Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 29 September 2011

Warkah: "Usaha.... Perjuangan dan Perlumbaan"

Cebisan Warkah:

Kehidupan kita dalam dunia ini ialah kehidupan beramal atau bekerja, kehidupan berjuang atau berlawan-lawan seperti dalam perlumbaan. Tiap-tiap seseorang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang akan menjalankannya, tidak berharap  kepada pertolongan orang akan menyempurnakannya. 

Ia sendiri mestilah merasa bertanggungjawab bagi menyempurnakan dirinya dan dan tanggungan dirinya dalam perjuangan dan perlumbaan itu. Maka yang akan menang dalam perlumbaan itu hanyalah orang yang tetap, tekun, dan sabar menjalankan kerja-kerja kewajipannya itu dengan bergantung kepada ikhtiar dan daya upaya dirinya sendiri, dan memohon pertolongan hanya kepada Allah. 





Falsafah yang dapat saya rungkaikan ialah: "Dunia semata-mata untuk Akhirat,"

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...