Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 4 Jun 2012

Mahar Cinta - Nota Hati Seorang Pemikir

Perkahwinan merupakan satu jalinan dan ikatan dua hati yang bersatu, walau pada zahirnya tiada tali yang tersimpul, namun, cukuplah mahar sebentuk cincin menjadi bukti. 

Kini, perkahwinan dianggap hal yang membebankan, memikirkan hal persiapan (hantaran yang berganda, cincin, rantai, dewan atau hotel, pelamin, bayaran makanan, baju pengantin lelaki perempuan, dll), dan bagi pendapatku, itu boleh dikemudiankan. Apa yang penting, 5 rukun nikah. Pertama, pengantin lelaki. Kedua, pengantin perempuan. Ketiga, wali. Keempat, dua orang saksi. Kelima, ijab dan kabul. 

Alhamdulillah, bebas dari pinjaman bank, pinjaman semata-mata kahwin. Lebih baik hasil titik peluh sendiri membayarnya. Mas kahwin yang murah, hantaran yang sederhana. Kenduri doa selamat. Syukur padaMu ya Ilahi kerana mengurniakan rezeki yang mencurah-curah.
------------------------
------------------------
Kata Sukma:

"Lain orang, lain caranya, janji semuanya berpandukan kepada agama"

"Melangsungkan pernikahan, bukanlah satu bebanan, permudahkannya, namun setelah berkahwin, itulah tanggungjawab dan amanah"



P/S: sekian.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...