Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 31 Oktober 2011

Batu MemBakar TenTera


Mengenang kisah Abrahah …………………..
*************************************************
Setelah selesai pembinaan dikirimkan berita kepada Raja Najasyi. "Telah aku dirikan sebuah gereja, Ya tuanku! Dan aku percaya belumlah Tuanku mendirikan gereja semegah ini. Namun hatiku belum puas sebab orang Arab selama ini berhaji ke Mekah, nanti aku palingkan hajinya kegereja Tuanku ini". Berita surat ini sampai ketelinga orang Arab lalu bangkitlah seorang pemuda Arab dari qabilah Bani Faqim bin Addiy yang mana dia masuk ke tengah gereja dan diberaki didalamnya.

            Berita itu sampai  kepada Abrahah, lalu dia bertanya siapa  gerangan membuat onar ni? Diberitahu bahawa orang arab yang selalu mengunjungi Kaabah. Dia pun sangat marah dan bersumpah akan meruntuhkan Kaabah, diutuskan utusan kepada Bani Kinanah, mengajak naik haji ke gereja yang dibinanya itu. Sesampai utusan dinegeri Kinanah dibunuh utusan itu. Semakin marahnya Abrahah dan bersumpah segera berangkat ke Mekah. Dia sendiri mengenderai seekor gajah yang diberi nama 'MAHMUD'. Tersebar berita yang Abrahah akan menyerang Kaabah. Maka bermesyuaratlah qabilah-qabilah Arab untuk mempertahankan Kaabah. Pemuda Yaman ketika itu bernama Dzu Nafar meminta Arab sekitar membantu untuk menentang Abrahah. Tetapi mereka tidak mampu menangkis serangan Abrahah.

Dipendek akan cerita ramai pemimpin arab yang lain antaranya Nufail bin Habib al-Khast'amiy bergabung dengan Arab yang lain turut tewas berhadapan dengan Abrahah. Dipertengahan jalan Abrahah mengutusi seorang utusan  kenegeri Mekah. Namun utusan itu Aswad bin Maqfud sampai sahaja di wilayah Mekah, dirampasnya harta penduduk termasuk 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib. Melihat perbuatan itu marahlah puak-puak Arab terdiri dari Quraisy, orang Kinanah dan qabilah Huzail mereka bersiap untuk berperang. Tetapi apabila bermesyuarat mereka membuat kesimpulan bahawa tidakklah seimbang kekuatan mereka untuk berlawan.

Abrahah mengutuskan utusannya kepada puak Arab "Kami datang kemari bukanlah hendaklah memerangi kalian tetapi semata untuk merobohkan rumah itu. Kalau kalian tidak menyerang, selamatlah darah kalian". Kemudian Abrahah berpesan supaya salah seorang pemimpin datang menghadap beliau. Lalu datang Abdul Mutalib berjumpa dengan Abrahah. Berkata Abrahah "apa maksudmu datang berjumpa dengan ku"? Jawab Abdul Mutalib "maksud kedatanganku ialah supaya dipulangkan 200 ekor unta yang telah kamu rampas". Abrahah marah dengan permintaan tersebut disangkanya membicarakan pasal Kaabah yang hendak dirobohkannya. Dijawab oleh Abdul Mutalib "saya datang kemari menguruskan unta yang menjadi milik saya sedangkan Kaabah adalah kepunyaan Allah, biarlah Allah menjaganya". Dengan sombong Abrahah menjawab:' “Allah sendiri tidak akan mengetahui maksudku". Abdul Mutalib menjawab: “terserahlah kepada tuan, aku datang hanya menguruskan untaku". Kemudian diserahkan unta kepada Abdul Mutalib.


     Setelah Abdul Mutalib kembali kepada kaumnya dikerahkan penduduk supaya menyelamatkan diri dipuncak bukit keliling Kaabah. Kemudian Abdul Mutalib diiringi pemuda Quraisy dan pergi ke pintu Kaabah sambil memegang gelang pintu Kaabah bermohon: "Ya Tuhanku! Tidak ada yang aku harap selain Engkau! Sesungguhnya sesiapa yang memusuhi rumah ini adalah musuh Engkau. Mereka tidak akan dapat menaklukkan kekuatan Engkau". Setelah bermunajat mereka pun mengundurkan diri ke bukit.
  
          Pagi esoknya, bersiaplah Abrahah bersama gajah-gajahnya untuk meruntuhkan Kaabah. Tetapi perkara aneh telah berlaku dimana ketika mereka menghadapkan gajah-gajah untuk memasuki Kaabah, gajah tersebut enggan mengikut arahan. Dipukulnya kepala, tetap tidak mahu bergerak. Padahal Abrahah sudah siap dan terteranya pun sudah siap. Tiba-tiba dilangit keluarlah beribu-ribu ekor burung terbang menuju kearah mereka. Datangnya dari arah laut. Burung itu membawa tiga butir batu. Satu diparuhnya dan dua lagi dikakinya. Dengan serentak..... burung-burung  itu menjatuhkan batu ke atas tentera-tenteranya yang jumlahnya begitu ramai. Maka berlari bertempiaran mereka kerana ditimpa batu kecil yang sangat panas membakar. Kucar kacirlah mereka pulang ke Yaman dan Abrahah sendiri tidak terlepas dari lontaran batu itu sehingga terkelupas kulitnya, gugur dagingnya, lalu mati dalam keadaan mengerikan. Ada tafsiran yang mengatakan burung-burung itu membawa penyakit cacar. Yang mana penyakit itu akan menyebabkan kulit akan ditumbuhi bisul yang sangat panas. Dirakam peristiwa tersebut dalam surah Al-Fil.
    
Demikianlah terkenal pada tahun itu dengan tahun gajah. Sesudah 50 hari dari peristiwa tersebut maka lahirlah junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Cerita lengkap sila lihat tafsir Al-Azhar.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Warkah Siri 6: "Tiada Gusar, Tiada Endah"

Mata terkebil-kebil memerhatikan kipas yang berputar, kadang kala dihilihatnya dinding bercat putih, kosong tanpa ada hiasan. Ditariknya selimut perlahan-lahan sampai ke paras dada. Kelihatan dirinya berfikir memecahkan tembok ruang pemikiran. 

"Mengapa manusia tidak takut pada kemurkaanNya ? Mengapa manusia tidak yakin, adanya siksaan daripadaNya ? Kenapa manusia tidak menyakini ? Jika dia yakin, pasti dia beringat-ingat. Tapi mengapa manusia lupa ? Jika dikatakan lupa, mengapa tidak terus bertaubat ? Adakah jiwanya telah mati ?  Atau telah menjadi mayat yang hidup tanpa sokongan roh ?".

Tapi sekiranya ditanya pada mereka, kamu inginkan syurga ? Pasti dijawabnya: "MAHU!!!!!.. Syurga neraka  Allah yang tentukan, bukan kita". Di balas: "oooh... apapun, lihat jalan  yang kamu tempuhi pada saat dan masa ini..... jalan ahli syurga ke atau ahli neraka ?. Mudahkan menilainya....

Namun begitulah manusia, tidak berlaku adil pada diri sendiri. Dosa tetap diteruskan tanpa sekelumit taubat, tapi cita-cita mahu sebesar gunung. Adil ke ? Bagaimana dengan nasib manusia yang taat pada perintahNya atau yang bertaubat? Pasti Allah dahulukan mereka. Allah itu Maha Adil lagi saksama.

"Aurat, bukan lagi dosa, dikatakan perkara biasa, perkara yang menjadi kebiasaan, tiada istillah pahala, apatah lagi dosa. Sering kali Haz mengenangkan rakan-rakannya, sebangsa, seagama, sejantina. Pelik......", Moga mereka diberi HIDAYAH. Amin..... 

************************************
Allah berfirman dalam surah An-Nur, ayat 31: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".

Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka tidak boleh masuk syurga, serta tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian - Riyawat Muslim.



Warkah sempena Jumaat..... Wasslam.....

Warkah Siri 5: "PePeranGan Utama, & Terhebat"

"Apakah perang yang paling utama wahai Rasulullah?"
 Baginda menjawab , "Engkau perangi hawa nafsumu."

*******************************************
Cerita perang ditonton, peperangan zaman ke zaman, Rom, Parsi, China purba, dan zaman Islam iaitu (Salahuddin Al-Ayubi) Kingdom of Heaven. Sengitnya peperangan kerana mempertahankan maruah, maruah termasuk agama, bangsa dan negara; yang menang menjadi penakluk terunggul, yang kalah mengibar bendera putih. Keutuhan menegakkan prinsip berpunca dari semangat yang bergelora.

*************
Cendekiawan memberi gambaran "peperangan" antara akal dan nafsu. Akal mempertaruhkan perkara yang pahit, tetapi manis akibatnya. Nafsu pula mempertahankan perkara manis, tetapi pahit akibatnya.

Tentera akal mencari pembelaan; petunjuk Tuhan adalah senjatanya. Nafsu serakah mencari perlindungan; was-was syaitan adalah perisai. Jika tentera nafsu menang, maka lenyaplah cahaya. Lantas mata hati menjadi rakus; mengejar keuntungan sementara, tetapi buta pula daripada keuntungan hakiki akibat diperdaya keseronokan yang cepat datang dan cepat hilang.

Jika tentera akal cepat sedar, semangat dan kudratnya diperbaharui lantas bertindak mengalahkan nafsu.... Maka, petunjuk Tuhan itu terbukti keampuhannya. Dengan pedoman, nescaya tersungkurlah bala tentera syaitan dan terpasunglah hawa nafsu.

Fifi seorang gadis termenung sendirian, fikirannya menerawang memikirkan akan hal akal dan nafsu, gara-gara cerita perang yang membuka minda ceteknya. Alangkah baiknya andai kita tiada nafsu, pasti akan berbuat baik sepanjang waktu. 

"Ya Allah, takkan semudah itu". Dia mencapai buku yang berada di atas rak, dan terbaring di atas sofa empuk. Matanya mulai kuyu, namaun mindanya ligat berputar. 

"Benar,...!!!, menjadi manusia yang berkualiti tidak semudah itu; tiada nafsu, tiada syaitan, tiada watak jahat dalam kisah hidup. Kalau berjaya melepasi halangan rintangan dan ujian, barulah diiktiraf hebat sebagai manusia. Dalam peperangan mengawal nafsu, ada 3 golongan manusia; kalahkan nafsu, kalah dengan nafsu dan perjuangan dalam peperangan nafsu".

Kalahkan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang mencapai tingkatan ilmu disertakan istiqamah dalam ilmunya pasti dirinya seorang panglima hebat, perkasa, tangkas dimedan peperangan menentang nafsu jahat dan tentera syaitan. Dapatkah aku capai ?. Tanya fifi pada diri.

Kalah dengan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang sentiasa tewas dengan hawa nafsu dan sentiasa lemas dalam pancaroba duniawi, menjadikan syaitan tempat luahan perasaan.  Moga, aku menjadi seteru pada syaitan, bukan sahabatnya..!! Nekad Fifi.

Pejuang dalam peperangan nafsu, ya.. aku faham. Aku sering kali lupa. Orang yang sentiasa cuba mengawal nafsu - adakalanya dia menang, kadangkala kalah dikuasai nafsu - merekalah pejuang yang berjihad menentang nafsu. Gelora nafsu memang hebat. Kudrat badan bukan penentu kemenangan. Kuncinya adalah iman dan takwa hasil dari ilmu yang berguna. 

Nabi pernah ditanya, "Apakah perang yang paling utama, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Engkau perangi hawa nafsumu."

Sabda Nabi yang bermaksud, "Bukankah orang yang gagah berani itu kerana tangkas dalam peperangan, tetapi orang yang berani adalah orang yang boleh menahan diri daripada kemarahan."

Mata yang layu, tubuh yang penat, namun akal ligat dan cergas mencari jawapan. Jawapan kadang terjawab, kadang menjadi persoalan. Dia memenangi pertempuran nafsu pada malam ini.. Bagaimana dengan hari esok? 

****************
Allahuakbar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Takbir dilafazkan, disertakan tubuh mengadap kiblat,
 persembahkan diri yang kerdil padaNya.

Karya Sukma Bintara

Khamis, 27 Oktober 2011

DibeLasAH + DiBuNuh = DiCampak. KeJaM

Kota Tinggi: “Apa salah cucu saya hingga dia dibunuh begitu kejam, dia hanya berumur 15 tahun,” kata Muhammad Kasim, 62, di sini, semalam. Cucu warga emas berkenaan, Nurul Atikah Samsiah ditemui mati dibunuh dengan keadaan muka serta badannya lebam teruk dipercayai dibelasah sebelum mayatnya dihumban di dapur sebuah kediaman yang terletak selang tiga rumah dari rumah ibu bapanya. 


Mayat Atikah ditemui pada jam 6.30 pagi semalam, selepas hilang sejak jam 2 petang kelmarin, dari rumah keluarganya di Rumah Kakitangan Ladang Kambau, dekat sini. Menurut Muhammad, dia hampir pengsan selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya, Rahimah mengatakan cucunya itu ditemui mati. “Kali terakhir saya bertemu Atikah ialah Isnin lalu apabila dia datang ke rumah saya di Kampung Sungai Perepat yang terletak 10 kilometer dari rumahnya untuk bertanya khabar selain makan tengah hari.






Isnin, 24 Oktober 2011

Bapak Ayam vs RoGoL

SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak. Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja. Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini. Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.


Empat pelajar rogol rakan sekolah

SUNGAI PETANI: Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun. 

“Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan baru sahaja berkenalan dengan ahli kumpulan lelaki terbabit sebelum dibawa ke rumah salah seorang suspek. 
“Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol oleh keempat-empat suspek ini,” katanya kepada Sinar Harian. 
Hashim berkata, penahanan suspek dilakukan bagi meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku ini. 
“Suspek dan mangsa masih dibawah umur dan kita menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya. 

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Muda,” katanya.

Rabu, 19 Oktober 2011

Warkah Siri 4: "Konvo"

Persahabatan sejati tidak akan menumpulkan pengaruh Saudaranya atau menumpulkan kerohanian Saudaranya.  Seorang sahabat sejati adalah orang yang cukup peduli sehingga ia akan menegur bila Saudara salah" (Sukma Bintara)

Alhamdulilllah... hubungan masih utuh, tidak pernah rapuh walau dikala senja berlabuh. Bukan ayat puitis tapi nukilan hati. Hubungan terjalin genap 4 tahun. Awal perkenalan dan pertemuan di Blok Napuh, Kolej Sultan Alaeedin Sulaimen Shah (KOSASS). 

**********************************
1 Year

"Wei, superman, mai lepak dulu", jelas dia yang bernama Tiger. Inilah gelaran pertama ku terima. "Nape ko panggil aku superman ?", sedikit pertanyaan ku. 

"Sebab aku tengok rambut kau kedepan cam Superman, pastu ko ni...", jawabnya. "Aku tau sebab aku....... (dalam hati: Sedikit Perasan). 

******************************
2 Year

Kami roomate. Asal bilik bersepah, akan ku tegur, taknak pendam perasaan marah. Aku suka berterus terang. Dan seorang kawan harus bertindak menegur secara (face to face),...............  bukan pendam, main umpat belakang atau sms dalam phone pada "mereka". Tu tikam belakang namanya.

Kami gaduh tak sampai 5 minit. Pastu kuar makan sama2. haha.... 

"ko nak jadi pe?"...... "aku nak jadi presiden atau PB Blok"...... ko nak jadi pe lak?"....... "Aku nak jadi Timbalan Presiden atau MTM Kebudayaan". Dialog sebelum mata melabuhkan tirainya.

**************************
3 Year

Bilik sebelah menyebelah. Bilik Single. tapi, hidup cm roomate. Minyak wangi aku di pow tiap hari. Aku pulak pow duit sen yang bertaburan dilantai biliknya. Kira adilkan......!!!!!

Impian dan angan2 menjadi kenyataan. Kami berorganisasi, (MTM & PALAPES). Hidup sebagaimana seorang yang berwawasan.  Tiada erti menyerah kalah. Kau tewas, aku bantu,..... Aku tewas, kau bantu...... Tapi kini, semua menjadi kenangan...... Ke Alam Kerjaya. Diri ini insan biasa yang ditugaskan menjadi khalifah dan Hamba.. Perjalanan ini masih panjang untuk mencari maksud sebenar "KEHDUPAN". 




Khamis, 13 Oktober 2011

BaLa Kerana Curang !!!


KULIM: Gara-gara terlalu cemburu, seorang isteri terpaksa menanggung derita akibat melecur di muka selepas ditekap dengan seterika panas oleh suaminya kerana disyaki menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di rumah pasangan itu di Lunas, dekat sini, suspek yang juga anggota pasukan keselamatan berusia 50 tahun, dipercayai hilang sabar dengan kecurangan isterinya berusia 43 tahun berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu yang memendam perasaan marah serta geram dengan perangai isterinya hilang pertimbangan ketika berlaku pertengkaran lalu mengambil seterika panas dan menekapkannya pada muka isterinya sehingga melecur teruk. Katanya, sebelum ini lelaki itu tidak tahu kegiatan isterinya sering berjumpa teman lelakinya di tempat lain.

“Wanita itu bekerja di sebuah kilang di Kulim dan sering bekerja syif malam memudahkannya menutup hubungan sulit dengan teman lelaki daripada suaminya.

“Ketika berada di rumah, wanita itu pandai menyembunyikan perbuatan salah lakunya itu dan berlagak seperti biasa, sehingga suaminya tidak mengesyaki apa-apa terhadap isterinya.

Rabu, 12 Oktober 2011

Warkah siri 4: "Manusia itu Aku"

Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja ( sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu menyangka pula kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ?"............... Al-Mu'minum:115.

*********************************
Che Mat menukilkan cebisan pena, bermain dengan perasaan yang kadang disertai dengan bahasa jiwa.. - si pengkarya. Inilah ketinggian akal. Beliau seorang yang gemar melihat persoalan tersirat disebalik penciptaan manusia yang kini berlegar diruangan fikiran metafiziknya,.... Dikatakan penciptaan manusia ialah ciptaan yang sempurna. Kesempurnaan yang disepadukan dengan adanya akal, nafsu dan hati. Inilah yang membezakan dengan makhluk-makhluk yang lain.

Berjuta akal berjuta hati,
jawapan terjawab,
Menuju pada matlamat Yang Satu.

Berjuta insan berjuta Aklak,
kepelbagaian dalam kerancakkan,
rencam hidup,
Menuju pada matlamat Yang Satu.

Bejuta suruhan berjuta larangan
 yang terang yang tersembunyi
semuanya dipersembahkan pada Yang Satu

(Sukma Bintara)

*******************************
" Dikatakan malaikat tiada dosa, namun ianya tidak memiliki kesempurnaan seperti manusia, kerana tidak memiliki nafsu, malah dijadikan manusia berpasang-pasangan lelaki dan wanita, tidak seperti malaikat yang tidak berjantina".

" Dikatakan haiwan yang memiliki kelebihan, namun ianya tidak memiliki akal untuk berfikir..... apatah lagi membuat keputusan, mereka semua bergerak dan menilai bergantung pada gerak geri nalurinya. Berbeza dengan manusia yang dikurniakan akal. Proses berfikir, membezakan kebenaran dan kepalsuan, melaksanakan sesuatu tindakan dan perancangan dimiliki olah manusia".

" Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah. Dengan ini ini, manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, menwujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran dan penyelewengan dari jalan Allah SWT ".

"............. Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sungguhnya aku jadikan di bumi seorang khlaifah. Berkata malaikat: Adakah engkau hendak jadikan di bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji Engkau ?". Jawab Allah: Aku lebih Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"....... Al-Baqarah: 30.

Lamunan Terhenti.............................




Selasa, 11 Oktober 2011

Warkah siri 3: " SenJa BerlaBuh".

Aiman melangkah menuju ke pusara suaminya, dan ditemani anaknya  Nor Balqis, yang kini berusia 12 tahun, seorang anak gadis yang masih suci dan bersih. "ya Allah, kau jadikanlah anakku ini yang baik akhlak dan pribadi".

Hujan turun dengan renyai, dan titisan mengikut arah angin bertiup. Kepala didongak ke langit membiru, kelihatan burung pulang ke sarang, membawa secebis rezeki untuk anak-anaknya, berkicauan suaranya.

"Alhamdullillah", ucapan orang yang menghayati kurniaan nikmat dan rezeki dari Pencipta Semesta. Keluh kesah, putus asa, ungkit mengungkit pula terpacul dari pengkufur nikmat, yang tiada kenal erti kesyukuran.... kerana keasyikan duniawi melekakan ukhrawi.

*****************************
"Detik masa terlalu pantas... masa tidak akan menunggu, melainkan kita yang mengejar akan masa... masa dan waktu datang dan pergi.... tiada makhluk dapat menghalang peredaran masa dan waktu... begitulah mudamu diragut hari tuamu... tiada siapa yang dapat menghalangnya" (Sukma Bintara)

*******************************
"Saya buatkan teh kegemaran, ibu", tangan kanannya menghulurkan secawan teh kepada ibunya. Balqis,  anaknya yang kini sudah berusia 28 tahun, lepasan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Memiliki kerjaya sebagai pensyarah kanan bidang syariah dan usuluddin, Fakulti Pengajian Islam , UKM. Perwatakan seperti ibunya ketika muda jelita, mempunyai sifat tekun dan rajin menuntut ilmu, ramah dan pintar dalam apa jua bidang yang dipelajari.

Kedua beranak ini, berada di hadapan anjung rumah, beralaskan kerusi kayu dan meja buatan tangan arwah  suaminya - kelihatan atap zink pula yang berlubang dan berkarat - menunggu titisan menembusinya.... 

Benaknya mengelamun, mengimbau kembali detik pahit dan manis bersama arwah suaminya. Kerajinannya mencari nafkah untuk anak dan isterinya tidak dilupakan, siang membanting tulang menguruskan ladang dan  ternakan manakala malamnya membawa keluarga menuntut ilmu agama. Inilah konsep keseimbangan kesenangan dunia dan akhirat. Bak katanya: Mustahil manusia mencapai erti kemanisan iman jika tidak menjadikan tauhid (agama) sebagai prinsip dalam kehidupan.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang akhirat itu tujuannya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya, Allah mudahkan segala urusan dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakiran antara kedua matanya, Allah akan cerai beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadanya, melainkan dengan kesukaran yang ditakdir untuknya (iaitu dalam keadaan hina). - Riwayat Tarmizi.

"Ibu !!!!!!!!!!!!!!", sergah Balqis disulami gurauan manja sebagai anak tunggal yang tiada lainnya. "Apa yang ibu  menungkan tu.... ibu fikir ape..?, hah... Balqis tau.... ibu kesunyiankan.. hehe". Apa kata, apa kata, ibu.......... dot.. dot...".

"Apa yang dot, dot tu Balqis... Kahwin ya... (wajah tersenyum)?". "Ya Ibu,.. takde lah ibu kesunyian, kesian ibu, saya 2 minggu sekali balik kampung, tu pun kadang-kadang kena out station, ibu keseorangan je kat rumah tanpa berteman", Balqis menyurakan cadangannya. Ibu mengukirkan senyuman, tangan kanannya diletakkan di atas bahu anaknya.

