Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 30 September 2011

Janin....... Tamadun Kini......

16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini. 


Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan.... Kesemua janin, Melayu / Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

------------------------------------------------
Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital - hospital tersebut. Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua.


Sumber: selaku petugas........ penghantaran melalui emel.


Khamis, 29 September 2011

Warkah: "Usaha.... Perjuangan dan Perlumbaan"

Cebisan Warkah:

Kehidupan kita dalam dunia ini ialah kehidupan beramal atau bekerja, kehidupan berjuang atau berlawan-lawan seperti dalam perlumbaan. Tiap-tiap seseorang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang akan menjalankannya, tidak berharap  kepada pertolongan orang akan menyempurnakannya. 

Ia sendiri mestilah merasa bertanggungjawab bagi menyempurnakan dirinya dan dan tanggungan dirinya dalam perjuangan dan perlumbaan itu. Maka yang akan menang dalam perlumbaan itu hanyalah orang yang tetap, tekun, dan sabar menjalankan kerja-kerja kewajipannya itu dengan bergantung kepada ikhtiar dan daya upaya dirinya sendiri, dan memohon pertolongan hanya kepada Allah. 





Falsafah yang dapat saya rungkaikan ialah: "Dunia semata-mata untuk Akhirat,"

Isnin, 26 September 2011

Pertandingan Bilik Paling Kemas

Menjadi rutin harian, kebersihan bilik diberikan keutamaan. Sekalipun habuk, aku tak ingin melihatnya... kebencian pada kotoran (sepah menyepah) dan ini menjadi salah salah satu sifat dalam diriku. Lain manusia, lain pula perangainya. Untuk makluman, punca yang membuatkan diri aku semakin stress ialah melihat bilik (kamar) tidak dikemas.... apatah lagi ada segelintir manusia yang suka kacau tilamku setelah siap dikemas..... inilah mangsa makian aku.

Oleh itu, langkah drastik perlu diambil, diadakan meeting tergempar diantara sesama MTM di blok... "okkk.. kita adakan pertandingan bilik terkemas, hadiah akan diberikan, tersangat lumayan..", jelas aku selaku pencadang pertama.

"Apakah hadiahnya wahai sahabat ?", tanya kawanku, ditangannya memegang songkok Melayu. "Hadiahnya ialah senyuman.... senyuman yang paling manis...",....... ok... Semua setuju,... yang ambil bahagian hanya 3 orang sahaja... bilik sebelah menyebelah, iaitu Penghulu, Timbalan Penghulu, Ajk Penghulu. Yang lain, berlalu tanpa kata... Nyanyian dariku "tak perlu kata apa-apa...". hehe...

Bukti rakaman di bawah.. hehe:

video

Intelek....... KOSASS... "Aku dan Dia"

Sahabat 2 serangkai.......... Noltalgia menggamit memori....  ketika dan saat ini, pertanyaan dibalas dengan jawapan, hujah dijawab dengan hujah, idea berserta dengan pendapat, inilah mahasisiwa..... proses mengajar ialah belajar, manakala belajar ialah tarbiah",
==============================
"Orang yang intelektual adalah orang yang fikirannya menjaga fikirannya sendiri"....
Jelas Diri Penulis.
.....................................
video

Sup Bermasalah.... Masalahnya ?



pelanggan : saya ada masalah dengan sup saya ni..
pelayan : kena apa encik?
pelanggan : cuba kamu rasa sup ni..
pelayan : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?
pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..
pelayan : ke sup ni terlalu panas?
pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..
pelayan : ok, baiklah. em, mana sudunya?
pelanggan : haaa. tu la masalah dia.
.....................................................................................................................
sumber: mesej yang dihantar oleh member..... 
membuat kan aku senang hati... haha

"Pasangan Baik"..... dari PeMiKiRaNku

Sepetang bersama sukma.... Perbicaraan ringkas, tentang pasangan yang baik.... bagi aku, pasangan yang baik ialah yang taat pada Allah,...... Agama yang diberikan keutamaan dalam kehidupan seharian......

"Kalau solat, disegerakan..... kalau sedekah, diringankan....... kalau bercakap, dijaga tatasusila sebagai wanita muslimah dan sebaik2nya, mengelak dari perbuatan mengumpat dan berprangka buruk......".

Aku x kisah siapakah dia dulu kala...... 
Aku x kisah kerana kejahilannya dulu kala......
Aku x kisah asal usulnya....
janji...............
janji..........................
janji.............
dia kembali pada Agama.......
ISLAM.


“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


Katakan tidak.... Pergaulan BeBaS


Kegagalan mengawal nafsu didorong pergaulan bebas tanpa had di luar rumah menjadi faktor seseorang terjebak dalam kancah hubungan terlarang dengan orang lain yang ditegah agama, biarpun sudah berkeluarga. Ia akan menjadi bertambah buruk apabila keadaan sudah tidak terkawal dan pada masa sama tiada perhatian khusus diberikan ahli keluarga atau kenalan terdekat bagi membantu membimbing mereka kembali ke jalan betul seperti disaran agama. 
................................................................................
 ..........................................................................................
Pendakwah bebas dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud, berkata tidak timbul soal kemaruk seks dalam hal kehidupan berumahtangga kerana sepatutnya ia dibina berdasarkan kasih sayang dan persefahaman yang mantap antara pasangan. Katanya, akibat pergaulan bebas melampau, seseorang itu pasti sukar meninggalkan tabiat buruk yang dilakukan apatah lagi jika ia berterusan tanpa tegahan individu bertanggungjawab seperti ibu bapa dan suami isteri.

