Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 25 Februari 2013

Note II: Siri 2

Keduanya telah memiliki telefon pintar sony xperia. Namun, mata si suami asyik memandang samsung note II. Isterinya perasan akan tingkah laku pasangannya. Beliau cuba bertanya:

Isteri: dari tadi abg masih memandang Note II. Kenapa dan mengapa? berminat ?

Suami: eh.. saje je awk.. sekadar memandang dari jauh, mane la tau harga dah murah.

Isteri: nampak sangat nak... hehe

=========================================

Pergi ke pusat beli belah wangsa walk, Wangsa Maju, KL. Niat dihati hanyalah sekadar ingin membayar bil P1(internet). Tidakku sedari kaki mula melintasi kedai yang menjual telefon pintar. Inilah cubaan dan godaan yang menakutkan. Seperti biasa, mata mula melihat benda yang tidak sepatutnya dilihat. Isteri mula tersenyum seakan-akan sudah tahu isi hati pasangannya. Inilah kelebihan dirinya.

Isteri: jom beli note II. Saya hadiahkan untuk abang... sebagai hadiah perkahwinan.

Suami: -senyap- ... nak !!!!!!!

=============================
Senyum meleret sampai ke telinga, seperti membawa beribu gram emas ditangan, cukup gembira. Tidak pernah memiliki hadiah yang mahal sebegini. Apatah lagi disaat perkahwinan kami, keduanya hanya membawa sebentuk cincin untuk pasangan dan sejumlah rasa cinta yang tiada sempadan. Tiada hantaran yang lain melainkan itu sahaja.

Memiliki Note II berwarna Titanium Gray. Xperia J juga berada disisiku. Terima kasih isteriku~~~~


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...