Menyelami diri ke ruang yang penuh dengan onak dan duri, menyedarkan hati bahawasanya hidup ini bukan mudah sepertimana yang difikirkan. Terkadang, perjalanan hidup yang difikirkan hanya berkisarkan pada soal bahagia sepanjang masa, seperti memiliki harta (rumah, kereta, pelaburan,). Amatlah merugikan jika hanya berfikir berkisarkan hal seperti ini.
Pernah berbicara dengan seorang kenalan yang boleh dikatakan rapat hubungan silaturahim. Beliau menyatakan tentang kesenangan dalam mencari wang ringgit dan pelaburan, hanya berbicara untuk kepuasan jiwa. Bila ditanya berkenaan dengan tuntutan mencari atau menuntut ilmu agama, beliau menjelaskan "masa kini untuk menuntut ilmu bukannya sukar, memadai dengan menggunakan perkhidmatan internet bagi mencari dan mendalami sesuatu ilmu agama".
Mungkin mudah dan ringkas jawapannya. Diri tidak nafikan, memang kemudahan harus digunakan, namun kesahihan ilmu belum lagi boleh diguna pakai. Adakah diambil secara terus petikan Quran dan hadis menerusi laman web internet tanpa diperiksa atau diteliti dengan pakar dalam bidang berkenaan ? Adakah ini dijadikan sebagai hujah atau bahan penyelidikan yang bermutu ?
-SELAMAT BERFIKIR KEPADA SEMUA PENGEMBARA DUNIA-
Gambar diambil disaat awan berarak menutupi bumi
Tiada ulasan :
Catat Ulasan