Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 12 September 2011

Solat........ kisah TerLeNa Dalam JaGa


Pernah berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq terhadap seorang sahabat yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan dikafankan, lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disolatkan. Semasa solat hendak dimulakan, tiba-tiba mayat itu bergerak-gerak. Tampillah seorang daripada mereka untuk merungkaikan ikatan kafan kerana menyangka mayat itu masih hidup. Tatkala kafan itu terbuka, alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekor ular. Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. 

Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu mengucap dua kalimah syahadah serta berkata : "Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akhirat". 

Para hadirin bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?" Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga kesalahan iaitu, 
Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan malah tidak pula mengerjakan solat.
Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat hartanya. 
Ketiga : Ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik-baik dari para alim ulama'. Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa." 

Sumber: Kuliah Magrib. 

2 ulasan :

MellProps berkata...

ya Allah..nauzubillah

seram pulak...mintak di jauhkan lah

AKU berkata...

ya....... moga dijadikan ikhtibar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...