Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 27 Mac 2011

TiAda....... DalaM bOtOL

................................
Aku sebagai lelaki...... fitrahnya perangai aku juga spt lelaki..... namun..... ramai jgk yang minat kat aku..... kemana sahaja ku pergi, ramai wanita yang kenyit mata pada ku termasuklah mak cik jual air tepi bus stop...... itu dulu...... 
............................................
Kini, dunia semakin berubah.... pemanasan global juga semakin meningkat, mungkin, itulakah faktor2 kini abg2 pulak yang kenyit mata padaku...... kalau dulu wanita mudah memuji ketampanan si jejaka, kini lelaki juga tidak segan silu mengatakan "awak ni, kacak lah, saya suke awak", secara terus terang kepada empunya diri. 
.....................................
Itu contoh dari segi kata-kata memikat... mungkin kita masih berfikiran positif dimana lelaki juga ada yang memuji lelaki lain. pelik ape?? ok.... otak mula berfikiran negetif bila perbuatan wanita yang menggoda lelaki menggunakan tubuh badannya diadaptasikan oleh sang lelaki kepada lelaki lain.. 
.................................
Seperti memandangku dengan muka penuh berahi campur gersang sambil mengusap2 bontotnya sendiri.... dah la dihadapan khalyak ramai.....  
..................................
Apa....!!! ko ingat aku spesis kau ke wahai makhluk 2 alam!!!!! walau aku berbau wangi 3 kilometer leh hidu dan bert-shirt ketat, berseluar jeans levis longgar, dan berselipar potongan wanita.... tapi aku bukan 2 alam.....
................................

Hayati dan Perhatikan........................

Allah Ta'ala berfirman, "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas," (al-A'raaf: 81).
Allah Ta'ala berfirman, "Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu (mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu)," (an-Naml: 55)

Khamis, 24 Mac 2011

PeNdAmPiNg MaLaM : MiStiK Alam ReALiTi

Alam mistik seperti yang difahami oleh semua orang ialah alam yang dihuni oleh makhluk lain selain manusia seperti jin, syaitan dan bunian. Peristiwa jin menyerupai manusia sudah kerap kita semua dengari, tidak mustahil kerana makhluk ini boleh menyerupai pelbagai rupa seperti menyerupai serangga dan binatang contonya anjing, ular, jengking, dan sebagainya.  

Setengah pendapat mengatakan, alam mistik seperti ini telah menjadi suatu yang realiti kerana telah disaksikan dengan mata pancaindera manusia. Ada manusia yang dibuka hijabnya kerana didampingi saka keturunan, kerasukkan, ataupun sememangnya anugerah. Itu bukan bidang kepakaran penulis. 

Pernahkan kita semua membaca artikel dari majalah mastika yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang berkunjung ke alam bunian. Alam bunian yang dimaksudkan ialah alam jin. Ada yang menerima jampi serapah dalam mimpinya, ada yang menerima cincin geliga, tongkat dan keris yang boleh dibuat bahan mengubat oleh dukun dan bomoh. Apa yang pasti, ilmu yang diperoleh dari mimpi bukanlah suatu kesahihan ilmu. Berhati-hati. Sedangkan berjumpa bomoh dan dukun yang mengamalkan khurafat juga tidak diterima solat selama 40 hari, seperti mana hadis rasulullah s.a.w.

"Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara, lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari". (hadis Muslim)




Rabu, 23 Mac 2011

Penanggal : MiStiK KeTiAk MaSaM

Aku berbual sambil bertanya tentang hukum merawat, bacaan, kesalahan niat, dan penggunaan atau cara yang dilakukakan dalam rawatan. Sambil berkongsi pendapat, aku bertanya kepadanya tentang kebenaran kewujudan Penanggal.


AKU: siapakah penanggal ? Adakah dia golongan syaitan/jin?.....

Badrul: penanggal adalah istilah yang digunakan dalam masyarakat Nusantara kita sejak dari zaman berzaman. Tidak dinafikan, penanggal pada suatu ketika memang wujud. Penanggal  ialah seorang manusia yang kufur dan syirik kepada Allah SWT atau dalam erti kata lain, seorang yang mengamalkan ILMU HITAM.  

AKU: apa yang menyebabkan beliau mengamalkan ilmu itu ?

Badrul: ilmu itu digunakan untuk mengekalkan kecantikan, menaikkan seri wajah kelihatan jelita, untuk hidup lama. Syarat yang dipersetujui dengan syaitan, mesti dipatuhi, tidak mengira apa syarat sekalipun tapi yang pasti amalan yang menyimpang dari landasan agama Islam.

AKU: adakah si penanggal masih wujud?

Badrul: setakat ni, masih tidak dengar lagi kemunculan penanggal, tapi yang pasti, cara khurafat masih banyak lagi di amalkan, seperti golongan bomoh atau pawang. Sekarang, orang yang ingin mengekalkan kecantikan bukan lagi mengamalkan syarat ilmu penanggal, tetapi dengan penggunaan susuk emas, susuk berlian, susuk gangsa, susuk perak dan pelbagai. 

AKU: ok la. Kau dah solat dan mandi??

Badrul: belum.

AKU: sembang mengalahkan Raja Bomoh!! tung, tang je bercakap. Ketiak kau dari tadi lagi meruap masuk dalam hidung aku ! pergi la mandi dan  solat.

Badrul: keh.keh.

DiAlek AsMarA DaRa

Mari belajar dialek Kelantan….. kepada yang dapat calon (suami & isteri) Kelantan, bolehlah, belajar. Mudah untuk masuk meminang dan merapatkan hubungan dengan ibu dan ayah mereka. 

gambar original dari Sukma... Para Normal Activity.

“ghelenya bel la mek thok ni”. Maksudnya:- “gatal/gedik sungguh la perempuan ini”.

“sayo nok ko awok”. Maksudnya:- “saya cinta kan awak”.

“ore nok masok mintok si polan si polan”. Maksudnya:- “saya nak meminang si polan si polan”.

“comel - lootel la umi/mok ni”. Maksudnya: “lawa la umi/emak ni”.

 “sedak bel la bau air bau-un”. Maksudnya:- “harum betul la minyak wangi ni”.

“oloh”. Maksudnya:- “Alahai”.

“guano ?”. Maksudnya:- “macam mane?, bagaimana?, kenapa?, sebab ape?”.

“royat molek la”. Maksudnya:- “bagitau betul-betul”.

“sayo nak pegi jale-jale la”. Maksudnya:- “saya nak pergi bersiar-siar”.

“berjuruh betul la mek ni”. Maksudnya:- “bagus betul la awak ni”.

“nak membolan doh ko?. maksudnya:- “dah nak tidur ke?”.


p/s: Sekian… hehe

Selasa, 22 Mac 2011

KaLaMullAh - FATIHAH

Sering kali kita abaikan pengertian atau maksud kalimah suci al-Quran, yang pasti dalam solat, terus dibaca, tanpa mengambil tahu tentang pengertian dalam surah tersebut. Memahami makna fatihah sudah cukup menginsafkan diri sendiri.

Gambar Sukma. Lokasi: Melaka. Tarikh: 18 mac 2011
........................................................

Hayati Erti Surah Fatihah….

               1)   Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
               2)   Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
               3)   Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
               4)   Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
               5)   Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
               6)   Tunjukilah kami jalan yang lurus.
               7)   Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
.
sekian.

Isnin, 21 Mac 2011

KaSiH iBu


Gambar Original Sukma
.......................................
Panggilan untuk mereka ialah Ibu, mama, umi, emak, mami dan lain-lain. Ambillah masa untuk berfikir tentang perbonanan mereka terutamanya disaat mereka melahirkan kita. 

