Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 21 November 2010

Hujah

video

Salam Sahabat-Sahabat.
Cuba anda perhatikan pemikiran masyarakat kita terhadap hantu. Bertapa lemah kefahaman mereka tentang kepercayaan yang berkisarkan alam ghaib terutama persoalan jin dan syaitan. Perlu diingat, hantu hanyalah istillah yang diguna pakai dalam masyarakat Nusantara. Tetapi Uncle Sekeers berbicara hal sebegini tanpa memikirkan hujah yang sewajarnya untuk diperdebatkan. Jika dibandingkan dengan Dato’ Dr. Fadzilah Kamzah, jawapannya ringkas tetapi tepat dan bernas.

3 ulasan :

Pensel 2B berkata...

Ni namanya orang yang bodoh tapi buat-buat pandai...baca tafsir tak habis..tak faham tafsir..tak nak rujuk ulama' ni la jadinya..hai..manusia zaman sekarang...macam-macam hal...

Laksamana Bentan berkata...

Pemahaman & pendapat yg berbeza bg setiap individu..

Sukma Bintara berkata...

Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

JELAS sepertimana ayat diatas memperkatakan tentang kewujudan jin,iblis dan syaitan....
kesemua diri mereka dapat mengubah diri dalam pelbagai bentuk dgn izin Allah. Melainkan wajah Rasullah yang tidak dapat mereka menyerupainya....

Di Nusantara kita, istillah bagi mereka adalah hantu.Pelbagai nama yang muncul.dan dilihat segai benda yang asing dan mempunyai kuasa.
Hal sebeginilah yang menjadi kekeliruan bagi masyarakat kita apabila istillah "hantu" disebatikan dlm kehidupan~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...