Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 1 Disember 2010

Cintainya...

Cintailah Mereka

Cintailah Mereka

Cintailah Mereka

Cintailah Mereka



Pada era yang dikatakan maju ini, fenomena pembuangan bayi semakin menular dalam masyarakat setempat. Keadaan ini sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.


Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama dikalangan masyarakat secara menyeluruh. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama. jika ditinjau dalam pendidikan disekolah, subjek Pendidikan Islam sebagai salah satu subjek yang menyemai nilai agama Islam kepada pelajar muslim……….. tetapi ia tidak menyeluruh…… malah ia gagal dalam memberi kesedaran agama kepada mereka. Hanya teori semata-mata…… Contoh yang mudah untuk diperhatikan seperti orang yang pakai tudung disekolah….. habis waktu persekolahan, tudung ditanggalkan…… tanpa melihat hal ini salah…..


Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Adakah ini merangkumi pembudayaan minda masyarakat kita?


John Dewey: Pendidikan adalah suatu proses pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara sengaja dan dilembagakan untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Proses ini melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan kelompok dimana dia hidup.


Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar
nikah.


Faktor seterusnya ialah sikap masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang hina orang yang melakukan dosa seperti zina dan sebagainya. Memang tidak dinafikan, dalam agama juga mengutuk perbuatan tetapi sebagai masyarakat tidak seharusnya menghina sehingga ada yang sanggup memulaukan mereka. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan”. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri.

sekian………… wassalam………. Lunch 1.00 pm


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...