Bomoh... dengar sebutan bomoh.... akal terus mentafsirkan,
keunggulannya dan kewibawaannya dalam mengubati penyakit, masalah, dan
seumpamanya. Manusia sering mengatakan “ hebatnya bomoh ni, perkara ghaib
pun dia tau, ada hantu dari Iran, bala akan menimpa, kesusahan akan timbul
dikala mentari fajar menyinsing, ada rezeki akan datang, wah, hebat?”
Duhai teman, tiap perkataan yang timbul dibibir kamu boleh mengundang
tergugurnya syahadah Lailahaillallah (Syirik). Kehebatan,
kekuatan, daya upaya, rezeki, ujian dan malapetaka hanya datang dari kuasa
Allah. Dengan itu, perteguhkan diri dengan tauhid kepada Allah. Perkara asas
mengenal Allah adalah dengan mempelajari 20 sifat Allah. Di situ, terkandung
tauhid jitu kepada Pencipta Bumi semesta. Seperi contoh sifat wajib bagi Allah iaitu “Kudrat” bererti
Kuasa. Maka sifat mustahil bagiNya ialah “Lemah”. Jelas disini, manusia
hanya lemah. Tertunduklah Jiwa Manusia !
Tiada ulasan :
Catat Ulasan