Perbuatan membunuh diri adalah
termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK
termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam
(Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi
orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka
ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir
atau murtad. Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri
sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan
jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan
jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang
lain. Maka menjadi sunnah kepada para
ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang
mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai
pengajaran kepada orang lain.
=============
“Sesiapa yang terjun
dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di
dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu
akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka
jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan
besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di
perutnya di dalam neraka jahannam, kekal
di dalamnya selama-lamanya."
(HR
al-Bukhari dan Muslim)
sebagai pengajaran:
Nauzubillah.......
Jangan bunuh diri kerna cinta.. lelaki atau wanita
Jangan bunuh diri kerna harta.. kaya atau miskin
Jangan bunuh diri kerna tekanan... ugutan dan paksaan
Ini bukan jalannya.......
Ini bukan pilihan yang tepat...
Hadapilah hidup dengan sisa baki yang ada...
Kehidupan suatu persinggahan sementara..,
ajal pasti tiba apabila sampai masanya...
Ikrar....... Allah segalanya.................
Tiada ulasan :
Catat Ulasan