Kuala Lumpur: Seorang ibu
berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika
dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang
dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan
mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu. Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah
dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di
sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak
bekerja. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya
menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi.
“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang
ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila
mendapati ibunya terbaring berlumuran darah. “Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar
lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima
rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm