Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 22 November 2010

Si Minah Muncung


Si Minah Muncung
Al-kisah menceritakan seorang Minah yang pandai membodek bosnya. Dari percakapannya penuh lemak manis santan kelapa muda sehingga lelaki berperut besar amat menyukainya malah menyayanginya. Ohhhh…. Si Minah muncung…keke
Si Minah Muncung
Bosnya sentiasa bersamanya, tidak kira pagi dan petang. Asyik memanggilnya dengan lemah gemalai, nak bengkok tengkuk mendengarnya… demi S.U kesayangannya….. Terlalu percayakan S.U, bosnya tidak teragak-agak menghadiahkan dia sebijik telefon…… oooh… si Minah muncung…. Hahahaha
Si Minah Muncung
Walau terkadang mengata bosnya, tetapi hatinya tetap pada bosnya….. Tikam bosnya habis-habisan, semati-matinya, sekuat-kuatnya… tetapi sayang pada bosnya….haha.. Lagu dan Irama tidak dapat dipisahkan.... ibarat Aur dengan Tebing....
Si Minah Muncung
Hari ini, bosnya jumpa gan minah sambil mengatakan “awak kena jaga saya, saya call awak tapi tak angkat, saya sampai kat sana, tapi semua dah balik, awk kena la tunggu saya” kata bosnya sambil mengorek taik idung... Bersembang sambil tergelak diantara satu sama lain..Apabila ia termuncung, automatik perut bosnya kedepan… membuncit sambil bermuncung….Rahsia Disebalik Rahsia…. Hahaha

Ahad, 21 November 2010

Hujah


Salam Sahabat-Sahabat.
Cuba anda perhatikan pemikiran masyarakat kita terhadap hantu. Bertapa lemah kefahaman mereka tentang kepercayaan yang berkisarkan alam ghaib terutama persoalan jin dan syaitan. Perlu diingat, hantu hanyalah istillah yang diguna pakai dalam masyarakat Nusantara. Tetapi Uncle Sekeers berbicara hal sebegini tanpa memikirkan hujah yang sewajarnya untuk diperdebatkan. Jika dibandingkan dengan Dato’ Dr. Fadzilah Kamzah, jawapannya ringkas tetapi tepat dan bernas.

Sejuta Harapan


............................................

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
.....................................................
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...