Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 18 Februari 2014

TAJUK: JENIS SENYUM


Kerja dan rehat itu perlu. Akhirnya senyum. 

1. Senyum gembira. 

2. Senyum simpul.

3. Senyum palsu.

4. Senyum getir.

5. Senyum lebar.

6. Senyum malu.

SENYUMLAH.

TAJUK: MENANTU & MENTUA

Menantu: umi. Jom pasar tani.
Mentua: jom. Lama dah umi tak jalan-jalan. Kita beli sate.
Menantu: ok umi. Chek Abang... nak duit (senyum).

-Esok-

Menantu: Umi.. jom cari jubah, tudung, kasut.
Mentua: jom... beli baju baru untuk umi ya (senyum).
Menantu: ok umi. Chek Abang.. nak duit (senyum).

-Kisah di dalam wad-

Isteri: abang... umi mana? Umi mana? Panggil umi. (Sakit bersalin hanya Allah yang tahu)

Suami: insya-Allah, umi tunggu di luar wad. Dibenarkan suami sahaja ada dalam wad ni. (Peluh membasahi dahi).

Suami: Alhamdulillah. Hubungan mereka terjalin kukuh. Mesra sepanjang masa (bermonolog)



TAJUK: KEPADA BAPA

Seorang ayah membawa anaknya bersiar-siar. Diletakkan anaknya di dalam bakul motosikal. Tangan kiri digenggam telefon bimbit sambil mata melihat perisian tersebut. Mulut disumbatnya rokok, berkepul-kepul asap dari hidung. Asyik. 

Dua beranak hampir dirempuh kereta, kerana kelalaian si ayah. 

Diri seorang pembonceng motorsikal terasa marah " ooiii... jaga anak ko tu !!!" Herdik aku tanpa disangka.

Moralnya" "Inikah tanggungjawab seorang ayah ?"

TAJUK: TENTUKAN KATEGORI ANDA !


Melabuhkan Tirainya

Siang dan malam yang silih berganti. 
Begitulah juga fitrah seorang manusia, 
pasti melalui hidup dan mati.


(Kuliah Pandangan Alam Islam) Prof. Syed Muhammad Naqiub Al-Attas.

INTISARI KULIAH 1:

Fahaman sekular masih menular dalam masyarakat kita, dimana masih ada lagi yang berpandangan "sistem pendidikan akademik dan pengajian agama dilaksanakan secara seimbang". 

Hujahnya, adakah bidang akademik itu tiada pengajian agama ? Dan a
dakah pengajian agama itu tidak memiliki akademik ? Satu persoalan yang membuatkan akal mula berfikir.

"Andainya anda kenal musuh dan diri sendiri, anda tak perlu takut ratusan medan tempur. Kalau anda kenal diri sendiri tetapi tidak kenal musuh, dalam setiap kemenangan ada kekalahan. Jika anda tak kenal musuh dan tidak kenal diri sendiri, anda akan kalah dalam tiap peperangan"



INTISARI KULIAH 2:

Masalah utama kejatuhan sebuah peradaban ialah masalah kepimpinan kerana kekeliruan dan kesilapan mereka dalam ilmu.


TAJUK: LELAKI PERLU TAHU !

Menantu lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mentua, berbeza dengan menantu perempuan.

Jika seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, untuk lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, kalian mesti menghormati ibu-bapa sendiri diikuti mentua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu-bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan tanggungjawab kepada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.




TAJUK: BAKAL SUAMI DAN SUAMI PERLU TAHU !



Melihat dua tokoh pertama dan kedua,
Terasa manis pembawaan cinta mereka,
Cinta tidak mengenal usia,
Insya-Allah sampai ke syurga.
(fansuri)


KISAH KHALIFAH YANG HEBAT:

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun dia ingin juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah kepada isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab,
“Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan sama seperti isteriku.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata:
“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...