Sering kali hati dilanda keresahan, kegelisahan, dan kesedihan. Allah tetap bersama. Aiman menuju ke kamarnya, lalu baring dikamar empuknya. Melihatnya, penuh rasa keselesaan diruangan wajahnya,tapi hatinya, bagaimana? Berkata Aiman “ Allah Maha Mendengar isi hatiku, walau sekecil zarah pun, aku hambanya, pasti Dia menyayangiku”.
Terbukti sepertimana dalam Al-Quran iaitu “ Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya". Nisa':40.
Aiman menarik nafas dalam-dalam, dihebus perlahan-perlahan, terasa tenteram hati dan jiwanya. Berkelip-kelip matanya melihat kipas yang berputar-putar, lantas fikirannya memberikan jawapan “ sepertimana kehidupan, seperti kipas yang tidak henti-henti berpusing, inilah kehidupan, andai ku matikan suisnya, terhentilah kipasnya, maka akhir kehidupan ialah MATI”. Semangat Aiman kembali bangkit, “aku mesti meneruskan kehidupan ini, Ya Allah, kau redhalah kehidupanku......
Karya digocoh dgn hati Sang Bunian~~~ 10.50 malam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan