Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 30 Disember 2010

Reformis Dunia Islam

Langkah diteruskan, masuk kedai buku, tanpa banyak “kecek”, aku beli novel Umar Al-Khattab – ‘Reformis Dunia Islam’ tetapi dibayar oleh Mak Cik Ceplos. haha. Syukur… dapat ku katakan, novel ini dapat membakar semangatku…… perjuangan tokoh terhebat
Sinopsis
Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.
Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.
Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.


Sekian....................

2 ulasan :

Jack_bb3 berkata...

umar mmg hebat, bygkn lah..jk jalan yg dilalui oleh umar pasti..tidak dilalui org syaitan(syaitan pn tkut pd umar)..

Sukma Bintara berkata...

YA............ SUBHANALLAH.............. ADAKAH MASIH ADA LAGI SEPERTI DIA????????????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...