Gambar Original Sukma 
 ......................................
Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(Riwayat al-Hakim)

Ahad, 20 Mac 2011

Kubur rumah kedua


"Hidup dikurniakan banglo, mati disemadikan di perkuburan" 

"Dunia ramai kawan, kubur duduk seorang".
...................................
...................................
...................................
...................................


Khamis, 17 Mac 2011

RaKsAKSa di Jepun.... Ultraman Semua CaBuT

Inilah kehebatan dan keperkasaan Allah SWT...... Setiap kejadian semestinya mengandungi hikmah yang tersembunyi..... agar manusia dapat memahami........ kita sebagai hamba kadang terlena dibuai angan2 yang begitu menyibukkan...... 

TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu. Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.








Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Pepagi..... U Putra gua penuh gan email tentang kejadian tsunami..... view dari setelit..... kat atas sana!!!!

TESTing


jika anda suka..
sila tekan butang LIKE di bawah entri ini...

atau...
KLIK untuk jadi PEMINAT saya pada kotak sebelah kiri entri ini...


TERIMA KASIH~~~~

Si SemPut tHe LaGeNd

Hari ni..... Isteriku telah diambil orang..... terasa sayu dihati mengenangkannya.... bila mengenangkannya lelama, terasa mau memilikinya kembali... tapi... apakan daya, tangan ku sudah tidak termampu untuk mendapatkannya kembali....mungkin jodoh antara aku dan dia berakhir disini...... dan pasrah segalanya...... maka, tanpa segan silu.... satu puisi... entah puisi ke ape benda..... akan ku dendangkan.... kting:

Pengorbanannya.... 
kasih sayangnya.... 
bakti dan khidmatnya...
dicurah padaku.... 
dan aku pun sentiasa memberi perhatian padanya.... 
dan berlaku adil padanya.....
tidak sekali-kali aku meninggalkannya...
menjaganya penuh rapi dan teliti...
menatang minyak yang penuh,
sepenuh tangki yang termampu diisi....
sebanyak minyak hitam ditaruh dalam enjin...

Pengorbanannya......
memberikanku kesenangan  padaku...
ke hulu ke hilir....
membawa jasad dan roh kemana sahaja...
timur, barat, utara, selatan.....
 walau ia berpenyakit semput...... 

namun......
boleh diubati.... tiap penyakit ada ubatnya...
hingga sekarang... dirinya segar dimataku....

kini............................
hanya tinggal kenangan...........
hanya kenangan pengubat rindu sengsara......
namanya tetap terukir dibenak fikiran......
tertulis dijiwa kalbu.......
BDQ 9405.........
RxZ (Kuasa Kuda Putih)....... 
"Jaguh Rempit yang x pernah Tersepit"......... 

 Semput yang Berdesut~~~~~~~

 Sekian...................... heheehehehehe..... salam Lunch.... selamat Berjaya BDQ 9405.

Selasa, 15 Mac 2011

SeMiNit BaGai SeTaHuN

Hari ini, gua ditayangkan dgn tazkirah yang membicarakan tentang perhubungan dan pergaulan sesame manusia. Pergaulan dengan manusia boleh bertambahnya pahala dan boleh menjadikan diri kita penuh dgn dosa…..


Menurut imam Al-Ghazali: Pergaulan boleh menjadikan kita bertambahnya pahala sekiranya kita bergaul … akan hal yang membawa kebaikan. Dan bertambah juga pahala sekiranya mengembirakan hati saudara muslim dengan mengunakan ucapan spt takziah atau tahniah. Dengan pergaulan juga boleh bertambah2 dosa…… iaitu dengan mengucapkan puji pujian pada seorang kenalan yang melakukan perkara yang haram.

…ulasan guruku…
……………………….
……………………….
……………………….
contoh ucapan2:

Pahala: “Insyallah…. Allah merahmati kehidupan kamu”, jelas si mail pada Mamat sosej… hati Mamat sosej terubat, dan serta merta membuatkan hatinya lapang dan gembira.