"Ibu masih belum fikirkan soal mencari pasangan apatah lagi kahwin... cukuplah arwah ayahmu membahgiakan ibu. Jika ada jodoh dengan yang lain, InsyaAllah. Jodoh, ajal dan rezeki semuanya ketentuan Allah.  Apa yang penting sekarang ni ialah, ibu mahu melihat kesenangan kamu, kesenangan anak menjadikan ubat  mujarab bagi ibu. Bila kamu nak mendirikan masjid ? umur dah 28 tahun, takkan tak bersedia nak berumah tangga lagi sayang ooii", Ibunya - Aiman.

**************
"Di dalam Al-Quran tujuan pernikahan adalah untuk ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah". (Ar-Rum: 21)

Allahukabar................ Allahuakbar.................... (laungan bilal, tanda masuknya waktu magrib)


Karya Sukma....... Jam 1.00 Pagi / 11.10.2011. di post hari ni... 

Isnin, 10 Oktober 2011

Warkah Siri 2: Di Uji "Kemanisan Iman"

"Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menetukan keteguhan iman seseorang........ hasilnya memperolehi kemanisan iman" (Sukma Bintara).

**************************************
Melihat komputer riba di atas meja - Aiman menghampiri. Sahabatnya, Masni mengintai dari renda langsir warna merah muda - yang memisahkan antara bilik Aiman dan raung tamu. Aiman terus duduk di atas kerusi. "Masni.... Masni.... Masni.......", memanggil sahabatnya. Lantas dihidupkan Komputer riba.  

Ya.... kenapa Aiman ?, saya tengok awak dari tadi termenung, mengenangkan siapa ? adakah dilamun cinta asmara ?", pertanyaan Masni yang disulami gelak ketawa ke anak-anakkan. 

" Ooh.. jadi awak dah intai la saya dari tadi... Bukan sebab cinta asmara.... tapi saya sedang fikirkan sesuatu. Ni sekadar pertanyaan, kenapa saya diuji? ", pertanyaan yang berbaur dengan seribu persoalan. 

"Aiman, adakah kamu lupa, kita dijadikan sebagai manusia dikurniakan dengan pelbagai anugerah, dan keistimewaan yang paling berharga dikurniakan akal dan hati. Inilah kesempurnaan manusia. Dalam hidup ini, kita dilengkapi dengan ujian, dugaan, dan cubaan. Masing-masing berperanan menjadikan kita lebih akrab dan erat disisi Allah SWT.

Firman Allah menjelaskan "Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman ", sedangkan meraka tidak diuji lagi?, surah Al-Ankabuut ayat 2. Petah dan jelas keterangan Masni menjawab pertanyaan Aiman, terkebil - kebil biji matanya.

"Tapi Masni...... kenapa saya tidak diuji sahaja perkara-perkara yang baik ?", tangannya digengam dan diselang-seli jari jemarinya.

"Seharusnya awak kena berfikir yang disertakan muhasabah... dan pertanyaannya akan terjawab. Al- Quran ada menyatakan "..... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Tubuh kecilnya direbahkan di atas katil bujangnya, dia menarik selimut nipisnya lalu menutupi tubuhnya. Bilik yang berkipas itu sememangnya menyamankan. "Bolehkah saya kecewa akibat ujian yang dihadapi, kadang kala, rasa kecewa membuatkan saya rasa amat terbeban. Dan bagaimanakah cara menghadapi ujian hidup ini...?".

"Ohh..... sahabat comelku, saya rasa, saya seperti ustazah... he.. (gurauan).  Apa yang awak rasai, saya telah lalui, dan pengalaman mengajar erti kehidupan pada saya", manis wajah masni menuturkan kata-kata, inilah sahabat yang sukar dicari, nisbah 100:1.

