Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 14 Mac 2014

BAHAYA ANTIHADIS & BOMOH KHURAFAT

"Disaat merebaknya hal syirik dan khurafat dalam masyarakat, disaat ini juga berkembangnya teori pemikiran yang menyimpang dari landasan agama Islam".

Teori khurafat si bomoh dan teori Kassim Ahmad, seharusnya kita perlu tahu, tahu bukan mengamalkannya, tetapi supaya tahu keburukannya.

Kassim Ahmad

Bomoh 

FORUM BAHAYA ANTIHADIS. Panel: Prof Madya Dr. Fauzi Deraman dan Dr. Fadlan Mohd Othman.

TAJUK: Rumusan dari kisah MH370 pada hari ini.

1. Kalau tanya CIA, angkara PENGGANAS.

2. Kalau tanya BOMOH angkara BUNIAN/JIN.

3. Kalau tanya org POLITIK, konspirasi melibatkan ANWAR IBRAHIM atau KERAJAAN.

4. Kalau tanya MAS, belum disahkan.

5. Kalau tanya POLIS, jgn percaya spekulasi

Akhirnya dia tanya bos,
BOS dia menjawab, "Jangan menyibuk! Pergi buat kerja ko. Kalau ko yg hilang akulah punca nya".



Sumber Gambar: http://catatan-abg-jonni.blogspot.com/2011/01/1-hari-lagi.html


TAJUK: TIKAR TERBANG BAWA KE LEMBAH HINA

Apabila ritual ini diangkat sebagai cara terakhir untuk ikhtiar. Inilah kecelaruan setelah hilang punca. 

TOK BOMOH: wit-wit, pang-pang... fuuuh. (Mantera dibaca).

ANAK BUAH 1: nampak apa tuan mahaguru? 

ANAK BUAH 2: bisik kepada kami!.

TOK BOMOH: wit-wit, pang-pang..... nampak duit sekupang!

Tamat.



TAJUK: GHAIRAH BOMOH MH370


Sekadar pendapat. Sebelum ini sudah nyatakan. 

Keghairahan 'bomoh' dalam pencarian MH 370 mula beraksi. Teori dan pandangan dimensi mereka mula dicipta, dibentuk dan dihiasi dengan bukti Quran, hadis dan disertakan ilmu hikmah yang dimiliki oleh wali.

Bukan menidakkan alam yang lain, ataupun perbuatan daripada makhluk selain manusia, tetapi upacara dan kaedah itu yang dipertikaikan. Populariti itu boleh dicari dalam pelbagai bentuk.


Dr. Asri menjelaskan, "Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam. Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam".

TAJUK: Ulama. Pemikiran menerawang di alam sedar.

Apabila dikatakan ulama, sebahagian manusia mentafsirkan seorang yang hanya mahir dalam bidang keilmuan agama Islam. Sedangkan seorang saintis, doktor, peguam, penyelidik, kontraktor, jurutera, guru, dan lain-lain, juga seorang ulama jika asasnya mereka mendalami bidang keilmuan Islam. 


Ulama ialah orang yang berilmu. Ada buah fikir. Dan bijak dalam merungkaikan permasalahan semasa dan umat sejagat. Bukan semata-mata yang difikirkan mereka ada ilmu hikmah dengan pembawaan watak terbang dan ghaib, namun hikmah yang terbesar ialah dalam hujah dan akhlak seperti Luqman al-hakim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...