Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 16 Jun 2011

Tarekat : Zikrullah "Dunia Kini"

.........................................................................................................................
8.00 p.m / ilmu: Zikrullah dalam Tarekat / lokasi: Prof. Dr. Pelajaran hari ini tentang zikrullah / amalan yang digunakan dalam ilmu tasawuf "tarekat". Ianya  suatu amalan, golongan ahli sufi yang bertafakur kepada Allah menerusi tunjuk ajar guru-guru, yang dikatakan alim dan warak, tetapi pada hakikatnya menyimpang jauh dari landasan agama Islam yang suci. 

Tidak dinafikan, ilmu tasawauf begitu penting bagi seorang muslim untuk mengenali hakikat kesucian jiwa ataupun lebih mudah difahami membasmi sifat-sifat mazmumah dengan terbentuknya sifat-sifat mahmudah. Apa yang dikatakan dengan mazmumah iaitu sifat tercela seperti takabur, sombong, amarah, riya, ujud, bangga, hasad dengki, prasangka buruk dan seumpamanya, manakala mahmudah pula salah satu sifat terpuji seperti baik hati, prasangka baik, rendah diri, pemaaf dan semuanya dikatakan murni. 

Perkara yang membimbangkan kita ialah, ilmu tasawuf yang disalahguna oleh sesetengah manusia sehingga menwujudkan satu amalan khas iaitu dengan mewujudkan Amalan "tarekat".. Jika dihuraikan sebagai ilmu yang diajar menuju tuhan secara lebih telus dan mudah. 

Disini, saya huraikan serba sedikit ilmu "tarekat" yang menyimpang jauh dari landasan agama Islam, iaitu menjadikan zikir sebagai salah satu syarat utama untuk belajar ilmu tersebut. Syarat pengamalan zikir yang diberikan seperti sesuatu zikir yang dibaca hendaklah mencapai jumlah 1000 kali, 10,000 atau lebih. Ianya dibaca setiap hari, selepas waktu asar. Lafaz yang biasa digunakan ialah "La ilahaillallah" dan mengikut peringkat tertentu. Peringkat pertama dibaca  "La ilahaillallah", peringkat kedua dibaca hanya "ilahaillallah", peringkat ketiga dibaca "illallah", peringkat keempat dibaca "la hu", dan peringkat tertinggi hanya dibaca dengan lafaz "hu, hu, hu". Hal ini dikatakan bahawa jiwa telah hidup dan bersatu dengan Allah... subhanallah.. Tunjuk ajar siapakah ini? Rasulullah tidak mengajar ilmu seperti ini.... 

Kesepakatan ulama mengatakan perkara ini mendatangkan sesat dan dikategorikan sebagai muslim yang tidak sah. Ada juga amalan zikir yang dikatakan terlalu keterlaluan sehingga ada yang berzikir menari-nari, tidak sedarkan diri, terhangguk-gauk cm orang kena rasuk jin Melaun!!! seperi rakaman di bawah:
.....................................................................................................................
..............................................................................................................................
"Ingat, belajar, jangan salah guru..... dan jangan salah ilmu...... Terkontang-kanting menuntut ilmu, hasilnya hanyalah debu yang berterbangan.... Berapa ramai golongan sesat di negara kita? berapa ramai? Boleh dikatakan, setiap daerah / negeri gejala ilmu sesat makin hari, makin berkembang.....  Kesimpulannya, "Ingin mencapai dahan dan buah yang masak dengan cara yang mudah, tanpa memperkukuhkan akar umbi sebagai asas"... inilah padahnya....

3 ulasan :

ahmadhazazi berkata...

Lebih,teruk lagi,apabila orang Islam itu tidak ambil tahu tentang Islam,tentang Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, sehingga menjadi seprti apa yg disebut dalam ilmu usuluddin, Jahil Murakkab

AKU berkata...

siapa ya ahhi sunnah waljamaah? sesuatu yang merisaukan.......

AKU berkata...

Dan pertanyaan ini diajukan kepada gua...... tidak tahu siapa ahli sunnah waljamaah~~~~

PAROK NISE~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...