alam ini penuh dengan daya elektromagnet,pancaran optik, yg bersimpang siur,melihat pula kehamparan bumi, apabila berjalan tersepak satu bahas plastik, akan terkeluarlah satu persoalan didalam mindanya, bagaimana plastik ini terbentuk? rangkai poly-strene dsb, pergi dgn lebih dalam lagi, terserahlah alam mikroskopik,bercerita tengan elektron,proton,hadron,quarks,photon berjalan,bergerak mengikut aturannya dalam satu prinsip fizk yg dipanggil fizik quantum,berjalan lg melihat pula pohon2 keindahan teringtlah dia akan proses fotosintesis dan proses kimianya..makan akurlah ahli fizik itu didalam dadanya, bahawa bgaiman semua ini berlaku, makan terpacullah dari mulutnya "ALLAH" !!...alam bergerak mengikut sunnahtuLLAH.

maka ia akan membenarkan kalamullah
Mafhumnya:
'Sesungguhnya dalam pencipataan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yg ber'aqal,(iaitu) orang-orang yg mengingat ALLAH sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau mencipatakan semua ini sia-sia,Mahasuci Engkau lindungilah kami dari azab neraka"

(Aali 'Imraan : 190-191)


Mahasuci ALLAH tuhan pencipta langit dan bumi

Wallahu'alam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...