Dosa: “cantiknya kamu…… potong rambut bgini…… lawa sgt… berkenan saya…. Baju you pun seksi”, jelas Bidin yang tidak mempunyai apa-apa ikatan…. Dan dia bukan muhrim pada si Sharifah. Sharifah tersenyum riang kerana dipuji Bidin, dan berlari keanak-anakan…. Nasib baik x tersepak batu nisan yang terjual kat kedai…

Dan banyak lagi huraiannya~~~~~ skadar berkongsi…………. Sekian…….

CrV, sUzUKI, aLZa, LiViNa (TeNgGiLiNG JaLan Tar)

MPV, antara pilihan kehendak dan keperluan. Namun harganya ? Mahal. Lebih baik memiliki rumah dari membayar kereta RM 1300 sebulan selama sembilan tahun. Apapun, impian mesti ada, untuk dijadikan motivasi dalam diri.



HoNda CrV

ToYoTa LiViNa

PeRoDuA AlZa

SuZuKi SX4-SE

p/s: Akhirnya, dapat memiliki MPV Alza. Murah, jimat dan tahan lasak.

PasSo, MyVi, Swift, JaZz

Jika anda diberi pilihan, yang manakah pilihan anda ? 



SuZuKi Swift

Perodua MyVi LatEst
 

Perodua MyVi 2005

ToYoTa PaSsO

HoNda JaZz

p/s: sekadar meninjau dari jauh.

Isnin, 14 Mac 2011

Bas dan Gas Longkang

Pernah satu ketika, beliau berada kat dalam bas…. Bas Transnasional….  Gara-gara balik kampong. Perjalanan menuju ke negeri yang terindah… kerna itu lah kampong beliau. Perjalanan memakan masa 7 jam…untuk sampai ke destinasi yang dituju. Lama betul nak sampai. 2 jam dok dalam bas, dah rasa lenguh belikat, x leh nak cite… apatah lagi dengan keadaan beliau yang tengah sakit perut..

Lama beliau menanti… bilakah masanya bas ni mau bhenti…. beliau x tahan…. X tahan…. X tahan…. Uuuuuuhhh…. Terasa senak hulu hati beliau…  betullah org kata, “penantian itu satu penyiksaan”.. Jika mau hilangkan sengsara, lebih baik lepaskan….

Serentak dgn tu….. Bermadahnya isi hati beliau…. :

suaramu merdu dan lembut lembayu,
seperti suara burung perkutut,
bila ditahan sakit perut, merahnya wajah,
bila dikeluarkan bikin ribut gempita seluruh buana...

engkau bersemayam didalam perut,
bau harum seperti bangkai siput,
engkaulah angin ribut,
keluar dari sarang…
disulami bunyi,
BUT …BUT…BUT…
good..

Keadaan bas yang beliau naik kejab jadi laju….. Kejab jd slow…. Manusia bising entah mengapa.. Seperti malapetaka yang datang melanda… gerangan apakah itu… Fitnah menfinah x leh nak cite…. Nasib baik beliau x termasuk dikalangan mereka…. Dan tersenyum riang ibarat anak kecil mendapat susu..

P/s: segala persolan mungkin bermain dikepala anda… anda pernah mengalaminya…. Inilah Misteri Nusantara… layan~~~ hahahaha…..

Ahad, 13 Mac 2011

TaNam Pinang Rapat2, Biar PuYuh BelaRI

Topik hari ini membicarakan tentang perihal pertunangan. Sering kali kita dengar, pihak lelaki yang masuk meminang pihak wanita.... 
............................................................................
Tapi sekarang ni, gua nak tukar tradisi seperti itu.... dan gua mahukan wanita yang masuk meminang pihak lelaki.... pelik atau tak???? pelik atau tak??? pelik atau tidak???
..........................................................
Masih mencari jawapan..... hanya tradisi masyarakat sekitar sahaja yang membataskan kemudahan yang diberikan.. Islam itu amat mudah, tapi yang merumitkan keadaan adalah peraturan yang dibelenggu dengan adat dan tradisi...
..........................................................
Bagaimana dengan pendapat anda??? adakah ini releven atau tidak??? 
......................................................
p/s: jadi....... datang lah.... di alu-alukan... hahaha

Permainan BUDAK kampung

Kentut di dalam air menimbulkan gelembong kecil di atas permukaan air. Masing-masing mempunyai karenah dan perangai yang membolehkan diri sentiasa ketawa sepanjang masa. Tidak berjumpa sehari, seperti tidak bertemu mata selama sebulan, ikatan yang terlalu akrab.  

