Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 1 Disember 2010

Pendidikan dan Akal


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Zalimkah manusia sekarang?


Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta, noda dan dosa, mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru dengan menyembunyikan “Kebenaran Disebalik Kepalsuan”. Seterusnya, mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. kenapa tak fikir dahulu sebelum buat projek? berakal atau tidak? biarlah kita menguasai nafsu, jangan nafsu menguasai kita……
Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.


Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Semestinya teguran yang mencakupi ilmu yang berasaskan kefahaman dan kejiwaan. Bagi pendapat aku, pendidikan terbaik adalah bermula dari institusi kekeluargaan….. yang mengutamakan Agama dalam keluarga.


Selain itu, kesilapan yang paling nyata ialah soal pendidikan yang semakin hari semakin berkurangan nilai mutunya dalam menyemai nilai ketinggian akal. ketinggian akal yang dimaksudkan ini ialah tahap keseimbangan untuk menentukan baik dan buruk, releven ataupun tidak, benar atau salah. jadi…… jadi…….. fikir-fikirkanlah….


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...