"Firman Allah menjelaskan kepada kita ".......janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padalah kamulah orang-orang yang paling tinggi  darjatnya, jika kamu orang-orang beriman
  Dan...........................
"............. jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat , kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".

Riak wajahnya menunjukkan ketenangan, segala jawapan ini akan terus bersemadi dalam hati." Dan terpancar sebagai pelajaran buatku", bisik hatinya.

*********************************
"Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang yang arif, menyedarkan orang  murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar" (Imam Al-Ghazali)

Karya Lunch... Sekian.


Warkah siri 1: "Bayangan Perubahan"

Bayang-bayang tidakkan berubah, andai empunya diri dan jasadnya tidak berhijrah. Perubahan kepada nilai positif merupakan anjakan yang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia.

*************************************
Haz melihat bayang-bayangnya, mentafsir bayang-bayang yang nampak jelas di sebalik tubuhnya. kelihatan mentari memancarkan sinarnya, mengikat penglihatan Haz untuk memikirkan lebih jauh dan lama ke dalam dirinya sendiri. Sesekali dia tersenyum sendirian melihat bayang kaki dan jari jemarinya - sungguh sempurna, tiada cacat cela ciptaanNya. Kesyukurannya tidak terhingga.

Mentafsir diri, merupakan meditasi mencapai ketenangan dan kelapangan rohani, malah memperkuatkan jasmani. Haz melihat rak bukunya yang kini telah berhabuk, disebabkan sudah lama terbiar tanpa ada satu tangan pun yang mengusik. dihampiri rak tersebut, dicapainya buku sejarah Islam, dan diteliti satu persatu.

Haz menguliti beberapa buku sejarah Ketamudunan Islam yang begitu dekat dengannya akhir-akhir ini - perjuangan Salahuddin Al- Ayubi dan tenteranya menegakkan kedaulatan Islam (syariat dan syiar). Haz mempunyai pelbagai koleksi buku di dalam kutubkhanahnya. Selain dibeli sendiri, terdapat juga buku-buku yang diperolehi daripada sahabatnya, Aiman yang sangat mencintai buku.

Apabila berada di satu takah dan fasa yang statik, malah tidak berkembang; Haz mesti memikirkan sesuatu yang proaktif. Anjakan dan perubahan yang pernah dilakukan oleh tokoh ternama iaitu, Salahuddin Al-Ayubi.

"Salahuddin Al-Ayubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita yang menerangi kegelapan... Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir musuh-musuh Islam..... Malamnya dihiasi munajat, siangnya bagaikan singa di medan perjuangan..... Kejayaannya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera salib terpahat dalam lipatan sejarah... Sebagai lambang kejayaan menundukkan lawan dan musah yang kejam.... "

" Inilah perubahan....... yang diperjuangkan olehnya....... tapi, aku ? ", haz bertanya pada diri sendiri. Haz berdiri melihat kembali bayang-bayang yang seakan berlari. Mustahil sekiranya Haz berdiri, tetapi bayang-bayangnya berlari. "Aku mesti berubah - belajar daripada sejarah - memperbaiki serta mengenal kesilapan-kesilapan yang pernah terjadi. 

Khamis, 6 Oktober 2011

"Muafakat"..... Hidup Sentosa

Senja melabuhkan tirainya, pasti malam gelap membaluti tubuh dunia yang terbentang luas, jasadku mulai penat apatah lagi akalku.... tapi yang pasti hatiku sentiasa merasai kemanisan...... iaitu kelapangan, ketenangan...
**********************************************
"Assalamualaikum, Nor dimana ? blok kita adakan yassin malam ni... mai tau.", keterangan PB Blok yang disusuli gelak ketawa. "ok... saya datang, tapi motor pancit ni, dah sejam tunggu pomen dtg repair, tapi...... apapun, aku pecut, aku datang gak", kataku dengan janji selaku muslim.

Dan.......... malam ini....., 
mata bertemu mata...., 
eratkan silaturahim.....






video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...