Aktiviti hujung minggu, mandi di dalam parit yang terletak di belakang rumah, airnya jernih dan tidak dikotori oleh sampah sarap. Adakalanya kami bermain pelbagai permainan seperti main sembunyi,  datuk harimau,  ting-ting gula baju, permainan galah panjang, rangkai-rangkai periuk, dek chok, buah getah dan lain-lain.

SuKmA KaLbU

Manusia dianugerahkan akal… akal berfungsi sebagai pusat untuk berfikir… berfikir secara yang tersurat dan tersirat, namun .. akal juga terbatas dalam mencari jawapan yang benar-benar pasti. Dengan itu, manusia dikurniakan hati… hati yang dapat merasai… menilai…. Menghayati…. Maka, terjawaplah persolan akal yang berhadapan dengan kebuntuan……

Gambar Original Dari Sukma.. Lokasi: PD. Tema: Berlabuhnya Senja.

Sekujur tubuh duduk bersila diatas kerusi, memandang awan yang semakin redup, angin petang dapat dirasai…… “Allah huakbar…. Allah huakkar.. Asyahaduala ilahaillah….  Asyahaduala ilahaillah…”, lauangan azan berkumdang di angkasa.

“Ya… Allah…. Besarnya kalimahMu, NamaMu, kekuasaanMu”, kata hatinya dengan keadaan mata yang berkelip-kelip.

Gambar Original Dari Sukma.. Lokasi: PD. Tema: Titisan Kalbu.

Akalnya mengingatkan pesanan bermakna dari seorang guru, sewaktu dirinya pernah menuntut pelajaran Akidah suatu ketika dahulu…. Katanya,… “Manusia tidak luput daripada salah, khilaf dan dosa. Namun sebaik-baik orang yang berbuat salah dan dosa adalah mereka yang cepat kembali kepada Allah seraya memohon ampun kepada-Nya”,….. jelasnya lagi…………..

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata, ”Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?” Rasulullah saw menjawab,”Ya, akan ditulis.” Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku bertaubat?” Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.” Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku mengulangi lagi?” Rasulullah saw menjawab,”Akan ditulis.” Lelaki itu bertanya lagi,”Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?” Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.” Lelaki itupun berkata,”Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?” Rasulullah saw menjawab,”Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun.” - (HR Thabrani dan al-Hakim)"..........

p/s: Allah Mengetahui Segala Isi Hati....

Sekian………….. Wassalam…….

Program PIKA dan MGA

Bertugas sebagai Felo blok Pelanduk sesi 2010. Ucapan tahniah kepada pelajar yang aktif melibatkan diri dalam organisasi kolej, UPM.



Khamis, 10 Mac 2011

SaYa dan Ijab KaBuL



Semalam…… ronda dan melilau kat masjid….. Lama sgt x jejak kaki kat situ…. Malu gak… biasanya kat surau…. Time dulu kala, masa baru akil baligh, boleh dikatakan tiap hari gua dok masjid…. Datang menyembang je pun….. Jumpa member sekaki dan sebulu, sembang topik hangat untuk diperdebatkan… … kadang pas solat… pegi laksanakan hobi.. Main tumbuk menumbuk kat blakang masjid… datang imam, terus kena rotan bertalu-talu.. Berbekas kat blakang gua……. Sbb masa  tu suke sangat jadi kepala dalam group….

