Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 1 Disember 2010

Cintainya...

Cintailah Mereka

Cintailah Mereka

Cintailah Mereka

Cintailah Mereka



Pada era yang dikatakan maju ini, fenomena pembuangan bayi semakin menular dalam masyarakat setempat. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.


Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama dikalangan masyarakat secara menyeluruh. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. jika ditinjau dalam pendidikan disekolah, subjek Pendidikan Islam sebagai salah satu subjek yang menyemai nilai agama Islam kepada pelajar muslim……….. tetapi ia tidak menyeluruh…… malah ia gagal dalam memberi kesedaran agama kepada mereka. Hanya teori semata-mata…… Contoh yang mudah untuk diperhatikan seperti orang yang pakai tudung disekolah….. habis waktu persekolahan, tudung ditanggalkan…… tanpa melihat hal ini salah…..


Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Adakah ini merangkumi pembudayaan minda masyarakat kita?


John Dewey: Pendidikan adalah suatu proses pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara sengaja dan dilembagakan untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup.


Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar
nikah.


Faktor seterusnya ialah sikap masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang hina orang yang melakukan dosa seperti zina dan sebagainya. Memang tidak dinafikan, dalam agama juga mengutuk perbuatan tetapi sebagai masyarakat tidak seharusnya menghina sehingga ada yang sanggup memulaukan mereka. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan”. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri.

sekian………… wassalam………. Lunch 1.00 pm


Pendidikan dan Akal


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Zalimkah manusia sekarang?


Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta, noda dan dosa, mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru dengan menyembunyikan “Kebenaran Disebalik Kepalsuan”. Seterusnya, mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. kenapa tak fikir dahulu sebelum buat projek? berakal atau tidak? biarlah kita menguasai nafsu, jangan nafsu menguasai kita……
Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.


Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Semestinya teguran yang mencakupi ilmu yang berasaskan kefahaman dan kejiwaan. Bagi pendapat aku, pendidikan terbaik adalah bermula dari institusi kekeluargaan….. yang mengutamakan Agama dalam keluarga.


Selain itu, kesilapan yang paling nyata ialah soal pendidikan yang semakin hari semakin berkurangan nilai mutunya dalam menyemai nilai ketinggian akal. ketinggian akal yang dimaksudkan ini ialah tahap keseimbangan untuk menentukan baik dan buruk, releven ataupun tidak, benar atau salah. jadi…… jadi…….. fikir-fikirkanlah….


Anak Basah

17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan
74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India sebanyak 23,696 kes dan Cina 23,692 kes.

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Renungan:

Firman Allah SWT:Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’ ayat 32)

.

Firman Allah SWT: Pezina lelaki tidak boleh menikahi kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang Mukmin.” (Surah An-Nur, ayat )


Allah itu ADIL...... jadi bertaubat... disertakan berhentinya dari perbuatan terkeji..... insyallah.....Allah itu Maha Pengampun..... Kurniaan Allah lebih meluas dan menyeluruh...... senyum selalu~~~~ ceriakan hidup anda~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...