Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 1 Oktober 2014

TAJUK: ANTARA SOMBONG, RIAK DAN HASAD DENGKI. Ya atau TIdak ?

Menasihati orang lain boleh, dan sangat lah dituntut. Tidak salah dan tidaklah menjadi kerugian. Tetapi bagaimana dengan diri sendiri ? adakah cukup selama ini 'kita' nasihatkan diri sendiri ? Persoalan bila manusia menganggap diri telah sempurna, ditegur pun melenting, senyum pun tidak berbalas, ucapan selamat dan salam pun tidak dipedulikan. Inilah sikap manusia, kejelekan itu berada dalam denyut nadi.

ITU ADALAH SOMBONG.

Menampilkan akan kesenangan harta, kebahagian rumah tangga, keceriaan bersama sanak saudara, kemeriahan musim perayaan, menghasilkan satu nafas baru iaitu syirik kecil. Terkadang 'kita' boleh nafikan bahawa "SEKADAR BERKONGSI BAHAGIA", tetapi kita lupa akan racun yang boleh merebak dari sekecil kuman menjadi virus perosak paling berbahaya. Ia boleh dijangkiti bila mana ada yang terpengaruh kerana perbuatan dan sikap seseorang.

ITU ADALAH RIAK.

Menghasilkan suatu pendapat, yang kadangkala bernas dan sebahagiannya berunsur ketidakpuasan hati. Melihat orang lain bahagia dan ceria, tidak boleh berada di matanya. Seringkali menghasilkan andaian buruk dan salah sangka. Mengumpat, mencemuh, dan ada ketikanya merasakan si dia sedang menghadapi masalah ingin menunjuk-nunjuk. Mengapa prasangka begitu terhasil. Ucap lah Alhamadulillah.

ITULAH HASAD DENGKI.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...