Kaki dah kat tangga masjid…… gua tgk….. Ya Allah….. Allah jemput gua datang sini…. Sampai  situ, solat Magrib berjemaaah dah habis… adus…. Tpaksa la solat sesorang… bukan salah imam…. Salah gua sbb datang lewat…. Kul 7.45 baru gatal datang masjid…

Setel je solat 3 rakaat…. Gua duduk…. Sambil termenung, datang seorang lelaki tua memberikan ku senaskhah kitab fekah… dalam buku dipenuhi hadis dan hukum dalam Islam. Gua jadi terfikir sejenak…. “ Ni semua kemurahan dan Kasih Sayang Allah...., mencampakkan gua ke tempat sebegini… sepatutnya, kitab fekah itu mesti diberikan kepada murid-muridnya. Tapi mengapa gua.. dah la ptama kali datang masjid ni,??? Setahu gua.. Orang yg menerima kitab secara rasmi ditangan..., diterima sebagai murid”….

Gua tengok diri sendiri… dari tapak kaki sampai ke paras  dada…. Orang lain pakai nak pg masjid… tapi gua pakai cm nak kuar jejalan pasaraya… tibai sluar jeans levis thailand berwarna hitam , baju berwarna klabu asap bergambar mentol… rasa nak tergelak je sesorang… cm budak rempit yang baru kenal sejadah je rasa… tapi…. Selagi menutup aurat dan sopan…. X kan salah…

Sesi perbincangan fekah bermula…………………………………

“Hari ni bab Perkahwinan……. buka muka surat 82….”, jelas ustaz tu pada khalayak yang memiliki kitab…. yang xde buku hanya mendengar. “hah…. kahwin…. sedapnya bab ni… nak.. nak…. dgr….”, balas hati gua dengan sungguh2… hanya Allah yang tau isi hati lelaki cm gua.. hehe.

“Kat sini…. ustaz tau semua dah berumah tangga… tidak mengapa jika belajar ilmu seperti ni, biarpun kamu semua dah kahwin… kamu boleh ajar anak cucu nanti tentang bab hukum perkahwinan, pahala juga kamu semua dapat… x kan sia-sia..”, Jelas ustaz tu dengan yakin. “Tapi ustaz, saya belum kahwin lagi, x kan x cam wajah orang bujang seperti saya”, luah jiwa bujang gua… he2.

Huraian panjang lebar…… Dalil al-quran, hadis, rujukan imam dan banyak lagi… dan huraiannya juga dalam konteks semasa…… last2 petikan Al-Quran:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." 
(Surah An-Nahl: ayat 72)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."(Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49)

Habis solat insyak….. Gua sengih2…. Happy semacam… wasslam….selamat Lunch~~

Rabu, 9 Mac 2011

MaTa HaTi 2

Meniti sebuah perjalanan hidup… semestinya disulami kepahitan dan kemanisan…. Tanpa kemanisan, ianya tidak bererti…… tanpa kepahitan juga tidak bererti… keduanya mempunyai pro dan kontra….. Kesan……………  Keberkesanan memahami persoalan hidup dapat dihayati dengan mata hati…. Berakhirnya kejahilan dengan ketakwaan dan keimanan…… “apa yang baik….jadikan ikutan, apa yang buruk dijadikan sempadan”.
 

Walau bagaimanapun…… setelah merasai segala kemanisan disebabkan kesenangan yang diperolehi…. Jangan sering kali bermadah dengan kata-kata nista dan menyakitkan…..….

Dalam surah al-Hadid: 23 dijelaskan bahawa redha terhadap ketetapan Allah itu bertujuan supaya manusia jangan bersedih hati atas sesuatu yang hilang dan jangan pula terlalu gembira dan sombong diri berpunca daripada anugerah Allah. Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.

Sekian... Karya petang2...... hehe

MaTa HaTi

Dalam meniti kehidupan, sering kali kita terlupa, lalai dan leka. Apa yang dirasai sebelum ni mungkin pernah dirasai, apa yang belum dikecapi sebelum ini, mungkin sudah dikecapi.

Dahulu, hati mengatakan "Inilah suatu nikmat yang sejati". Namun,  musnah disebabkan ia angan-angan disiang hari. Pada saat ini, ia tidak perlu dicari kerana ia datang tanpa disedari. Inilah petunjuk buat hati. KuasaNya yang menyatukan hati ke hati



TaJuK: Mata Hati

Mata pancaindera anugerah Ilahi
Melihat… memandang…. Memerhati…
Penuh keasyikan kemesraan, namun,ia bukan mata hati….,
Yang memandang kebenaran hakiki.

Dalam senyum… ada tangisnya…..,
Dalam tangisnya ada gelak tawa..,
Semua silih berganti……
Ibarat siang berganti malam…
Malam berganti siang…,

Esok…….
Sinar mentari menerjah pelusok bumi…
Sinar pagi tidak sama dengan sinar sebelum ini.
Begitulah hati, pribadi…. Dari yang lebih terkini..
Bernilai disisi Ilahi.

SiRna PeLaNgI

 Gambar original Dari Sukma. Lokasi PD.

Kadang-kadang, orang mengatakan, dunia ini adalah pentas dan pelakonnya ialah manusia. Namun, dunia ini bukan sekadar pentas, Tetapi penjara dan manusia penghuninya. Ia disebabkan kita sebagai makhluk tidak lepas dari hubungan keterikatan dengan penciptaNya iaitu Allah SWT.

Sepertimana bukti di bawah:

"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan anak-anak (yakni, keturunan) Adam dari punggung (tulang sulbi) mereka. Dan (Tuhan) mengambil penyaksian mereka ke atas diri mereka (dengan berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka (yakni, roh) menjawab: ‘Bahkan! Kami mempersaksikan (Yakni, kami naik saksi dan mengakui Engkaulah Allah (a.w), Tuhan kami).’ Supaya tiada kamu katakan pada hari Kiamat nanti bahawa: 'Kami tertegah (tertegah dari memperhambakan diri dan mengerjakan segala perintah dan suruhanMu)dalam perkara ini. (yakni, dari mengabdikan diri kepada Allah SWT(sejajar dengan tututuan Allah SWT"). (Ayat 172, Surah al-A’raf).

Isnin, 7 Mac 2011

Apple Ipod Shuffle MP3



Langkah diteruskan ke Pc Fair. Membeli barang yang murah dari harga yang sepatutnya. Rupanya sama, kualiti berbeza. Bertahan selama 4 bulan dan akhirnya rosak. "KE LAUT".

" MahlUk TiDak BeJisiM "

Semalam… balik dari ronda-ronda blok Napuh... mata mula layu…. terlelap 4 minit je…. tiba-tiba terasa tubuh gua diganggu oleh makhluk yang tidak berjisim…. terasa sakit jasad gua…. Apakah ini??? mengapa???? adakah ini ujian kehidupan…. Sesungguhnya hanya Dia yang lebih Mengetahui.
 ..................................
Akal mula berfikir…  sebelum tidur, gua tiada persediaan sebelum tidur… baca ayat suci Al-Quran pun tidak… Mengucap 2 Kalimah syahadah pun tidak.…… Al-Quran penyembuh penyakit…. penawar segala racun berbisa…. dan yang paling utama, dibaca untuk kesedaran diri sendiri, bahawa, Allah sebagai pencipta yang Maha Berkuasa, tiada tolak bandingnya.


Sebenarnya membaca Al-Quran dengan iktikad bahawa bacaan ini boleh menghalau syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
 .................................................................................
Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca Al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a.
 ...................................................
Perlu dingat…… Membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam. Menghalau syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah SWT dan bukannya kuasa kekuatan dari Ayat atau bacaan Al-Quran.