“Jika ia membabitkan perkahwinan kedua, tentu ada kelemahan di sana sini kerana pembahagian tanggungjawab akan terjejas. Bagaimanapun, ia boleh dielak jika suami atau pasangannya itu memberi fokus kepada pernikahan selain menjadikan didikan agama sebagai keutamaan.

Khamis, 22 September 2011

"Kerakusan NafSu"

Hulu Selangor: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.
-----------------------------------------------------
Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan. Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan. Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam. 
-----------------------------------------------------
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit. “Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya. Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.


Rabu, 21 September 2011

Raya dalam Tangisan: "dirogol, dikurung, dijamu dadah"

Kuala Lumpur: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.
 ------------------------------------------
Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya. Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.
 --------------------------------------------
Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah ‘neraka’ itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.“Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu.


Ulasan Sukma Bintara: inilah manusia berhati binatang.... dibaluti sifat syaitan laknatullah..... Ya Allah......................................... semoga Allah menaikkan darjat si mangsa (wanita).... beliau suci.......

Pesanan pada wanita: jangan termakan pujukan lelaki.... Sesuatu yang merosakkan didorong oleh nafsu..... Seterusnya, membawa lelaki ke rumah tanpa ditemani muhrim adalah haram dan berdosa...... jangan jadi bodoh..... jadikan pengajaran pada "org" diluar sana.... wassalam.


"MusiM........ kiAn BeRuBaH"


 Dahulu~~~~~~~ Bermuka Montel……. Pipi Berisi Dan Perut Kedepan….. Sebab Hati Riang Gembira… Baru Dapat Keja Katakan. Apapun, hidup kena ada perubahan....... !!!!!
Bidang tugas dulu kala~~~:
- Pelan Strategik UPM 
- Seminar/Bengkel/Mesyuarat
- Data Pencapaian KPI
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Kelab Kebajikan & Sosial
=============================================
Kini………. Muka dah bertambah slim…. Bukan disebabkan diet…… tapi jimat. He2. Makan dan tido….. keadaan yang tidak menentu….. tapi… kehidupan diwarnai pelangi-pelangi indah.


Sabtu, 17 September 2011

Hobi: diSuLaMi Cita-Cita.... iaitu :

Apakah hobi kamu ? soal cikgu saya.......
Hobi saya adalah..... hobi yang disulami cita-cita....

Apa yang ko minat ? soal sahabat saya.......
Minat gua adalah..... berkeinginan memiliki sesuatu....

-------------------------------
---------------------------------
----------------------------------

kini.........
 hobi yang disulami cita-cita
 tercapai...... dan memilikinya.......
oh ~~~~~~~:
PERPUSTAKAAN MINI !!!!



selamat maju jaya..................... hehehe..........

Jumaat, 16 September 2011

gROUP CeNdOL ...... "borak sambil membahan"

"Jom...... jom... solat jumaat... tok imam dok panggil nuuu", jelas sahabat saya yang kelam kabut memakai kain pelikat. "ok...ok... bawak pitis (duit), bekalan minum cendol pas solat", jelas saya selaku peminat cendol. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, jika dulu berduka, didiklah hati untuk mengecapi kebahagiaan berlandaskan agama. 


GotOng RoYoNg........ tersenyum dipagi hari

Gotong royong merupakan amalan murni yang memupuk semangat setiakawan, mennyuburkan sikap toleransi dan membina sahsiah diri. Seperti sedia maklum, kebersihan pelengkap kepada iman, apatah lagi hubungan kasih dan sayang sesama saudara, ianya juga separuh daripada iman. Oleh itu, jadikan aktiviti ini bekekalan sebagai salah satu ibadah bukan sekadar amalan bermusim...... Sifirnya: kebersihan + hubungan kasih sesama saudara (pelengkap iman). 
.........................................................................................................

Isnin, 12 September 2011

Solat........ kisah TerLeNa Dalam JaGa


Pernah berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq terhadap seorang sahabat yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan dikafankan, lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disolatkan. Semasa solat hendak dimulakan, tiba-tiba mayat itu bergerak-gerak. Tampillah seorang daripada mereka untuk merungkaikan ikatan kafan kerana menyangka mayat itu masih hidup. Tatkala kafan itu terbuka, alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekor ular. Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. 

Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu mengucap dua kalimah syahadah serta berkata : "Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akhirat". 

Para hadirin bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?" Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga kesalahan iaitu, 
Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan malah tidak pula mengerjakan solat.
Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat hartanya. 
Ketiga : Ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik-baik dari para alim ulama'. Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa." 

Sumber: Kuliah Magrib. 

Selasa, 6 September 2011

Persolan: Jika diuji, adakah hilang Bahagia ?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

Isnin, 5 September 2011

~ Riang Ria Aidilfitri 2011 ~


Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.


KonVo Aidilfitri 2011 - Mat Rempit Klate - KL

6.00 am, Ahad - persiapan konvo / jelajah negeri telah bermula. (Kelantan- Selangor). Motor dipandu sampai bergegar tulang rusuk..... lori, bas, kereta ialah mangsa yang dipotong gan kapcai rempit kami. "Jangan mengaku kalah sebelum berjuang", kata keramat dari sahabat aku. Bukan kata picisan mat rempit, tapi kata-kata pembakar semangat untuk meneruskan perlajanan yang memakan masa berjam-jam. Sekitar petronas, hentian R & R, dan tepi jalan merupakan lokasi istirehat untuk kami. Namun,...... setelah sampai KL, aku demam akhirnya.... akibat penat yang tidak terkata. Apapun, syukur, semua selamat dan panjang umur.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...