Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 30 September 2010

Kisah Aiman x kesah~~~

Nor Aiman seorang pelajar akhir Universiti Sains Malaysia. Bidang yang diceburi ialah bidang Bahasa. Pelbagai falsafah yang telah dipelajari berkaitan dengan psikologi, ketuhanan, penulisan, dan lain-lain. Orang kata, bidang bahasa tak bernilai kalau dipelajari pun… tp Nor Aiman berpegang bahawa, tiap Ilmu ada kebaikan, ada keisitimewaan dan kelebihannya.. ikutla apa orang nak kata.. Janji, pelajaran yang dimiliki olehnya dapat membentuk jiwanya menjadi seorang manusia yang berakal.

Berakal disini mempunyai banyak maksud seperti dapat menilai buruk dan baiknya sesuatu perkara, memahami keupayaan, keistimewaan dan kekurangan diri sendiri. Sehubungan itu, sebagai manusia dikurniakan akal dan hati, inilah sebaik-baik kurnian. Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan.Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan mahu.

Contohnya pelajaran yang diterima oleh Nor Aiman dari sudut pelajaran bahasanya iaitu apabila seseorang meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Ali, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Ali, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih!” Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama? NorAiman yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.

Inilah pelajaran yang dimiliki oleh Nor Aiman, dia bersyukur dikurniakan ilmu seperti ini… tapi hakikatnya, minatnya pada bidang pengajian Islam, tapi nak buat cm ne,Nor Aiman x berpeluang pun mendapatkannya. Hasil minat sangat pada pengajian Ilmu Allah, tesis/final projek dibuatnya hal-hal syirik, hal-hal mantera dan bomoh, penuh bukti-bukti dari sumber Al-Quran dan Hadis Rasullah s.a.w. Nor Aiman kena tegur oleh Supervisor tesis.. katanya

Supervisor: Aiman, awk ni buat tesis bidang bahasa ke, bidang pengajian Islam?

Nor Aiman: saya memang buat bidang bahasa, kan soal mantera… mantera yang digunakan oleh bomoh dan dukun… kan berguna juga jika dikaji dengan bukti-bukti dari sumber paling penting… Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kan ini berkaitan dengan bahasa dalam mantera.. saya menghuraikan maksud perkataan yang dibaca, kepercayaan menerusi bahasa mantera dan mempunyai hubung kait dengan unsur syirik yang terkandung dalam mantera.

Supervisor: emmm… tesis awak ni, tinggi tahap akalnya jika dikaji.. peringkat Master je selayaknya dengan tajuk dan pengkajian ni…

Nor Aiman: bereh la Dr. Saya Minat sangat… hehehe

Supervisor: ok..ok.. la… awak buat betul-betul. Jangan lupa sambung master… ya.. saya tunggu awak Aiman..

Nor Aiman: Baik Dr.. Insyallah..

Akhirnya~~~~ keputusan Final Projek diperolehi~~ Nor Aiman dapat A… 4.0.. dia amat bersyukur… penat, sedih, letih, akhirnya berbaloi.. berkat kesabaran dan keteguhan hatinya..

Cebisan pena: 9.37 am/30/9/2010

12 ulasan :

Ahmad Hazazi berkata...

Nor Aiman ke Nor Muhammad? hak hak hak...

Kasut Karipap berkata...

nor aiman bin nor muhamad..hahahaha

Sukma Bintara berkata...

Ahmad Hazazi: bagaimana x tercetus....... nak tulis luahan hati.... ceh... Nor Aiman la.... hahahahah... adeh.... member aku prof mat....

Sukma Bintara berkata...

Kasut Karipap lusuh: hahahaha... tu nama anak gua la bro~~~ hahahhaa.... xpernah cite pon.... bkn gua la bro...

Ahmad Hazazi berkata...

haha..takpa kadang2 dalam kehidupan tak semua benda boleh terucap dgn perkataan..seperti HAMKA menulias dalam bukunya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck buku mengisahkan perjuangan hidupnya sendiri...

Kasut Karipap berkata...

sukma bintara nie dah tukar jantina ker? muka pompuan tapi nama laki...konpius!

Sukma Bintara berkata...

huh........... ayat...mmg tkena la~~~ hahahahahahahaahaha

Sukma Bintara berkata...

eh.. mmg... kite kan wanita solehah... hahahahahahahahha

Kasut Karipap berkata...

wanita solehah? wahhh.....bagusnyee.....patut la dlm gambar SUNGGUH JELITA!

Sukma Bintara berkata...

koyanyo~~~~ hahahahahhahahahh..... entah ambil kat ne gambar org gemok ni!!!!!!!!!!!!! haha

Kasut Karipap berkata...

what? gemok? mne ade....comel la awk dlm gmbr nie...pandai kamu posing..hahahaha

Sukma Bintara berkata...

hahahaha... dah waktu ni sy xde jrawat.... hahaha..... mkn xbyk lg.... haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...