Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 9 Januari 2012

Nostalgia Parit Kampung Joh Labok

Disuatu saat, mengimbau kenangan yang tidak pernah aku lupakan, iaitu bermain parit dibelakang rumah. Parit itulah terciptanya secebis nostalgia yang tidak pernah aku lupakan. Kenangan mandi bersama Along, sepupu, dan sahabat-sahabat. Biasanya kami semua mandi selepas mengaji Quran dengan ibu saudara, hari sabtu dan ahad, waktu petang dan ketika hujan turun dengan lebat. 

Parit ini lebih dikenali juga sebagai anak sungai, yang dipenuhi dengan lintah, kebiasaanya nama lintah ini dipanggil "lintah kerbau", kerana saiz lintah ini sangat besar dan boleh memanjang dari hujung tumit hingga ke paras lutut. Pernah suatu peristiwa cemas yang kami hadapi ialah seorang sahabat kami dimasuki lintah dalam duburnya, akhirnya, dengan kepakaran kami berlapan, dapat mencungkil dan mengorek lintah itu keluar dari duburnya, serta merta hilang kerisauan kami, kelegaan yang tidak terhingga. 

Seterusnya, anak sungai ini mengalir dalam kawasan kebun getah, harta tinggalan nenek kesayangan kami. Setengah dari penduduk mengatakan kawasan ini tempat "Jin Bertendang", kerana suasana sekitarnya menakutkan, tapi kami kalis daripada rasa takut ataupun gerun. Kadang-kadang, kawasan ini membawa aku ke alam mimpi, dalam mimpi tersebut, diriku terpandang satu makhluk berbaju putih, berambut panjang, bermuka pucat melambai tangan kepadaku, makhluk ini dikategorikan sebagai Syaitan dan Jin. Dalam mimpi, dapat aku bacakan ayat suci Al-Quran (Al-Fatihah), syukur, makhluk ini hilang dari pandangan.

Kami sentiasa hidup dalam suasana yang gembira, tiada sedikit pun rasa cemas, atau risau memikirkan hal-hal lain, seumpama hidup yang dihiasi bintang-bintang, berkelip-kelip. Kami pernah bergaduh, tapi pergaduhan kami selama 15 saat, tidak melebihi 1 minit dan lebih. Maklumlah, diantara kami semua mempunyai ikatan persaudaraan dan ada pertalian darah. 

Orang yang selalu memarahi kami ketika bermain di parit itu ialah nenek, umi dan ibu saudara. Ketiga-tiga insan ini guru Quran yang kami hormati. Nenek telah pulang ke Rahmatullah dengan lafaz syahadah, yang tinggal kini umi dan ibu saudara kami yang memiliki usia lewat senja. Moga mereka diberi kesihatan dan kesejahteraan dari Allah SWT. Amin......


Noltalgia Parit Kampung Joh Labok. 



Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...