Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 30 Mei 2011

Dunia Kini: Syiah

Ramai orang tidak tahu apa yang dikatakan golongan syiah, ada yang tahu pasal golongan syiah hanya sebilangan kecil sahaja. Kadang2 orang tahu berdasarkan pendapat orang lain semata-mata , namun mereka tidak pun mengkaji  asal usul kewujudan Syiah. Janganlah menjadi “pak turut” yang semata-mata mengambil bulat-bulat pendapat orang lain tanpa menceburkan diri untuk mengkaji serba sedikit perihal mereka. Mungkin, kita dapat berkongsi serba sedikit. Tidak rugi jika berkongsi , untuk menambah pengetahuan..
………………………………………………………………………………………………………………………………….

Menurut kamus, syiah bererti pengikut, pembantu, pendukung atau golongan, terutama pengikut dan pencinta Ali bin Abu Talib serta ahli keluarga Rasulullah s.a.w. Golongan ini mencintai Ali adalah secara berlebih-lebihan.

Pelapornya adalah Abdullah bin Saba, seorang yahudi dari kota San’a’ (Yaman) yang berpura-pura memeluk agama Islam untuk menyebarkan fitnah dan tipu muslihat agar timbul kekacauan di kalangan umat Islam.  Ia bertujuan merosakkan dan menghancurkan Islam daripada dalam.

Abdullah bin Saba mempunyai ajaran tentang apa yang dinamakan “Alwasiyah” iaitu penetapan bahawa Ali bin Abi Talib adalah “wasiyyu Rasulullah s.a.w”, iaitu orang yang menerima pesan terus daripada Nabi s.a.w untuk menjadi khalifah sepepas wafat Rasulullah s.a.w.

Maka menurut mereka, kekhalifahan Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan tidak sah. Ketiga2 khalifah ini dikatakan zalim kerana merampas hak Ali. (Kecuali Syiah Zaidiyyah yang masih mengakui kekhalifahan Abu Bakar dan Umar, kerana kedua orang ini lrebih utama daripada Ali). Sepertimana rakaman yang memaparkan sebilangan golongan syiah yang mengutuk sahabat nabi dan Aisyah menerusi doanya dlm solat, seperti di bawah:


Menurut Abdullah Bin Saba’ Ali dianggap seperti Nabi , bahkan sebagai tuhan. Ketika Abdullah bin Saba mendengar kewafatan Ali, ia berkata bahawa yang mati terbunuh bukan pribadi Ali, tetapi syaitan yang menyerupai beliau. Adapun pribadi Ali naik ke langit atas.

Bersambung……  next "Aliran-aliran dlm Syiah"

2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

oooooooooo.............begituuuu~~~

AKU berkata...

ooooooo..... akan dijelaskan dgn lebih mdlam~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...