Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 21 Jun 2013

Terjah Ruang Pemikiran

Keindahan, kepada kaum muslimin bukanlah sentimen jiwa yang umumnya dianggap oleh manusia moden sebagai pernyataan emosi yang tercerai sepenuhnya daripada makna intelek dan rasional. Sebaliknya keindahan bererti kerohanian dan dengan itu bermakna lagi terpusat. 

Menghidupi kehidupan yang sebenarnya bermakna, menghidupi keindahan yang sebenarnya; satu kehidupan berpayungkan tudung spritual yang merupakan lunjuran daripada hakikat kebenaran. Hakikat kebenaran , ataupun hakikat, seperti ianya biasa difahami, melunjurkan kenyataannya melalui keindahan kerana hanya dengan cara itu ia mencapai kestabilan dan kesempurnaan.

"Keindahan tidak terpisah daripada kebenaran, demikian juga sebaliknya, kebenaran tidak terpisah dengan keindahan. Keindahan tanpa kebenaran adalah ilusi dan kebenaran tanpa keindahan memenjara dan statik." 


1 ulasan :

AKU berkata...

ok...~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...