………………………………………………………………………………………….. Alhamdulillah…. dapat tidur dengan tenang….. segala perbuatan / perlakuan / Pertuturan / Pemikiran…… Allah sentiasa bersama hambanya.. Wassalam……

PahlAwAn PedAng Allah

“Uhhhhhhhhh……..”, gua mengeliat bangun subuh….. mata dah x leh nak lelap…. dalam kepala ingatkan kedai buku…..  “nak beli…nak beli… walau xde duit… nak gak…”, tegas kata gua. kul 10 pagi, gua kuar sarang…. pegi Mid…. kaki menuju kat kedai buku MPH. Apa lagi…… go…. go… go…. 

Sampai kat MPH…. Tanpa banyak kecek… gua ambil buku ambil buku Khalid Al-Walid – "Memburu Syahid". Gua sengih2….. bahagianya….. dapat tibai baca buku ni….

Sedikit Ringkasan:
Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah. Dia tidak pernah kalah dalam setiap peperangan yang disertainya. 

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi. 

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan. 

Sekian..... Wassalam~~~~~~~~ 

Khamis, 3 Mac 2011

MeNcAri PeLaNgi 2011

Seorang pesakit terbaring di atas katil wad hospital, memerhati dengan sayu terhadap jiran-jiran mereka yang sama-sama menghuni hospital tersebut. Dia melihat rakan-rakannya sering dikunjungi oleh sanak saudara dan sahabat handai, setiap pengunjung itu datang membawa pelbagai buah tangan yang enak untuk pesakit.

Pesakit yang seorang ini hatinya terlalu hiba, kerana sepanjang dia menghuni hospital itu, sudah bertahun-tahun lamanya tidak seorang pun yang datang menziarahinya, kalau-kalau ada orang yang sudi datang menjenguknya, tetapi hampa. 

Ketika dia sedar betapa hidupnya sebatang kara, walaupun dia mempunyai anak dan saudara mara, tetapi anak-anaknya serta kaum kerabatnya tidak ambil peduli nasib orang yang terlantar di hospital sudah begitu lama. 

Selepas para pengunjung itu beredar dari menziarahi jirannya iaitu pesakit seperti dia, dengan linangan air mata dia memikirkan nasibnya. Hati kecilnya berkata, “ alangkah bertuahnya nasib jirannya itu, seringkali diziarahi oleh sanak saudara. Setiap kali mereka berkunjung, berbagai oleh-oleh dan buah tangan dibawa bersama, alangkah bahagianya mereka.

Dia mengeluh sendirian mengenangkan nasib malangnya yang menimpa dirinya, walaupun dia menanti kehadiran orang yang simpati terhadap nasibnya, namun tidak seorang pun yang sudi datang mengunjunginya. Yang datang hanya jururawat atau doctor yang membawa ubat yang pahit-pahit atau suntikan yang menyakitkan.

“Di kubur nanti, aku pesakit yang berjiran di katil sebelah di dalam wad., mereka saling memerhatikan keadaaan jirannya yang di sebelahnya, ada diantara mereka yang dikunjungi dan menerima buah tangan, tetapi tidak kurang juga mereka yangt terus kesepian tidak menerima sebarang kunjungan”, Jelas lubuk hatinya berserta titisan mutiara dipipinya.  

Mata hanya mampu memandang kipas yang berputar, kadang-kadang diperhatikan tiang yang teguh berdiri,……. “Ya Allah… kurniakan aku anak yang soleh….. Ya Allah kurniakan aku nak yang soleh….. Ya Allah, Kurniakan aku anak yang soleh… Ya Allah, Kurniakan aku anak yang soleh……….. Inilah harta yang berharga buatku….. Bagi yang tidak memiliki anak yang soleh, ibarat orang yang telah berusia tua dan terlalu uzur, sehingga tidak lagi dapat berusaha, dan lebih malang lagi hidupnya ketika itu. Semata-mata bergantung kepada bekalan yang tidak mencukupi”, jelas hatinya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Karya Lubuk Hati~~~ Sekian.... wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...