Hulu Selangor: Luluh
hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang
berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan
seks dengan teman lelakinya. Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah
menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu
kepada ibu bapanya.
-----------------------------------------------------
Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan
seks selepas beberapa bulan perkenalan. Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa
remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke
Hospital Selayang untuk pemeriksaan. Menurut sumber, bertindak atas laporan dan
keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di
Ampang Pecah, di sini, semalam.
-----------------------------------------------------
Menceritakan semula kejadian itu, sumber
berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang
ke rumah lelaki terbabit. “Kira-kira jam 6
pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya
tiada di rumah.“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah
kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya. Beliau
berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan
direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan
suspek dan siasatan lanjut dilakukan.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan